Pirates Bay Kunak & Ikan Layar Bakar

7:49 PTG

Encik Suami kata banyak kerja hendak diselesaikan sebelum 25 Oktober 2021. Jadi, hasrat untuk jalan-jalan terpaksa dibatalkan. Minggu lepas sudah berjanji akan ke Tungku bersama keluarga adik ipar dan kakak ipar berkelah tepi pantai. Amie sangka tidak jadi pergi sebab senyap sahaja. Tiba-tiba apabila buka WhatsAap terpandang gambar-gambar mereka berada di tepi pantai. Apabila tanya Encik Suami, katanya tak ada masa untuk ke sana.

Kita pun diam sahajalah walaupun rasa terkilan sebab faham kesibukan Encik Suami. Kita ajak ke Tawau untuk beli sesuatu tetapi Encik Suami tetap tidak mahu pergi. Sebaliknya Encik Suami pesan dengan kawannya yang kebetulan pergi ke Tawau untuk beli barang yang Amie mahu. Alhamdulillah, petang tadi sampailah barang tersebut.

Tak apalah. Minggu sebelumnya kami jalan ke Kunak. Walaupun sekadar pekan koboi atau pekan kecil, sekurang-kurangya dapatlah juga jalan-jalan melihat dunia luar selain LD.

Selepas singgah pasar Kunak dan makan-makan, kami terus ke Pirates Bay.

Sukanya hati kita dapat melihat Firdaus senyum gembira di tepi laut!
Sebelum itu kami makan dahulu tetapi bangunan tempat gerai makan sedang dibaikpulih. Tak dapatlah kami cari warung ikan bakar yang selalu kami singgah. Akhirnya kami singgah di warung bersebelahan bangunan tersebut. Peniaga yang lain entah ke mana pula membawa diri mencari rezeki.


Nampaknya rezeki sedang menunggu kami tengahari itu. Apa tidaknya! Amie terpandang kepingan ikan layar sedang dipanggang. Hati terus terpaut untuk singgah makan!

Firdaus pula ingin makan sayap ayam panggang.



Encik Suami nak makan bakso. Amie makan nasi dengan ikan layar panggang. 
Puas meratah ikan layar berdua dengan Encik Suami.

Sudah kenyang makan kami bergerak ke Pirates Bay.








Melihat anak-anak kecil mandi-manda dalam air laut, Firdaus pun mula buat perangai. Marah-marah pula sebab tak boleh masuk air. Bukan apa, kami tak bawa pakaian lain! Dan bukan dirancang pun untuk datang ke sini.


Tapi, dalam marah-marah masih boleh senyum!

Pemandangan jeti di Pirates Bay.

Setelah Firdaus puas melihat batu karang dan anak-anak ikan, kami pun bergerak pulang.

Firdaus minta kami bawa lagi dia ke sini untuk mandi-manda.
In syaa Allah dik.
 
Dalam perjalanan pulang ke LD, Encik Suami singgah di gerai makanan ringan.
Macam-macamlah yang dibelinya termasuk keropok amplang dan kerepek rumpai laut.



18 comments

  1. SA x pernah makan ikan layar...tengok gambar ikan layar bakar tu...macam sedap plak...seronoknya Daus jalan- jalan ye...manis jer senyuman dia...

    BalasPadam
  2. Wah.. sy nampak ikannya dipotong kepingan begitu, sungguh menyelerakan, Kak Amie.

    Kesian Firdaus tak dapat mandi manda ya, itu maknanya kena datang lagi di lain kali 😆

    BalasPadam
  3. Dah nama pun anak kecil, pasti teruja bila nengok air. Sabarlah Daus, nanti bila-bila mummy bawak gi mandi laut ya.

    BalasPadam
  4. Cantiknya tempat tu Amie...nampak tenang ja..

    BalasPadam
  5. kali pertama tengok ikan layar bakar, tengok je dah menyelerakan
    best nya dah jejalan, saya belum lagi ni, masih duk rumah, sini sgt panas skrg

    BalasPadam
  6. Asalam..wow! tempat menarik tu...Sabah kaya dengan panorama indah..Inshaallah suatu masa moga Allah kabulkan niat ke sana

    BalasPadam
  7. Besarnya ikan layar tu kak, mesti sedap fresh lagi tu... bila dah mula sibuk nak jalan ke mana pun tak boleh ya kak, takpe nanti encik suami dah lapang boleh pusing-pusing sabah

    BalasPadam
  8. sedapnyamakan ikan layar panggang di tepi pantai indah

    BalasPadam
  9. Sedapnya ikan layar....
    Masih teringat rasa lemak ikan layar yang pernah dimasak dan dimakan beberapa tahun dulu...Kat semenanjung,ikan layar adalah ikan yang dilindungi.Kaki pancing hanya boleh tangkap dan lepas...Ikan ni menjadi buruan kaki pancing untuk menguji kehandalan mereka terutama diperairan Mersing...

    BalasPadam
  10. Terliur tengok ikan layar bakar tu. Satu lauk tu pun dah cukup rasanya :)
    Cantik Pirates Bay tu.

    BalasPadam
  11. Bukan main manis senyuman anak bujang tu :)

    BalasPadam
  12. Nampak menyelerakan benar ikan layar tu, kak!

    BalasPadam
  13. senangnya firdaus bisa plesir di tepi laut yang elok

    kak amie...mbul suka banget tampipan ikan layarnya beneran bening glowing golden brown...^^

    BalasPadam
  14. Takpelah Kak Amie, jangan berduka lara. Ada hikmahnya. Mungkin pergi lain kali lebih seronok. Tak perlu fikir pasal kerja bila kerja dah settle. Alahaii sian Firdaus tak dapat mandi. Dalam marah marah senyum jugak tu. Cantiklah jeti kat Pirates bay tu berlekuk lekuk tak lurus macam biasa. Siap berbumbung lagi.

    BalasPadam
  15. Saduran ikan layar itu mengancam. Hehe pengaruh teman sebaya. Tengok ada budak-budak mandi, dia pun hendak sertai.

    BalasPadam
  16. Pirates Bay.. Memang tempat lanunkah?

    Pandai Daus tukar karekter..dr marah tak dapat mandi ajak bergambar terus switch mood

    BalasPadam
  17. Saya pun rasa nak terjun dalam air di situ bermandi-manda. Moga ada rezeki lain kali untuk adik Firdause bercuti ye

    BalasPadam
  18. jernih nampaknya air laut kat pirates bay.. saya pon rasa mcm nak terjun laut

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe