Sambal Ikan Layar dengan Petai

9:55 PTG

Menjawab pertanyaan BLOGGER ANIES : Murah ke harga petai di Sabah?
Daerah lain kita tak tahu harganya. Harga petai di LD yang Amie jumpa paling rendah RM25 sekilogram. Ada yang berharga RM28 sekilogram dan RM30 sekilogram. Oleh sebab jarang jumpa petai, memang tak peduli harga berapa, terus sambar. Kalau tidak nanti sampai rumah teringat-ingat, rasa terkilan, rasa menyesal tak beli.

Kadang-kadang isi petai elok, tapi ada kalanya berpenghuni. Ada petai mata besar, ada petai mata kecil.

Pada suatu hari, kita masak Sambal Ikan Layar dengan Petai. Hahahaaa.... ayat klasik! Inilah akibatnya kalau sudah agak jarang tulis entri.

Kita masak gunakan SAMBAL TOMATO yang memang sentiasa ada dalam simpanan. Hanya tambahkan hirisan bawang besar, beberapa biji cili padi dan isi petai sahaja. Sambal Tomato sudah cukup rasa, tetapi apabila sudah ditambah ikan layar dan sedikit air sudah tentu perasanya agak lari. Jadi, bolehlah tambahkan perasa ikut citarasa. Kalau kurang rasa masam, bolehlah tambahkan asam keping atau pati asam jawa.


Sambal Ikan Layar dengan Petai



Bahan-bahan:
  • 400 gram isi ikan layar - potong ikut saiz yang digemari - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
  • 1 cawan isi petai
  • 1 cawan SAMBAL TOMATO
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 7 biji cili padi
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • garam / gula / perasa pilihan

Cara memasak:
  1. Goreng ikan layar sehingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak bekas gorengan ikan layar di dalam kuali.
  3. Goreng bawang besar sehingga layu.
  4. Kemudian masukkan SAMBAL TOMATO.
  5. Tambahkan air, dan masukkan pati asam jawa.
  6. Biarkan kuah tumisan mendidih.
  7. Seterusnya masukkan ikan layar yang sudah digoreng, diikuti dengan petai dan cili padi.
  8. Gaul rata, dan tambahkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  9. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Petai dari Pasar Kunak.

Petai ini kami beli di Kunak. Harga sekilogram RM25.00. Kebetulan hanya ada sekilogram sahaja, dan tidak ada di tempat lain jadi kami beli semua. 

Kalau ke Kunak memang Amie akan cari telur masin. Telur masin di Kunak sangat berbeza saiz dan harga dengan telur masin di LD. Di LD, sebiji telur masin mencecah harga RM1.80 sen sebiji tetapi saiz kecil. Amie lihat baik di gerai tepi jalan atau di kedai runcit, telur masin sudah tidak berkualiti. Mungkin harganya kayangan, jadi tidak ramai yang membelinya. Amie pun selalu fikir 3 kali untuk beli telur masin di LD. Pertama sebab saiznya kecil dan tidak sepadan dengan harga. Kedua, apabila direbus, isinya tidak berapa sempurna, mungkin sudah terlalu lama terdedah di luar.

Jadi, kesempatan ke Kunak perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Perjalanan sejauh 75 KM dari LD memang tidak berbaloi kalau tidak bawa pulang oleh-oleh kesukaan. 

Telur Masin Kunak.

Bulan Mac 2021, harga telur masih di pasar Kunak hanya RM1.20 sebiji. Minggu lepas kami datang, harganya sudah naik pula. Beli 5 biji di gerai sayur pertama, harganya RM1.40 sen sebiji. Apabila sampai gerai hujung, harganya RM1.30 sen sebiji. Kami beli lagi 5 biji. Saiznya sama sahaja.

Teringat suatu waktu dahulu, teringin makan telur masin. Minta Encik Suami beli di LD. Kata Encik Suami, macam tak berbaloi dengan saiz kecil dan harga RM1.80 sebiji. Amie kata belilah 3 biji sahaja. Apa jawab Encik Suami?

