Bebek @ Itik Masak Ross
1:35 PTGAmie sering keliru dengan istilah roast yang selalu disebut-sebut oleh orang kampung Encik Suami. Yang Amie faham roast bermaksud panggang. Selalulah Amie dengar orang kampung Encik Suami berkata : Masak daging roast. Masak ayam roast. Masak bebek roast. Masak sotong roast. Kesemua bahan yang Amie sebutkan itu sama ada direbus, kemudian digoreng atau dipanggang tetap dipanggil masak roast!
Sewaktu kenduri-kendara di kampung, sebuku daging direbus sehingga empuk. Kemudian dihiris nipis lalu dihidangkan atau diletak di atas nasi berkat. Mereka panggil daging masak roast. Seekor itik direbus hingga empuk, kemudian dilumur dengan lada putih tumbuk serta bahan perasa dan seterusnya digoreng. Itu pun mereka panggil roast. Sotong saiz besar, direbus bersama lada putih hingga kering airnya, itu juga dinamakan sotong masak roast!
Roast?
Orang-orang Cocos suka menamakan sesuatu makanan menggunakan nama orang yang menggemarinya. Misalnya kuih rempeyek di gemari oleh Nek Katek. Jadi nama kuih itu kuih Nek Katek. Seseorang yang bernama Nek Daim suka makan ikan temparing. Ikan temparing hilang digantikan dengan nama ikan Nek Daim.
Apa cerita dengan masak roast?
Menurut MIL dan FIL, tuan tanah Kepulauan Cocos-Keeling yang terdiri daripada keluarga John Clunies-Ross yang berasal dari Scotland sukakan makanan berasaskan daging yang direbus terlebih dahulu sebelum menikmatinya. Cara merebusnya pula dengan menggunakan api yang sederhana sahaja. Selain itu, selepas direbus empuk adakalanya bahan yang terdiri daripada daging, itik atau ayam akan digoreng atau dipanggang. Lebihan air rebusan yang pekat dan berminyak dijadikan sos.
Oh, rupanya masak Ross! Bukanya roast!
Ross bukannya roast!
Bebek Masak Ross |
Bahan-bahan:
- setengah ekor bebek @ itik yang sudah dibersihkan
- 2 liter air
- 3 ulas bawang putih - belah 2
- 1 labu bawang besar - belah 6
- 1 sudu kecil lada putih - tumbuk - boleh tambah jika suka lebih pedas
- 2 sudu besar sos tiram
- garam / perasa pilihan secukupnya
- Rebus itik @ bebek menggunakan api besar sehingga mendidih.
- Masukkan bawang putih, bawang besar dan lada putih.
- Perlahankan api dapur dan biarkan itik masak empuk serta bawang menjadi hancur.
- Kemudian tuangkan sos tiram, garam / perasa pilihan secukupnya.
- Setelah kuah hampir kering (pekat) padamkan api dapur.
- Keluarkan itik @ bebek dan hiris ikut citarasa.
- Tapi minyak, dan ambil kuah untuk dijadikan sos dan tuangkan ke atas hirisan itik @ bebek.
Cerita tentang Bebek @ Itik Masak Ross.
29 comments
nampak macam hidangan restoren dah kak amie!
BalasPadamTerima kasih Syaz.
PadamSuka-suka deko untuk terapi minda.
sekali dengar macam roast kan..
BalasPadamtak pernah lagi makan itik..hahaha
Itulah pasal... memang keliru dengarnya sebab hasil masakan berbeza-beza pula.
PadamBerbagai nama masakan, Macam dipanggang, nampak sedap berjus..
BalasPadamBetul. Itulah uniknya dunia masakan.
PadamOh, jadi yg betulnya nama orang yg gemar masakan tu, hahaha. Teringat dulu, popular, karipap bakar. Kita pun pelik sebab nampak karipap tu digoreng. Rupanya tuan kedai tu nama Bakar, hehehe
BalasPadamHahahha cerita bakar ni saya pun tertipu. Teruja nak rasa cendol bakar bila balik kampung. Rupanya nama tuan punya warung cendol tu Bakar.
PadamOoo nama orang rupanya..Saya pula ingatkan nama bunga 🌹
BalasPadamTapi itik tu nampak menarikacam itik Peking yang selalu dijual tepi jalan oleh orang2 Cina...sekarang dah ada juga versi halal.teringin nak cuba
Sedap tu itik Peking. Ada teknik masakannya yang tersendiri. Jangan lepaskan peluang untuk cuba kalau dah jumpa yang halal.
Padamsuka sgt itik, tapi x pandai nak masak. pandai makan je..
BalasPadamTak apa. Kalau ada itik siap masak boleh dibeli, baik beli saja. Boleh terus makan hahahaha.
PadamOoh..gitu sejarah masak Ross 😄
BalasPadamNampak macam dipanggang pulak rupa itik masak Ross tu.
Kan... mungkin sebab direbus hingga airnya hampir kering, jadi nampak macam dipanggang pula.
PadamDaging itik agak kenyal.. suka makan tapi tak pernah masak sendiri.
BalasPadamSaya masak sendiri pun sebab tuntut ilmu dari keluarga Encik Suami. Kalau tidak, memang saya tak pandai masak itik.
PadamRoss...roast...hampir sangat bunyi sebutannya...akak tak pernah mkn lgbitik masak ross...biasa mkn itik msk kari
BalasPadamKeliru dengan sebutan roast...ross.
PadamTapi itulah keunikannya.
Cantik betul rupa bebek akak tu...
BalasPadamSayang pulak nak makan kan Dana hahahahaa.
PadamOh nama orang rupanya Ross.
BalasPadamYa, nama keluarga Clunies Ross.
PadamDia punya presentation dah macam hotel style dah ni....terliur SA
BalasPadam
PadamTak dapat jadi chef hotel, jadilah chef di dapur sendiri hihihiii.
Ohh macam tu ceritanya. Untung ada menu nama kita. Ingatkan roast rupanya ross. Hihi..Macam sedap juga cara penyediaan rebus dulu lepas tu baru dipanggang. Isi dalamnya dah tentu masak dan lembut, luaran pulak garing garing. Sedap tu.
BalasPadamInilah salah satu hidangan kegemaran orang Cocos.
PadamKak Amie lihat belah keluarga Encik Suami akan ambil dahulu hidangan itik [kalau ada] berbanding lauk-pauk lain.
sedapnya nmpk itik masak ross ni.
BalasPadamOalaaah jadi maksudnya Ross lah :D.
BalasPadamSayapun tahunya roast itu dipanggang . Plating dari bebek nya nampak sedaaap sangat kak Amie :). Sayapun suka bebek. Tapi selama ini tak pernah buat sendiri hidangan dari bebek, prefer beli. Daripada gagal mubazir kan, sayang bebeknya 😅
owh... saya ingatkan masak ROSE... ade letak air mawar ke ape...
BalasPadam