Isnin, 10 Oktober 2011

Daging Sekilo Bawang Sekilo

Assalamualaikum rakan-rakan blogger. Nampaknya cerita berekreasi di Hutan Taliwas masih belum berakhir. Oleh kerana ia berkaitan dengan dapur Amie, jadi Amie paparkan sebahagian daripada menu yang disediakan untuk dinikmati bersama rakan-rakan yang bertugas dalam perkhemahan tersebut. Sebenarnya Amie hanya sempat menjamah nasi lemak dan kuih lepat. Memandangkan kekurangan kaki tangan untuk membantu....hanya Cikgu Zana seorang yang jadi lipas kudung, jadi tak sempatlah Amie rakam semua perkara termasuk hasil masakan Amie. Sebenarnya ada satu resepi yang Amie ingin kongsi bersama rakan-rakan blogger iaitu resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo.... macam pelik bunyinya, tapi memang benar.....

Resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo Amie letakkan di tengah-tengah bersama nasi himpit. Sebenarnya Amie agak lambat mengambil gambar, jadi sebelum resepi tersebut habis, Amie tangkaplah mana yang dapat. Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang resepi istimewa ini, kita jamu mata dulu dengan pelbagai lagi menu yang ada di bawah ini.


Cikgu Zana sediakan lepat pisang. Laris..... nasib baik sempat Amie makan 2 ketul. Teringat zaman kanak-kanak dulu, kuih beginilah yang bonda selalu buat untuk sarapan kami sekeluarga. Oleh kerana terlalu banyak minum air mineral, perut Amie rasa penuh dan tak dapatlah makan jagung manis bakar yang sangat sedap tu! Jangan lupa.....kita ada sediakan nasi lemak kukus sambal ikan bilis. Walaupun makan tengahari telah disediakan oleh pihak penganjur, nampaknya kesemua guru berkumpul makan bersama kami. Memang niat kami untuk menjamu selera mereka. Rasa seronok sangat melihat makanan habis licin! Daging Sekilo Bawang Sekilo yang dimakan bersama nasi himpit sebenarnya awal-awal lagi sudah habis.



Cikgu Zana selalu bertanya, bila nak rasa resepi ini. Jadi Amie rasa inilah masa yang sesuai untuk Amie sediakan. Kesemua yang ada memang tidak pernah makan menu ini. Apa rasanya? Mereka kata sedap! Memang sedap..... bagi yang pernah menikmatinya. Resepi ini Amie dapat daripada seorang kawan (Imelda Shahriah) yang kini sudah kembali ke Kuala Lumpur. Menurutnya resepi ini diperturunkan oleh neneknya dari Melaka. Siapa ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang resepi ini.... sila angkat tangan! Wokey.... turun tangan....Amie bukannya nampak pun. Amie pernah masukkan ke dalam blog resepi ini dan bolehlah klik di. SINI.

Bahan-bahan:
1 kg daging (potong kecil-kecil)
500ml  santan cair
250ml santan pekat
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
15 biji lada merah (potong nipis-nipis)
7 biji bawang putih (tumbuk)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.

P/S: Daging tidak hancur, yang hancur lunyai ialah bawang dan hirisan lada merah.

22 ulasan:

Mieza berkata...

Kak amie ku cayang..oooo ini mcm rendang lah..gitu resepinya..bawang kena sama banyak dgn daging baru sedap..ye la kan bawang tu pemanis masakan...kena try nih resepi ni..tp mesti lama masa nak masak nya kan kak..

nuwairani ismail berkata...

mak nani pernah cakap...kalau kita nak masak sedap, jangan kedekut bawang...ini memang betol2 tak kedekut. amik ko! sekilo bawang! macam kak mieza cakap la, bawang tu pemanis lauk kata mak...

Chik Mimi berkata...

kak amie bestnya nasi impit tu yg dalam daun pisang tu ke?aritu sy buat guna daun pisang apa ntah masa rebus habis semua pecah perut

MulutPayau berkata...

Kak Amie...bnyaknya makanan!!! semuanya sedap2 tu......'daging sekilo bwang sekilo' ni macam rendang jugaklah yer...

ummiross berkata...

Amie resepi baru pada ummi ni, nampak pun macam sedap sangat, kena cuba ni.

ainnoraini berkata...

saye kalau masak rendang pun suke letak bawang byk2 jugak..