Malulah beli 3 biji!

Ahaks! Amie ketawa sampai terkeluar air mata! Kenapa mesti nak rasa malu beli telur masin 3 biji? Sebab telurnya kecil sangat kot!

Telur masin Kunak tidak berasa masin sangat. Rasanya lebih kurang sama dengan telur masin yang Amie pernah beli dan makan di Bukit Tinggi. Di sana, telur masin dimakan begitu saja. Rasanya masin-masin manja. 

Telur masin dari Kunak yang sudah direbus.

21 comments

  1. Halo kak Amie.Sedapnya sambal petai,kira lama juga saya tidak buat sambal petai oh...harga petai skrang pun lumayan juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Rahel!
      Terkojut den... tiba-tiba muncul setelah sekian lama hahahahha!

      Padam
  2. Balasan
    1. Cantik kan Wak. Tu pasal walau pun jauh sanggup cari di sana.

      Padam
  3. Masakan Amie ni tak pernah tak terliur. Dah la saya suka sambal dan petai. Gemuk-gemuk pula tu petainya hehe. Kalau dapat ni memang mahu menambah nasi masa makan 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puas makan petai gemuk.
      Kak Amie suka masak kejapjew, tukar warna petai terus padamkan api dapur. Jadi bila makan, masih rangup.

      Padam
  4. Kat sana kira kilogram ye. Boleh tahan harganya. Betul tu, kadang kalau teringin memang beli je tanpa hirau harga. Menyesal kalau tak beli. Mahal jugak harga telur masin kat LD. Murah lagi kat Kunak. Alang alang jalan jauh, tak kan tak beli apa apa kan. Sekarang ni barang asas pun peniaga main harga. Sebagai pembeli kadang tak ada pilihan beli je lah. Hihi..segan pulak nak beli 3 biji telur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo di Malaya tak timbang kilo ye.
      Dah lupa style beli petai di Malaya hihihihiii.
      Memang sekarang tak adalah harga barang yang murah, semua main harga.

      Padam
    2. Biasa beli seikat setangkai macam tu je Kak Amie. Lain pulak sistem jual beli petai. Betul, peniaga semua jual ikut untung masing masing.

      Padam
  5. Oh sana petai jual ikut timbangan macam 1 kg. Selalu saya beli macam ikut berapa papan atau tangkai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga ikut papan, tapi jaranglah orang jual begitu.

      Padam
  6. telur masin tuuu... adoi la yg kunin tu menggoda sangat... dlu masa ke kunak balik hari je ke LD... pegi LD utk mkn bakso je... sambal cili tu mmg pedas berangat x lupa smpai skrg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai... kalau sambalnya pedas sangat, boleh hilang nikmat makan bakso. Kak Amie pun tak boleh bubuh cili yang terlampau pedas. Nanti kuah jadi lain rasanya.

      Padam
  7. Waktu untuk menggoogle ikan layar.

    Mahal petai kat sana ye Kak Amie

    BalasPadam
  8. Blogger Anies tu bukan sesaja tanya. Dia dah riki tiket gi Lahad Datu. Hehe

    BalasPadam
  9. Akak suka telor masin yg tak berapa masin...tp mkn bahagian kuning saja..yg putih tolak tepi

    BalasPadam
  10. Hehehhe.. malu ek beli telur tiga biji 😆😆😆

    BalasPadam
  11. SA suka telur masin tu tapi part kuning je la...yang putih tu selalunya x habis dimakan....tudia..sambal ikan layar tu nampak sedap kak

    BalasPadam
  12. Tak pernah makan atau jumpa orang jual ikan layar kat sini kak, camnela rasanya ya... kt sini petai jual kira papan tak pernah kira kilo jd tak tau murah ke mahal harga di LD

    BalasPadam
  13. Oh baru saya tahu di sana jual petai pakai kilo. Menggoda betul rupa paras sambal ikan layar petai akak!

    BalasPadam
  14. semalam kawan saya beli petai, 3 papan RM5.. macam mahal je rasanya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe