Apabila Farid dan Fuad menyatakan hasrat untuk terbang pulang ke Lahad Datu pada 13 September 2020, Encik Suamilah orang yang nampak sangat gembira. Kata Encik Suami, nanti kita buat bacaan Yasin di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Pada masa yang sama, kita sambut ulang tahun anak-anak. Maklumlah, katanya semenjak Farid melangkah keluar dari Lahad Datu kerana melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Labuan pada...
Catatan perjalanan terakhir Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang - Lahad Datu. Dalam perjalanan dari Sabah Tea ke Telupid, kami singgah di gerai buah-buahan di tepi jalan.Sempat beli buah bundu (sebutan dalam bahasa Dusun) atau belunu. Biasanya kita sebut binjai.Harganya RM8.00 sekilogram.Bau buah bundu @ belunu ini memang sama dengan buah binjai. Pada mulanya Amie sangkakan rasanya lebih masam...
Dalam perjalanan dari Kundasang ke Lahad Datu, kami singgah di Ranau. Hari pun masih pagi, dan kami belum alas perut. Kami menuju ke Sabah Tea Restaurant, tempat makan yang santai dan agak selesa bagi kami.Matahari pun sedang memancarkan sinarnya untuk kami menerima vitamin D. Hangat tetapi menyegarkan.Firdaus memilih untuk hidangan ala-ala American Breakfast.Tidak ketinggalan Sabah Tea Ice Cream kegemarannya!Bismillah.Senang hatinya dapat kulum pucuk...
Tidak lengkap rasanya kalau jalan-jalan ke Kundasang tidak singgah di gerai sayur-sayuran. Kali ini kami tidak singgah gerai buah-buahan pula. Encik Suami sudah berkira-kira untuk membeli beberapa jenis sayur untuk oleh-oleh buat keluarga dan kawan-kawannya.Selalunya Encik Suami suka pilih kobis 'picai' iaitu sejenis kobis panjang yang menjadi mercu tanda di bulatan Pekan Kundasang, dan juga bawang leek. Kali ini Encik Suami pilih kobis...