Sambal Ikan Tin Dengan Petai
10:02 PGSelamat pagi semua.
Moga sihat-sihat sahaja.
Masak lauk apa untuk hidangan keluarga tengahari ini? Amie belum masuk dapur lagi. Amie paparkan menu Sambal Ikan Tin Dengan Petai, masakan kelmarin. Seperti biasa Amie gunakan SAMBAL TOMATO yang memang sudah sedia ada dalam simpanan. Ikan tin pula Amie gunakan Smiling Fish Fried Makerels In Chili Sauce.
Sambal Ikan Tin Dengan Petai |
- 1 tin kecil Smiling Fish Fried Makerels In Chili Sauce.
- 1 cawan SAMBAL TOMATO
- 1 cawan isi petai
- 7 biji cili padi minyak
- 1/2 labu bawang besar cincang
- 2 sudu besar minyak
- garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga layu.
- Masukkan SAMBAL TOMATO .
- Tumis seketika, dan kemudian masukkan ikan tin bersama sosnya, diikuti dengan petai dan cili padi minyak.
- Masak sehingga kuah menjadi pekat, kemudian perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan sekiranya perlu.
Sambal Ikan Tin Dengan Petai |
15 comments
Mengancam betul sambal ikan tin dgn petai pepagi hari ni.
BalasPadamJemput ye :)
PadamBalik kerja ni, nak masak sardin jugaklah, terliur menengoknya, Kak Amie sayang.. memang suka buat orang tergoda
BalasPadamDalam kesuntukan waktu memasak, ikan tin sajalah dapat membantu untuk dijadikan lauk kelmarin. Menambah nasi juga tu hihihiii.
Padammesti sedap ni kak oi, dengan petai pulak memang boleh bertambah makan ni
BalasPadamAduhai...murung tekak tak dapat tumpang jamah petai tuh...Nampak sedap banget...!
BalasPadamGeramnya tengok petai dengan sambal tu! Terliur saya dibuatnya.
BalasPadamsedap jugak sekali sekala makan macam ni..
BalasPadamWarna merahnya menggugat perasaan. Guna ikan mackerels buat sambal memang ulang-ulang makan.
BalasPadamsaya ingat ikan tin tu apa lah tadi. adoi, sedapnya kak Amie. terlur, nasib baik dah lunch
BalasPadamPetai tu seolah2 memanggil2 utk makan Amie.. kalau berdiet kelaut la jawabnya..
BalasPadamdapnya..ayu kalu masak sambal sardin..kena ngan nasi panas...ons ajer.
BalasPadamTengok gambar ni tiba- tiba perut SA berbunyi lapar sampai kawan sebelah dengar...hahahah....aduhaiii
BalasPadamSedapnya ikan tin sambal petai Kak Amie. Ada lauk ni je pun dah cukup membuka selera dah.
BalasPadamOrg x mkn petai ni tgk je laaa hahaha
BalasPadam