Singgah Beli Nasi Arab Chicken & Lamb Shank di Safaa Restaurant Puncak Alam
9:57 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan 05 Januari 2026 - Isnin.
Badan terasa segar dan bertenaga. Namun begitu, Encik Suami kelihatan agak letih dan batuk-batuk. Sebelum sampai ke kampung, kami singgah beli Nasi Arab di Safaa Restaurant Puncak Alam. Oleh kerana Abang Farid tidak makan kambing, jadi kami beli dua jenis lauk, lamb shank dan ayam. Kedua-duanya kami pilih family set.
| Amie - Honey Lemon |
Sempat belek-belek katalog menu untuk kali kedua selepas membuat tempahan. Kami pernah beli Nasi Arab di sini pada tahun lepas. Bonda suka makan, jadi kami singgah lagi di sini kali ini untuk dibawa pulang ke kampung.
| Lamb Shank Family Set |
Ketika menulis entri ini baru perasan Nasi Arab Family Set ini mengandungi dua cara masakan lamb shank yang berbeza iaitu mandi dan kabsa. Bonda suka sangat makan lamb shank. Katanya dagingnya sangat lembut! Sama jugalah dengan Chicken Family Set. Ada tiga jenis masakan iaitu kabsa, mandi dan haneeth.
| Chicken Family Set |
| Chicken Samosa, Chicken Shami Kebab & Lamb Samosa |
Menu lain:
- Chicken Samosa
- Lamb Samosa
- Chicken Shami Kebab
- Lamb Shami Kebab
| Lamb Shami Kebab |
| Chicken Haneeth |
| Chicken Kabsa |
| Chicken Mandi |
| Lamb Shank Mandi |
| Lamb Shank Kabsa |
Selama ini yang kita faham bahawa nasi arab itu seperti nasi mandi lauknya pun masak mandi. Di sini kami jumpa Nasi Arab yang berlauk ayam / kambing mandi dan ayam / kambing kabsa serta ayam haneeth!
Patutlah beli Nasi Arab tapi lauknya lain warna dan lain rasa. Alahai.....baru tahu! Ada orang yang macam Amie ke.... kah kah kah!
Di Tanah Arab, rasa hairan tengok Nasi Arab lauk ikan goreng! Padahal Nasi Arab boleh jew makan dengan udang, sotong dan seumpamanya.
Nasi Arab yang kami beli memang banyak! Abang Farid bawa balik sebungkus. Petang itu juga Abang Farid bertolak ke Tronoh sebab esok paginya ada janji temu Hamzah di klinik kesihatan.
13 comments
nampak sedap semuanya tu. set family boleh makan ramai2.
BalasPadamWah... Sedapnya nasi Arab. Nampak sedap semuanya.
BalasPadamBaru je order 1 nasi mandy + 1/4 chicken mandy untuk lunch berdua dengan suami sebab tak sempat masak. Nak order 2, memang tak habis.
BalasPadamLamb shank Kabsa tu sedapnya Kak Amie
Semua nampak sedap... dok lalu je restoren ni tapi belum pernah singgah. Banyak restoren kat area situ tapi biasa pergi tempat sama je 🤭
BalasPadamKalau kambing tu ,Linda reti makan kambing bakar je..itu pun, kalau yang garing²..
BalasPadamKemarin itu saya ke resto arab, kepunyaan ustad Khalid Basalamah, lumayan terkenal di sini. Di situ saya jadi tahu juga, jenis nasi arab ada banyaaak. Yg saya tahu Mandhi, kabsah, biryani. Ternyata kemarin ada lagi uzbuki rice 😄😄. Tapi memang menu arab ini saya sukaaaa sangat. Mungkin Krn banyak rempah kan. Dah terbiasa dengan masakan begitu.
BalasPadamwaduh sedapnya kak... puas hati tengok lamb shank yang besar gitu kak... alahai
BalasPadamNampak menyelerakan la Amie.
BalasPadamMenggoda betul lamb shank dia tu.. Selalu jumpa pilihan kambing dan ayam ja.. Menarik juga boleh makan dengan udang..
BalasPadamRupanya ada pelbagai nasi Arab. Masa balik umrah dulu baliknya makan nasi Arab dgn ikan goreng. Tgk org makan sedap je tapi masa tu saya demam setelah penat beribadah Selama 2 minggu. Makan sebelum balik malaysia
BalasPadamLangsung kelaparan saya membaca kisah nasi arab ini😅
BalasPadamsedapnya nasi arab.. especially yg lamb shank tu!
BalasPadamAduhai..dihidangkan plak dengan nasi arab ni ha..lamb shank tu..terliur SA dibuatnya
BalasPadam