ADSENSE

Rabu, 6 Mac 2019

Kangkung Masak Tumis dengan Udang

Hai...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang disayangi. Lama rasanya tak kongsi masakan. Setiap kali selesai masak, tangkap gambar seadanya, dan terus simpan kamera. Akhirnya berderet-deret menu menunggu untuk dipaparkan....hiks!
Kangkung Masak Tumis dengan Udang yang Amie kongsikan ini sebenarnya agak lama juga tersimpan dalam folder, beberapa hari sebelum DSLR Nikon Amie kena curi.  Inilah gambar masakan terakhir yang sempat Amie rakan menggunakan kamera yang amat Amie rindui itu!

Bahan-bahan:
15 batang kangkung darat (jenis pokok kangkung kecil) - bersihkan - pisahkan batang dengan daun / pucuk kangkung
15 ekor udang kertas saiz sederhana besar - bersihkan - buang kepala dan kulit
1 labu bawang besar - mayang kasar
garam / gula / perasa pilihan
4 sudu besar minyak

Bahan kisar:
7 biji cili padi merah
10 tangkai cili kering
1 cm belacan
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan udang kertas bersama batang kangkung dan bawang besar. Kacau rata dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan daun kangkung, dan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
4. Kacau beberapa kali sehingga kangkung layu dan padamkan api dapur.

Walaupun namanya 'sayur' tapi bila masak sekali harung begini, cukup lengkapkan sebagai lauk....hiks!

Tiada ulasan: