Makan Tengahari di Kampung

10:00 PTG

Awal pagi tadi Ecik Suami ke kampung. Katanya ada urusan pembahagian tanah pusaka. Sebelum ke kampung sempat pula dibelikannya nasi kuning bungkus daun pisang dengan kuih-muih.. Kebetulan kita pun ada kerja yang perlu diselesaikan, memang syukur sangatlah sarapan di dapur.

Menjelang tengahari, tiba-tiba Encik Suami telefon minta Amie dan Firdaus bersiap. Katanya adik ipar ajak makan tengahari. Apalagi! Pucuk dicita, ulam mendatang. Kita pun cepat-cepat tukar pakaian dan terus keluar ke pagar menunggu Encik Suami.

Rupa-rupanya hari ini hari ulang tahun anak buah kami, Haziq Izzuddin! Selamat ulang tahun Haziq. Hari ini genap usianya 23 tahun.


Birthday Cake.


Adik ipar tempah sahaja makanan untuk hidangan tengahari. Ada nasi ayam, daging masak Rossdan juga sup jagung.

Daging Masak Ross.

Ini ialah daging masak Ross. Bukan roast ye. Ada Amie cerita dalam entri lepas tentang masakan Ross. Daging ini hanya direbus sahaja dengan menambahkan rempah pilihan. Setelah daging empuk, bolehlah dihiris-hiris untuk dinikmati.

Jom makan. Bismillah.


Lama tak makan tembikai kuning. Berketul-ketul jugaah masuk perut!


Dan lama juga tak hirup sup jagung aneka campuran!
Bermangkuk-mangkuk jugalah menghirup sup panas!

Haziq dengan Fuad saudara sepupu dan umurnya sebaya pula. Bezanya, Haziq muda 40 hari daripada Fuad. Haziq menghabiskan usia remajanya bersekolah di Kuching, Sarawak.  dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5. Mereka berdua memang akrab dari kecil.

Ambil gambar dari entri lama dengan teman raya baju warna merah kuning, warna bendera negeriku... Selangorku nan tercinta!


Merah, tema adik ipar sekeluarga bersama nak menantu. Kami tema kuning.


Fuad, Haziq dan Izat (kawan sekolah Fuad) ketika sama-sama makan steamboat setelah masing-masing menerima keputusan SPM.

Inilah wajah sepupu kembar tak seiras beza umur 40 hari!


19 comments

  1. sedap nengok semua menu tu kak, paling best bila kumpul-kumpul dan ada makan-makan gini meriah

    BalasPadam
  2. SANAHHELWAH HAZIQ SEIRAS WAJAH FUAD

    BalasPadam
  3. terlioq tengok menu pon haihhh .

    BalasPadam
  4. Happy belated birthday Haziq.
    Alhamdulillah rezeki menu best-best

    BalasPadam
  5. Aduhai sedap lauk pauknya...
    Bestlah Fuad, ada sepupu sebaya. Mesti banyak cerita/rahsia dikongsi bersama : )

    BalasPadam
  6. rass yea bukan roast hahah comel je..

    BalasPadam
  7. Haha sangat menyengat warna baju kuning dan merah.
    Seronok ada sepupu yang sebaya.

    BalasPadam
  8. Nampak orang KL makan lauk ayam kampung, orang LD pulak makan tengahari di kampung. Kita juga yang belum dapat merentas sampai ke kampung

    BalasPadam
  9. Meriah sambutan dan makanan. Baju pun semangat selangor.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...seronoknya dapat berkumpul beramai..Happy belated birthday untuk sepupu Daus😅

    BalasPadam
  11. Hati riang bila ada jemputan makan makan. Rezeki jangan ditolak. Selain ayam, daging pun ada masa ross jugak ye. A ah lah kak Amie, lama tak makan dan nampak tembikai kuning tu. Sedap bila lama tak makan.

    Meriah lauk dan sambutan birthday Haziq. Mesti rapat sepupu sebaya ni.

    Selamat hari lahir untuk Haziq Izzuddin. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminnn...

    BalasPadam
  12. terliur saya tengok menu lunch kak Amie. Ya, entry tentang masak Ross tu saya dah baca. Kalau ada Fuad sekali mesti lagi meriah sambutan

    BalasPadam
  13. daging masak ros tu nampak macam sedap sangat. Happy belated birthday buat haziq izzuddin

    BalasPadam
  14. SA pun ada sepupu sebaya dan sama plak iras muka...bezanya SA tinggi dia rendah

    BalasPadam
  15. Semoga bertambah usia lebih mematangkan haziq

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe