Kek Lapis Keju Masam Manis ( Haw Flakes Cheese Layer Cake)

12:29 PG

Assalamualaikum.
Rakan-rakan pengunjung yang disayangi..... Kek Lapis Keju Masam Manis ini merupakan paparan terakhir daripada Amie's Little Kitchen untuk bulan Mei 2013. Esok pagi, selepas solat Subuh, Amie akan berangkat ke Airport Tawau untuk penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur. Hari Ahad lepas, Bonda meminta Amie pulang untuk menyelesaikan satu urusan keluarga. Doakan agar dipermudahkan segala urusan Amie nanti, in shaa Allah.




Amie sempat menyiapkan Kek Lapis Keju Masam Manis pada malam semalam. Kek ini mempunyai 20 lapisan versi bakar. Sebelum ini Amie pernah membuat kek yang sama tetapi versi kukus DI SINI.  Amie berani mengatakan Kek Lapis Keju Masam Manis ini memang dijamin sedap! Kek ini merupakan kek lapis pertama yang Amie pelajari di kelas masakan. Mungkin resepinya sedikit berbeza dengan kek lapis masam manis yang lain, tetapi penggunaan keju krim dan juga keju parmesan membuatkan kek ini  terasa berganda kelazatannya!


Semenjak dua menjak ini Amie memang agak gopoh sedikit ketika menyediakan bahan untuk paparan bersama. Ini disebabkan Amie perlu memberi tumpuan yang lebih kepada si kecil Firdaus, jadi ambil gambar pun main tangkap muat saja! Bukan itu sahaja.... lihatlah cara Amie potong kek di atas! Pisau pun tumpul semacam sehingga menyebabkan nampak gerigi di tepi-tepi kek. Bukan apa... semuanya nak segera... nak cepat siap sebab nak main-main dengan si kenit! Oh...! Firdaus terpaksa ditinggalkan dengan kakak ipar untuk beberapa hari sementara Amie berurusan di Selangor sehingga Amie kembali ke Sabah.



Inilah rupa Kek Lapis Keju Masam Manis sebanyak 20 lapisan!



Bahan-bahan:
250 gram Philadelphia Cream Cheese
100 gram parutan Parmesan Cheese
450 gram mentega berkualiti tinggi - Amie gunakan jenama Anchor
100 gram gula halus
1 tin susu pekat manis - (berat 505 gram)
10 biji telur gred AA
30 gram ovallette 
250 gram tepung Hong Kong
150 gram Horlicks
haw flakes secukupnya 
pewarna hijau pandan

Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.

Cara:
1. Pukul mentega hingga putih, dan kemudian masukkan gula serta ovallete. 
2. Setelah kelihatan sebati, masukkan Philadelphia Cream Cheese serta parutan Parmesan Cheese. Pukul lagi sehingga licin dan berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga  kembang dan pekat.
4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
5. Perlahankan pada kelajuan rendah, dan masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan Horlicks.
6. Setelah adunan benar-benar rata dan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian.  Amie gunakan timbangan untuk menyukat adunan.
7. Amie warnakan satu bahagian adunan dengan pewarna hijau pandan, dan satu adunan lagi tanpa warna.
8. Ambil 1 senduk adunan berwarna hijau pandan dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit menggunakan suhu 160''C (ikut kepanasan oven masing-masing).
9. Keluarkan loyang kek dan untuk mengelakkan daripada kek menggelembung, cucuk-cucuk permukaan kek dengan garpu, atau tekan dengan penekan kek - lakukan begini pada setiap lapisan kek.
10. Susun haw flake di atas permukaan kek - Amie gunakan sebanyak 25 keping untuk  setiap lapisan yang ketiga.
11. Ambil 1 senduk adunan tanpa warna dan ratakan. Bakar lagi selama 10 minit.
12. Ulangi Langkah 8, 9 dan 10 dan seterusnya sehingga selesai.
13. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek. Gunakan suhu antara 120-140'C (ikut kepanasan oven masing-masing).



Amacam? Okey tak? Jom... kalau ada sesiapa yang ingin mencuba resepi ini, dipersilakan dengan segala senang hati. Untuk menyediakan bahannya memang memerlukan modal yang agak lebih sedikit dan untuk menyiapkannya juga memang menuntut kesabaran dan tahap kerajinan yang tinggi! Namun... hasilnya memang berbaloi-baloi!!!!

24 comments

  1. bila lah nak rajin melapis mcm Kak Amie..tolong laa hihii..cantik sangat kek tu dan mst sedap kan..xcukup dua keping nih ^__^

    BalasPadam
  2. Aslmkum Amie
    kek lapis...mmg memerlukan kesabaran dan kerajinan yg tinggi. tp Amie cekap juga wpun ada baby sempat Amie buat kek lapis..
    slmt berangkat ke sem dan moga dipermudahkan urusan.
    re; tkasih Amie atas ucapan bday utk anak2..

    BalasPadam
  3. selamat pergi selamat balik kak amie..kek hantar kat kitorang je kak..

    BalasPadam
  4. assalam k,amie
    cantik sekali dan pasti sedap
    lapis asam manis
    insyaallah semoga dipermudahkan semuanya ye k amie

    BalasPadam
  5. Cantik...I suka lapis masam manis ni...sedap.

    BalasPadam
  6. Asslmkm Kak Amie.
    Cantik tau lapisannya. Bila la sue nak try buat kek ni. Kena tunggu mood rajin tu datang la jawabnya..

    BalasPadam
  7. Assalam amie, semoga selamat sampai ke detinasi ya.

    Cantiknya kek lapis, rajin banyak la amie ni melapis n membakar.

    Kesian fidaus kena tinggal, mesti mencari nak nenen tu

    BalasPadam
  8. Assalam kak amie..cantik jer lapisannya..Gigih tu melapis 20 layer.Kek S'wak memang kena camni kan...Sy buat kek hawflakes kak fida 5-6layer tu pun tak larat huhu..

    Ala siannya dak tecik tu kena tinggai ngan mummy dia...Nk wat camana kan...ada urusan yg lebih penting.
    Semoga dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam
  9. Salam kak amie.. 20 lapis! mantap! kek lapis masam manis biasa pun sedap, ni ada keju mmg triple sedap nih..

    Selamat pulang ke kampung kak.. semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga.

    BalasPadam
  10. smoga smua urusan berjalan lancar..zila ambil resepi nie juga nnt raya nk try buat jgk kak..tq:)

    BalasPadam
  11. Cantik Dan rapi amie
    Mmg menuntut ksabaran yg luarbiasa

    BalasPadam
  12. cantiknye…..20lapisssssss. huhu!!!tak terbuat le saya walau xde anak kecik.tabik spring k.amie

    BalasPadam
  13. wow kek lapis keju masam manis..mesti sedap, sebab emak keju selaras rasenye bila digabungkan dgn masam asam keping tu..cantik la kak..sy copy resepi, nk masuk list jualan raya nnt..minta izin yer..tqvm

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Amie. Tengok Kek Amie, teringin lah pulak. Maklumlah dah lama saya tak buat kek lapis sarawak. Kena cari masa yang betul-betul terluang baru boleh mulakan projek melapis ni.

    BalasPadam
  15. selamat berangkat Amie semoga segalanya berjalan lancar.Teringin nak makan kek masam manis ni tapi belum ada kekuatan nak melapisnya :)

    BalasPadam
  16. Terbaik nih Kak.. Melly mau buat juga.. mau beli cream cheese nya dulu.. semoga urusan nya di mudahkan semua. Take Care.. ;)

    BalasPadam
  17. Koyo arek royo weysan nak ndelok kek lapis...enak mambu keju ki..mugo dipenakkei urusan balik selangor...mbok balik kabeh sak keluorgo..

    BalasPadam
  18. salam kak amie..

    kek lapis ni sangat menarik kerana agak berlainan dengan resepi kek lapis hawflakes yang saya lihat..dengan adanya cheese rasa kek ni mestilah sedap kan kak..

    BalasPadam
  19. nak!!! tak nak buat tapi nak beli yg amie buat! hehe

    BalasPadam
  20. Tabik betul la sama kak Amie...cantik dan kemas banget lapisan kek tu....

    BalasPadam
  21. bener kak! eneng bocah cilik koyo berantakan arep posing posing bagai... seng sempet waie! hihihi....

    BalasPadam
  22. amie,

    kek ni kalau bakar macam kek biasa boleh tak? tak payah lapis2 kan. (kes maleh lah ni)

    BalasPadam
  23. Tqvm sudi share resepi..Waah memang nampak sdp wlupon belum cuba buat.tapi nak tanya suhu oven berapa ye? (baru nak blaja buat kek..)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe