Penerbangan Lahad Datu - Kota Kinabalu - Labuan - Kuala Lumpur - Acheh - Kuala Lumpur - Tawau
8:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Perjalanannya tidaklah jauh dan tidaklah lama tapi 'tukang hantar' bilangannya melebihi hari yang dilalui:
- Lahad Datu - Kota Kinabalu : MASWings
- Kota Kinabalu - Labuan : MASWings
- Labuan - Kuala Lumpur : MAS Airlines
- Kuala Lumpur - Banda Acheh : Air Asia
- Banda Acheh - Kuala Lumpur : Super Air Jet
- Kuala Lumpur - Tawau : Air Asia
| Google : MASWings - Lahad Datu ke Kota Kinabalu |
Geng kaki jalan kami berempat tapi waktu terbang ke Malaya lain-lain belon. Penerbangan Kuala Lumpur ke Acheh dijangka pada pukul 4:30 petang Sabtu, 18 Oktober 2025. Kawan-kawan cadang naik AirAsia sebelah pagi dari Tawau ke KLIA2. Kita pula rasa 'bulldozer' tak balik kampung. Sudahlah cuti pertengahan penggal yang seminggu dulu itu kita terpaksa korbankan untuk aktiviti Perkampungan Ilmu SPM. Rasa terkilan tak dapat balik Malaya, tak dapat jenguk Bonda dan Hamzah.
Abang Farid bantu belikan tiket penerbangan dari Lahad Datu ke KLIA1. Sayangnya pukul 12:15 dari LD tidak sesuai sebab kita baru saja keluar dari ladang. Tak sempat sampai ke lapangan terbang. Akhirnya Abang Farid beli tiket penerbangan pukul 2:55 petang tetapi terpaksa naik pesawat tiga kali. Dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Dari Kota Kinabalu ke Labuan dan dari Labuan ke Kuala Lumpur. Tidak ada tambang ekonomi. Jadi Abang Farid beli tiket business class. Allahu Akbar! Harga tiket dari LD ke KL sama dengan harga pakej ke Acheh termasuk tambang kapal terbang pergi balik, hotel, makan dan pengangkutan selama empat hari tiga malam.
Geng kaki jalan yang tiga orang lagi tak jadi naik AirAsia dari Tawau sebaliknya akan menaiki pesawat MASWings dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu pada pukul 4:30 petang. Mereka akan sambung ke Kuala Lumpur dengan AirAsia pada pukul 11:00 malam.
Berbalik cerita Amie, lewatlah penerbangan ke Kota Kinabalu. Ikutkan jadualnya, terbang pukul 2:55 petang sampai ke Kota Kinabalu pukul 3:50. Kemudian sambung ke Labuan pukul 4:15 petang pula! Tapi MASWings meninggalkan Lahad Datu Airport pada pukul 3:06 petang!
| Google : MASWings Kota Kinabalu ke Labuan |
MASWings mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pukul 4:05 minit! Kita pun terkejar-kejarlah masuk bangunan untuk mendapatkan cop imigresen keluar dari Sabah. Sewaktu sedang berurusan di kaunter, terdengar panggilan untuk keberangkatan ke Labuan. Ya Allah! Rasa tergigil-gigil badan sewaktu berlari-lari untuk sampai ke eskalator dan turun ke bawah mencari pintu masuk penerbangan ke Labuan. Kita penumpang terakhir!
Taubat! Lain kali tak mahu lagi naik pesawat sambung-menyambung begini. Masih terasa lagi sakitnya betis berlari-lari mencari pintu ke Labuan.
Sampai di Labuan, sekali lagi terpaksa mencari kaunter imigresen. Oh, Lapangan Terbang Labuan sudah jauh berubah! Tidak seperti dahulu sewaktu kami transit di sini 22 tahun yang lalu. Kebetulan pula jarak waktu agak lama, lebih kurang satu jam sebelum menaiki pesawat seterusnya. Jadi, dapatlah bertenang sambil mencari kaunter imigresen.
Pukul 6:05 minit pesawat meninggalkan landasan Lapangan Terbang Labuan menuju ke Kuala Lumpur.
| Google : MAS Airlines Labuan ke Kuala Lumpur |
Dalam keadaan agak keletihan, sudah tentu rasa hendak berehat sahaja. Alhamdulillah, tempat duduk memang sangat selesa. Ada bantal dan selimut. Pramugari dan pramugara memberikan layanan istimewa. Sebaik sahaja duduk, dihulurkan sehelai tuala sejuk. Rasa hendak lap ke muka tapi sayanglah pula tanggal segala bedak make up yang dipakai.... ahaks! Jadi, lap tangan sahajalah.
