Mee Kolok Seafood Mama Win Cafe Lahad Datu
7:37 PTGHari ini Firdaus mengikuti Kem Bestari Solat Tahun 2 dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari secara online. Nampak seronok sangat Firdaus dapat berinteraksi dengan kawan-kawannya secara maya. Sayangnya tak boleh ditinggalkan bersendirian. Sewaktu kita masuk ke bilik air, apabila keluar budak kecil itu sudah tidak ada! Sakit tekak berteriak memanggil namanya. Rupanya dia pergi main dengan anak kucing di luar rumah! Terpaksalah kita mengawasinya sehingga tamat program sebab takut terlepas slot!
Awal pagi lagi Encik Suami beli sarapan memandangkan Amie pun sibuk menyambung tugas menanda kertas peperiksaan tingkatan 4. Nampaknya menjelang tengahari Amie tak sempat masak nasi. Kami makan saja lebihan sarapan pagi dan kuih-muih yang Encik Suami beli pagi tadi. Selepas solat Zohor Amie minta Encik Suami hantar ke sekolah kerana Amie berurusan dengan pengetua dan mengambil skrip jawapan peperiksaan percubaan SPM pula. Alhamdulillah. Pengetua sangat sporting, walaupun Amie datang waktu petang dan bukan waktu pejabat tetapi tetap melayan Amie dengan baik! Syukur seribu syukur kerana urusan berjalan dengan lacar.
Kemudian kami ke Bandar Fajar menyambung urusan lain pula. Dalam perjalanan pulang perut rasa laparlah pula! Encik Suami ajak makan di Bandar Seri Perdana. Kami singgah di Mama Win Cafe.
Mee Kolok Seafood |
20 comments
Sedapnyer menjamu selera
BalasPadamSedap tengok laksa tu...
BalasPadamMee kolok dengan gorengan seafood tu, kalau sy pun, nak jugalah di lain kali, hihi.
BalasPadamLaksa Penang kena pedas baru kick!
Laksa penang pekat tu nampak sedap sangat. Firdaus mood hujung minggu ye.
BalasPadamSedap mie koloknya sampai ke sini, coba lalau kita tetanggaan. Aku bawa periuknya pulang. He he selamat malam Amie.
BalasPadamHaha lucu baca keletah Daus tu Amie...kejap2 ghaib..lari main dgn si bulus..alhamdulillah dah pulih semangatnya
BalasPadamHi amie, you have shared really great information shared here. this is very helpful. I am using dishwasher india for cleaning.
BalasPadamOh,ada juga mee kolok seafood yer..biasa makan mee kolok daging @ ayam jak...
BalasPadamPisang goreng cheese pun mengancam...
Kasihan anak-anak sekarang berguru dengan laptop dah dekat 2 tahun..Semoga lepas ni mereka kembali dapat bersemuka
nmpk sedap mee kolok dia. tertarik tgk seafood goreng2 tu..
BalasPadamSedapnya mee kolok tu ha....tp biasa makan yang mee kolok dagaing lembu....nanti bleh cuba la mee kolok seafood plak
BalasPadamSaya lebih tergiur dengan paksa Penang ❤️❤️. Ya Allah kangennyaaaa. Dulu saya study Kat Penang 4 tahun kak Amie. Jadi laksa Penang nih favorit saya lah :D. Awal2 tak terlalu suka, karena bau ikannya kuat Sangat. Tapi lama kelamaan di coba lagi, kenapa jadi enaaak 👍❤️. Tiap kali saya balik ke Penang , pasti selalu pesen laksa :)
BalasPadamaduh sedapnya tengok semua menu tu kak, amboi Daus sampai terpejam mata, sedap sangat lah tu ye
BalasPadammesti bergegar serumah kak amik berteriak panggil firdaus... hehe
BalasPadamNampak muka tidak bersalah si Firdaus.
BalasPadamPenuh gorengan makan laut atas mi kolok.
Sedapnyaaa semua menu2 pilihan akak.. muka firdaus tanpa rasa bersalah tu kelakar. Haha sempat lain main kucing
BalasPadamSaya pun turut tergoda dengan mi kolok tu. Kaya dengan accesories atasnya. Penuh semangkuk. Laksa pun ada kurangnya kan. Bau dia memang menggoda. Nampak sedap sangat tu air minuman firdaus. Gaya tak nak kalah :)
BalasPadamceramah online memang susah beri perhatian kan. jangan kata budak-budak, kita pun sama. memang sedap nampak mi kolok tu. lain kali tapau lah kak. hehe
BalasPadamkita pun kalau join kursus online lelama mula lah kebosanan kak, ini kan pulak macam Firdaus tu... hehehhe
BalasPadammee kolok pernah makan time outstation ke swak dlu..sedap
BalasPadamsemua menu tu nampak sedap sangat, puas hati dapat makan kat sini
BalasPadam