Zaliedana berkata...

Assalam kak amie,nengok ke bahan cam rendang lak kan,uii byknyer bawang,sure sedap sgt kan,masakan kalo letak bwng byk mmg sedap kan,teringin lah nak merasa masakan dari air tangan akak..

Nieza berkata...

wahh bestnyer mkn-mkn sambil beraktiviti tu kak...nieza kalau masak pun suka bubuh bawang byk..memang sedap.

quinnie berkata...

kakamie..biasanya kalau dlm masakan tu byk bawang masakan memang sedap...tapi nak mengupas sekilo tu yg letih tu..hehehhe...mesti rasa cam rendang ye kak? raya korban leh cuba resepi akak ni..hehhe..belum raya dah siap menu...hahhahah

Amie berkata...

Mieza cayangggg....
rendang berbawang bukan rendang berkerisik ... memang manis bawang, biasanya masak 2 jam dengan api perlahan atau hingga bawang & lada hancur lunyai.

Nani,
betul tu Nani, nampak je banyak sekilo bawang tapi dah jadi kuah tinggal sikit je....

Chik Mimi,
bubuh nasi impit atas daun pisang tu....

MP,
kira macam rendanglah juga, tapi kuahnya lebih 'halus' dari rendang sebab tak berkerisik.

Amie berkata...

Ummi,
boleh cuba Ummi, biasanya Amie buat resepi ini semasa hari raya.... makan dengan ketupat atau nasi imput...

Ain,
bawang penambah kelazatan dalam masakan ye Ain...

Dana,
waalaikumussalam.... mehlah datang Sabah, boleh Kak Amie masak-masak untuk Dana.... he hehhhhheee

Nieza,
bau bawang tu pun sebenarnya sudah membangkitkan aroma masakan ye Nieza....

Quinnie,
memang nampak banyak bawang sekilo tu tapi bawang besar ye dik.... bukan bawang kecil ... jadi taklah jenuh ngupasnya...

Pen Biru berkata...

lada merah tu cili yer..heheh..sebut lada, sy terbayang lada yang biji2 tu..

mela berkata...

wooo..tak penah dengar lagi resepi daging sekilo bawang sekilo.nampak cam best ja makan ngn nasi impit.

Amie berkata...

Pen Biru,
ya...lada besar...cili merah

Mela,
memang jarang orang buat, tapi dah rasa sekali nak rasa seterusnya...

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Amiee...Oh , nanti klu saya nak cubanya kenalah tukor nama dia jadi daging ¼kilo bawang ¼kilo..almaklumlah rakyat jelata tak ramai. xhbis sekilo...

Nens Collection berkata...

OOO...COMEL GITTU NAMANYA..HEHE..mest sedap ni..
cicah lemamg pon jadi ni..hehe

qemaishak berkata...

kak, wah byk tuh bawang 1kg tapi letak bwg byk sedap ..

Lama tak makan lepat pisang, sedapnya.

Ucu Faridah berkata...

kepada kak amie yang dirindui....

tak kisah lah bawang sekilo ke daging sekilo ke...
ni ucu nak order yang dah masak sekilo..boleh?
timbang betul2 ikut timbang digital tau jangan guna timbang biasa..hahahaha...

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

Amie.. byk nyer bawang!!
Tapi pasti sedap sbb org ckp bawang ni manis... Ada cam rendang tapi tak gunakan serai & kerisik..yg pasti mesti mencuba nyer thnks for sharing :)

Amie berkata...

Sue,
boleh....boleh ikut sukatan begitu, tapi walaupun daging sekilo bawangnya sekilo, hasilnya tak banyak mana sebab bawang tu hancur lunyai jadi kuah pekat....

Nens,
ooo....cicah lomang lagi sodap!

Qema,
hasilnya jadi sedikit je dik....

Kepada Ucu yang disayangi,
rugi dik oiiii.... bagi 1/3 kilo je sebab hasil kejadiannya sikit je....

Mama Hawa,
silakan mencuba... masak sedap2 ya mama...

Acik Erna berkata...

assalam amie..pertama kali acik dengar resepi ni..nampak macam senang..mesti sedap tu.sampai cepat habisnya..acik ambik resepi ye..terima kasih

Amie berkata...

Acik,
silakan....selamat mencuba resepi ini ye Acik...