Pramugari menghidangkan air minuman, tetapi Amie hanya minta air mineral sahaja. Kemudian ditawarkan jenis makanan seperti ayam, daging dan ikan. Amie pilih ikan yang disajikan bersama nasi putih dan sayur.
Seorang pramugara pula membawa satu dulang berisi pelbagai jenis roti. Amie ambil sekeping sahaja garlic bread.
| Salad, kentang dan salmon. |
| Dessert - tapi hanya cicip sesudu kecil saja. |
Rasa teruja hendak makan dessert warna kuning bentuk bunga ros. Setelah selesai makan yang lain, kononnya hendak menikmati dengan bersungguh-sungguh. Sekali sudu ke mulut, rupanya butter! Allahu Akbar!
Patutlah banyak betul jenis roti yang boleh dipilih! Rupanya butter untuk sapuan roti.
Nasib baik orang lain tak nampak kita makan butter, sebab kerusi sebelah kosong!
Nasib baik orang lain tak nampak kita makan butter, sebab kerusi sebelah kosong!
Pramugari beberapa kali menawarkan minuman panas seperti teh dan kopi tetapi kita hanya minta air mineral sahaja. Sebenarnya kita mengantuk! Kita tertidur.
Pukul 8:30 malam kapal terbang mendarat. Pukul 9:15 malam Abang Farid tinggalkan KLIA1 menuju ke kampung bersama Amie, Aseeyah dan Hamzah.
11:45 malam, sampailah kami ke kampung. Terkejutlah Bonda kita tengok kita!
| Google : AirAsia Kuala Lumpur - Acheh |
Keesokan paginya, pukul 10:00 pagi Abang Farid hantar kita ke KLIA2. Pukul 2:00 petang bertemulah dengan tiga orang geng kaki jalan di balai berlepas. Di situlah kami berjumpa dengan agen pelancongan untuk menerima tiket penerbangan ke Acheh. Penerbangan ke Acheh mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Dari KLIA2 berlepas pada pukul 4:50 dan tiba di Airport Sultan Iskandar Muda Acheh pada pukul 5:20 waktu sana. Beza waktu negara kita dengan Indonesia ialah selama sejam. Negara kita awal sejam.
Agen turut membelikan kami makanan di atas kapal terbang. Kami diberi Bukhara Chicken Biryani. Habis licin Amie makan. Sedap!
Selepas makan, belek-belek majalah SANTAN. Suka tengok minyak wangi. Seingat Amie sewaktu kami beli tiket AirAsia KL - Tawau, ada baucer pembelian RM50.00. Tengok-tengok dahulu minyak wangi di sini, nanti balik Tawau bolehlah beli.
Tertarik pula minyak wangi Legendary. Ada tanda halal. Inilah yang akan dibeli nanti!
| Google : Super Air Jet Acheh ke Kuala Lumpur. |
Petang Sabtu kami sampai ke Acheh, pagi Selasa dijadualkan terbang balik ke Kuala Lumpur. Penerbangan yang dijadualkan pukul 11:00 pagi tertunda sehingga ke pukul 12 lebih. Sepatutnya kami sampai ke KLIA1 pada pukul 1:35 petang, akhirnya terlajak sehingga hampir pukul tiga petang.
Allah... Allah! Bukankan waktu di negara kita awal sejam? Maknanya memang masa kecemasanlah.
Pada mulanya kami cadang beli tiket KL-Tawau pada pukul empat petang, tetapi memikirkan kemungkinan akan berlaku delay dari Acheh jadi kami beli untuk penerbangan 6:05 petang. Kalau beli tiket yang pukul empat, memang terpaksa beli tiket baharulah jawabnya!
Kalut sungguhlah kami sewaktu tiba di KLIA1. Dalam waktu yang singkat mana hendak ambil bagasi, mana hendak urus perjalanan ke KLIA2. Ketika itu nampak sungguh tangan salah seorang geng kaki jalan menggeletar terketar-ketar sewaktu daftar penerbangan masuk dalam talian.
Jam sudah menunjukkan angka empat petang. Bermakna ada dua jam sahaja lagi untuk kami menguruskan bagasi kami. Ketika itu kami masih berada di KLIA1, menunggu KLIA Ekspress untuk ke KLIA2.
Sebenarnya tangan sebelah kiri Amie sakit. Jadi terpaksalah Nano dan Kam seret beg kita. Aduhai....menjelang 4:20 petang barulah kami sampai ke balai berlepas untuk drop bagasi. Di sini, ujian belum berakhir.
