ADSENSE

Rabu, 10 September 2014

Loho'

Pernah dengar perkataan loho'? Loho' sejenis masakan lebih kurang singgang kalau nak senang faham. Terima kasih buat Cikgu Hajah Al-Maidah Al-Kanta dan Cikgu Salmi Muslimin kerana sudi berkongsi salah satu resepi masakan tradisional masyarakat Bajau. Apa pun, mari kita lihat apa cerita loho' seterusnya.


Inilah rupa loho' hasil olahan Amie setelah mendapat idea resepi tersebut kelmarin. Sepatutnya loho' dihidang bersama tinompek @ tompek dan atau putu, tapi kedua-duanya tak sempat Amie beli sebab gerai yang menjual makanan tersebut belum dibuka (sebelah petang).

Makan dengan nasi pun sodap! Tapi .... yang tak bestnya, asyik nak menambah nasi dua tiga kali dalam pinggan! Ha.... baru ko tau! Wokeeeeyyy... kita berkenalan dengan bahan-bahan untuk resepi loho' pula. Mula-mula kena beli ikan, apa-apa jenis ikan pun boleh. Yang penting ikan segar... fresh dari laut! Cikgu Salmi beritahu Amie cuba gunakan ikan batu sebab katanya isi ikan ini agak keras, tidak mudah hancur kalau dimasak lama. Oh! Di mana akan kucari ikan batu? Macam mana rupa ikan batu? Cikgu Salmi kata ikan batu bersisik, warna merah. Ikan kerisikah? Bukan, katanya. Ikan apa ya? Selain nama ikan batu, Salmi tak tahu pula.  Terpaksalah merujuk rakan-rakan suku kaum Bajau, nak tahu apa nama lain bagi ikan batu? Akhirnya Cikgu Norbiah sebut... ikan kutambak! Woooo.... pernah dengar nama ikan kutambak semasa pergi ke pasar ikan! Yuhuuuu.... Amie kata itu ikan temparing! Alamak....ikan temparing pulak! Tiba-tiba teringat MIL & FIL kata itu ikan nek da'im!


Ha... inilah rupa paras ikan batu @ kutambak @ temparing @ nek da'im. 2 ekor ikan kutambak seperti di atas beratnya hampir 1kg. Amie beli hampir 2kg, sebab nak masak loho' 2 ekor, dan selebihnya nak goreng saja untuk Fuad & Fairuz. Memang Amie cari yang segar di pasar ikan sebaik saja habis sesi persekolahan tengahari tadi. Jeng ... jenggg.... bermulalah aktiviti main masak-masak di dapur!


Bahan-bahan masakan yang digunakan termasuklah serai, halia, bawang besar dan tomato serta serbuk kunyit. Menurut Cikgu Salmi, biasanya masakan ini dihidang bersama limau dan cili padi, jadi tak perlulah masukkan asam jawa atau asam keping. Kalau nak masukkan juga, tidak menjadi kesalahan pula. Dan satu lagi, kata Cikgu Al-Maidah pula, loho' boleh dimasak dengan 2 cara, iaitu dengan cara merebus kesemua bahan atau boleh juga ditumis dahulu bahan-bahan perencah, dan baru ditambahkan air. Hmmm... Amie pilih masak rebus je... eh! Ye ke... iya laaa tu, sebab nak amalkan pemakanan sihat dan berkhasiat... walaaaa....walaaaaa...walaaaaah!


Bahan-bahan:
2 ekor ikan batu @ kutambak - bersihkan dan potong 2
3 batang serai - diketuk
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 biji tomato - belah 4
1 sudu teh serbuk kunyit
asam jawa / asam keping - optional
800ml air
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan serai, bawang besar dan serbuk kunyit. Biarkan seketika.
2. Masukkan ikan batu @ kutambak dan masak sehingga ikan menjadi lembut.
3. Tambahkan tomato dan biarkan seketika.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.


Kata Cikgu Salmi, di setiap rumah suku kaum Bajau, benda yang wajib ada sudah tentunya cili padi dan juga limau! Ho hooo... dengar pun dah kecur liur kan!


Jadi, macamana nak buat cili padi dengan limau kasturi ini? Kata Cikgu Salmi lagi, ambil sedikit kuah loho', kemudian perahkan jus limau kasturi dan picitkan cili padi ke dalamnya!


Lebih kurang begini kot!



Mmmmm.... Dua ekor ikan batu @ kutambak masak loho' ini Amie dengan Encik Suami yang habiskan! Fuad dengan Fairuz makan yang bergoreng punya! Selamat mencuba! Lain kali Amie nak cuba mkan dengan putu dan juga tinompek. Terima kasih buat Cikgu Salmi & Cikgu Al-Maidah. Magsukulna!

5 ulasan:

Rohah berkata...

Assalamualaikum kak...
wes suwi orak petuk, ki arek mampir...eheeee
oooo...loho ye kak...enak la macam tu...seger lauk ei, angger koyo singgang

Cheq Sue berkata...

ala2 singgang jugak ni kak amie kan...
mcm2 jenis ikan kak ame mention... yg x pernah dgr pun ada -_-

Mas Sani berkata...

Mcm singgang... enak.eh kak.. seger ye..

Kakzakie berkata...

Sedap ni Amie. Lebih kurang masak singgang kan. Cuma kuah letak limau dan cili tu kakak tak pernah buat lagi. Biasa kakak guna kicap perah limau letak cili macam ini.

Acik Erna berkata...

tengok gambar cili api ngan limau pun dah berkali kali telan air liur ni Amie