Jalan-Jalan Cari Makan di Anggerik Cafe

by - 9:23 PTG

Di LD tidaklah banyak tempat makan yang boleh dikunjungi seperti bandar Tawau atau Sandakan, apalagi Kota Kinabalu. Kami pun tidak ada banyak pilihan melainkan itu itu jugalah tempat yang kami tuju. Apabila keadaannya sedemikian, sudah tentulah juga hidangan yang ditawarkan tidak semeriah di bandar besar.

Namun begitu, adalah juga tempat-tempat tertentu yang masih boleh dijadikan pilihan untuk menjamu selera seadanya. Salah satu tempat yang selalu kami kunjungi termasuklah Anggerik Cafe yang terletak di Bandar Tabanac.

Kadang-kadang Amie datang ke Anggerik Cafe bersama kawan-kawan, dan pada waktu tertentu datang bersama Encik Suami.  Banyak jenis jugalah hidangan yang pernah kami nikmati di sini pada satu-satu masa.

Jus Tembikai & Jus Lobak Merah


Nasi & Ayam Panggang

Fish & Chips

Lamb Chop

Grilled Lamb Chop


Nasi Ayam Black Pepper Sauce


Kuetiau Goreng Basah

Wajah-wajah yang selalu teman-berteman.



Nasi Goreng Kampung



Chicken Chop



Sup Ikan Siakap

Cendol

Strudel Peach


Ketika ini kami raikan kecil-kecilan salah seorang rakan sekerja yang pencen. Nampaknya ada di antara kawan kami yang mengambil keputusan bersara awal. Semoga bergembira dengan keputusan yang diambil dan diharapkan dapat menjalani hari-hari dengan penuh ceria.


Dan mengambil kesempatan menyambut hari ulang tahun rakan kami.

You May Also Like

37 comments

  1. Makanana semua menyelerakan... Tak boleh bayangkan bandar LD ni macamana.. ada tak sebesar bandar Klang atau pekan Kapar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. LD ni luasnya sebesar negeri Selangor, tapi bandarnya tidaklah sesibuk Klang. Kapar... entahlah saya dah bertahun tak pergi Kapar.

      Padam
  2. Teringin lihat bandar LD dengan mata sendiri. Walaupun tak banyak pilihan, tapi syukurlah ada yang betul berkenan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada rezeki nanti bolehlah datang sini Sal.

      Padam
  3. Amboii semua hidangan menyelerakan..kalau mkn bersama teman2 pasti lbh.membuka selera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali ingin santai-santai bersama teman.

      Padam
  4. WoW!! yang istimewanya dapat jumpa kawan-kawan baik tu..sedap2 juadah ya

    BalasPadam
  5. cantik2 & kemas presentation food nya... nampak cedappp. seronok nya bila dpt makan2 & gather2 ngan kawan2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali jumpa kawan-kawan di musim pandemik memang seronok.

      Padam
  6. PATUT MEWAH HIDANANNYA MAJLIS BESDAY JUA YA TAHNIAH SANAH HELWAH SHBT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambut birthday kawan dan raikan persaraan seadanya.

      Padam
  7. Menarik sungguh menu2 di Anggerik Cafe ni, meliputi semua citarasa tempatan dan luar negara, boleh datang selalu layan tekak masing2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Adalah juga tempat lepak kan SK.

      Padam
  8. Besar portion dia ya kak, tengok fish n chips tu berapa keping yang lain-lain pun sama... sedap je nengok semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fish & Chips tu saya punya oderan.Memang besar portionnya, saya pun tak habis makan. Minta kawan bantu habiskan hehehee.

      Padam
  9. Terliur cendol & air kelapa la pula.KL panas pagi ni setelah semalam hujan seharian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pulak rindu nak makan cendol kat kampung saya hahahahahaha!

      Padam
  10. Nanti bawa sy ke sini ye Kak Amie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah. Bila nak datang LD hehehehe.

      Padam
  11. Semua makanan memang menduga la....hehehe...bila la nak sampai LD ni...

    BalasPadam
  12. Memang banyak makanan. Penuh pinggan.

    BalasPadam
  13. Hari tu sempat juga berkunjung ke Anggerik Cafe.. Suasana tenang.. Makanan pun boleh tahan.. dan paling best ruang parkir banyak mungkin sebab kawasan agak kurang kedai buka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kawasan parking kereta banyak.
      Tu pasal kawan-kawan suka lepak sini.

      Padam
  14. Hidangan western yang sedap. Fish & chips lama dah teringin tapi tak dapat lagi kat kedai favourite. Ada peluang berkumpul kita raikan sekali rakan nak bersara awal :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan fish & chips.
      harap nanti dapatlah jumpa kedai favourite.

      Padam
  15. Gambar makanan semuanya bikin saya lapar😂

    BalasPadam
  16. byk juga pilihan menu dia di sini..

    BalasPadam
  17. macam2 menu kat cafe ni, yang nampak paling sedap tu fish n chips. kadang2 susah juga nak cari cafe yang buat masakan western yang sedap

    BalasPadam