Semua beg dan kotak kawan-kawan lepas masuk tetapi beg Amie tidak lepas kerana terlebih berat. Pelik! Timbangan menunjukkan angka 22 kilogram sedangkan di Lapangan Terbang Acheh hanya 14 kilogram. Terpaksalah Amie keluarkan 2-3 kilogram berat beg. Kawan-kawan urus semula beg Amie. Setelah selesai, satu keluhan dilepaskan. Timbangan menunjukkan beg Amie hanya 11 kilogram sahaja! Apa punya sistem drop bagasi KLIA2 ini!
| Google : AirAsia Kuala Lumpur - Tawau |
Kami terpisah tempat duduk. Tempat duduk penuh. Mungkin agak lewat check in dalam talian jadi Amie dapat tempat duduk paling belakang, di tepi tingkap. Selepas makan Grilled Peri Chicken with Jollof Rice, duduklah termenung merenung ke langit.
| Kuala Lumpur - Tawau |
Hendak beli minyak wangi, tapi melihat pramugara dan pramugari yang sangat sibuk dengan kerja masing-masing membahagi makanan dan mengemas sampah, akhirnya kita lupakan hasrat itu. Sudahlah duduk jauh dengan rakan yang lain!
Ada dua pengajaran yang Amie dapat sepanjang penerbangan dari awal hingga akhir. Pengajaran pertama kalau boleh pada masa akan datang tidak mahulah beli tiket sambung menyambung sampai hendak patah kaki berlari berkejaran tercungap-cungap ke kaunter imigresen. Pengajaran kedua, kalau balik dari mana-mana-mana luar negara biarlah jarak masa jauh sedikit untuk penerbangan balik ke Sabah. Perkara ini sudah banyak kali Amie lalui! Seram rasanya terkejar-kejar dari KLIA1 ke KLIA2.
2019 pernah berlaku peristiwa flight delay dari Kathmandu Airport ke KLIA1 selama 10 jam. Sampai KLIA1 semua beg penumpang tertinggal di Kathmandu Airport. Penerbangan kami ke Tawau terlepas. Dan kami terpaksa beli tiket baharu. Empat hari kemudian barulah kami dapat semula beg masing-masing!
Walaupun ada travel insurance tapi tidak semestinya kita dapat tuntut apa yang sepatutnya!
40 comments
Adoi rupanya butter 🤣. Cantik berkilat warnanya macam dessert. Siap bua bentuk bunga pulak tu. Sekali kena scam 😅
BalasPadamHahaha...kena scam kan.
PadamBerada nun di udara, memang berada di posisi tenang dan damai dengan kebisingan..dalam kapal di udara hanya zikir mengalun dalam jiwa raga, mendarat di tempat dituju baru rasa selamat kembali. Tahniah..
BalasPadamAlhamdulillah. Selamat pergi dan selamat kembali.
Padamhui .. saya baca pun dah penat.. tak tahu macamana yang merasai sendiri naik turun flight sambung-sambung.. kalau 20 tahun dulu mungkin steady lagi..
BalasPadamTak sangka terpaksa lalui masa kecemasan begini. Harap tak berulang kembali.
PadamPunyalah mencabar ya, bertukar pesawat hanya untuk ke KL. Memang penat.
BalasPadamLucu kisah butter cantik tu lah 😂
Itulah kalau di musim perayaan, tempat selalu penuh.
PadamKalo saya dah menangis tengah jalan tu...paling risau nak naik flight terkejar2 masa...
BalasPadamSaya pun kalau boleh nak nangis juga hihihi.
PadamDapat bayangkan macamana amie terkejar-kejar macam tu. Lepas tu bila dapat terbang kepenatan nak makan pun takde selera.
BalasPadamSyukurlah kaki boleh berlari, tak sesak nafas.
Padamsaya pun ingatkan dessert mango..
BalasPadamkalau saya tu tak tau la kak mau panic attack
Betul Afzan.
PadamMujurlah ada tenaga untuk berlari, kalau tak memang terjelepuk terus ketika pengumuman akhir ke pintu pelepasan.
letih tu berlari tukar flight n destinasi pengalaman mahal
BalasPadamBetul Kak PI.
PadamSaya yang membaca ni pun enxiety jadinya..berdebar kencang macam bersama pula mengejar flight LD-KK-Labuan- KL..
BalasPadamTapi kelakar sekejap bab bunga butter tu🤣..Kalau saya pun harus dah ingatkan pudding🤭..Jadi panduan juga untuk kami..
Kembali enxiety Acheh-KL-Tawau🤭
Apapun Alhamdulillah Allah mudahkan urusan🤲
Memang cemas betul masa tu.
PadamNak naik kapal terbang ni perlu banyak masa bersedia, tak kelam kabut berkejaran.
Makanan dalam business class banyak kan, kak. Saya dapat merasa sekali. Ya Allah, asyik makan je dalam kapal terbang. Dengan minuman panas lagi. Saya baca cerita kak Amie ni pun, turut rasa terkejar-kejar. Tumpang letih juga, kak Amie. Mujur semua selamat, ya.
