Asam Rebus Kepala Ikan Tuna, Telur Dadar, Sambal Belacan dan Ulam
7:53 PTG
Alhamdulillah.
Sempat masak untuk Encik Suami yang pulang lewat petang tadi. Kiranya, masak tengahari merangkap makan malam. Hidangannya ringkas sahaja, mudah dan tidak ambil banyak masa untuk menyediakannya. Amie masak Asam Rebus Kepala Ikan Tuna, ditemani oleh ulam kacang botol dan tomato kampung, sambal belacan dan telur dadar.
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan tuna (5 kepingan / potongan)
2 biji tomato - belah 2
1 labu bawang besar - mayang kasar
3 biji cili hijau - belah jangan putus
2 keping asam gelugur
1 labu bawang besar - mayang kasar
3 biji cili hijau - belah jangan putus
2 keping asam gelugur
2 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut - buang urat1 liter air
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 biji cili padi
2 cm kunyit hidup1/2 sudu kecil belacan
Cara:
1. Didihkan air bersama bahan kisar dan serai.
2. Setelah mendidih masukkan asam keping, bawang besar, kepala ikan tuna, tomato dan cili hijau.
3. Masak di antara 5 hingga 7 minit.
4. Setelah kepala ikan tuna masak, masukkan daun limau purut dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Hidangkan panas.
Cara:
1. Didihkan air bersama bahan kisar dan serai.
2. Setelah mendidih masukkan asam keping, bawang besar, kepala ikan tuna, tomato dan cili hijau.
3. Masak di antara 5 hingga 7 minit.
4. Setelah kepala ikan tuna masak, masukkan daun limau purut dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Hidangkan panas.
Meratah kepala ikanlah kami...hiks!
Jangan lupa lengkapkan hidangan dengan sambal belacan!
Jemput makan!
1 comments
Salaam sedapnya lauk Dan sambal.mau bertambah nasi..
BalasPadam