BalasPadamTak larat dah nak layan selera masa tu. Pebat seharian dari ladang berkejaran naik flight.
PadamWah ! Amie pelbagai airline perjalanan Amie kali ni.. :)
BalasPadamItulah AJ, bilangan flight lebih banyak dari bilangan hari di Acheh
PadamUwaaaah kak Amie, saya pun shock liat banyaknya bandara yg disinggahi 😅😅. Terbayang lah repot nya Krn harus pindah2 yaaaa. Apalagi mepet. Memang kuatir kalau sampai ada delay.
BalasPadamBtw kak Amie, dari Sabah ke labuan, saya baca harus lewat imigrasi? Kenapa ya? Kan masih sama2 Malaysia. Maaf saya tak tahu 🙏
Tergelak pula saya baca bab butter berbentuk bunga hahahahah. Awalnya saya pikir itu puding kak 🤣.
Btw, pas liat parfum legendary , saya langsung excited 😍😍😍😍. Soalnya pas ke KL Nov esok, memang nak beli parfum legendary ini kak. Viral sangat parfum ini di Indonesia . Temen saya bilang wanginya aweeeet. Makanya saya nak beli
Peraturannya memang begitu Fanny. Tidak sama seperti di Semenanjung Malaysia Barat. Di Malaysia Timur iaitu Sabah (tak pasti Sarawak) memang perlu cop imigresen. Dari semenanjung masuk dan keluar Sabah mesti cop imigresen.
BalasPadamLabuan bukan lagi wilayah Sabah, tapi sudah berdiri sebagai Wilayah Persekutuan Labuan. Jadi tetap juga cop imigresen setelah masuk Airport untuk pertukaran flight ke Kuala Lumpur.
Sayang sekali tak jadi saya beli perfume Legendary kerana saya rimas duduk di tepi tingkap dan ada dua lelaki duduk di sebelah saya.
Maaf Kak, Sy tergelak pasal butter tu 🤭
BalasPadamTerbayang kelam kabutnya tu Kak... Rasanya Sy pun tak sanggup nak bertukar² flight dan terkejar² penerbangan begini. Tapi salute, Akk masih selit masa utk jumpa bonda tersayang 👍🏻
Saya pun sampai sekarang gelak sendiri kalau teringat termakan butter tu ... hahaha.
PadamMasa saya menetap di Sarawak dulu pun kalau nak ke destinasi antarabangsa takde pilihan terpaksa bertukar2 flight sebab takde flight direct dari Borneo. Memang letih kan, duit tak payah cakap banyak habis dengan beli tiket penerbangan. Rasanya kerajaan negeri kena lebih aktif menarik syarikat penerbangan antarabangsa untuk terbang langsung ke/dari Sabah / Sarawak.
BalasPadamItulah.... pasal duit tambang kapal terbang memang tak boleh nak kata apa dah.
PadamFuhh.. yang baca ni pun boleh rasa kelalutannya untuk perjalanan dari Sabah ke KL bila bertukar-tukar flight, padahal dalam negara sendiri. Yang best nya duduk business class bolehlah santai-santai selepas berkejaran cuma harga tiket sama dengan pakej ke Acheh huhu...
BalasPadamYa, pejam mata bayar tambang walau hanya sehala. Kejam betul kan harga....
PadamYa Allah berderau baca post ni Kak Amie. Kami pun pernah ambil connecting flight yang macam ok tapi bila delay sikit, haaaaaa kalah Hussin Bolt berlari dalam terminal.
BalasPadamBetul Mulan. Kak Amie pun waktu tu sentiasa berharap agar delay....delay tapi tak delay pula.
PadamPengalaman ye kak... memacam gaya nya kalau tertinggal naya
BalasPadamBetul Dana.
PadamBuarlah lama menunggu, jangan ditunggu, bila-bila masa boleh terlepas penerbangan
Yang last sekali tu .mcm mana lah boleh tertinggal la barang² tu .maknanya, penumpang ja yang balik..barang² tak ikut balik.. Allahuakbar... Lepas tu, dia terus hantar ke airport yang berdekatan dengan kita ke kak Amie?
BalasPadamLinda memang takde pengalaman naik kapal terbang, memang macam rusa masuk bandar lah jawabnya, kalau nak buat urusan² kat airport tu .hahaha
Kami claim insurance. Empat hari kemudian beg dihantar ke Lahad Datu.
PadamBetul…ammi kalau beli tiket bus yg murah pun rasa ralat kalau terlepas bus akibat dari masalah yg tak dijangka. Kalau terlepas flight huhuhu lagilah merana. Boleh jadi anxiety tu part risau terlepas flight atau tidak
BalasPadamMemang bab naik pesawat ni buat kita risau. Kalau flight pagi takut tak terbangun tidur, kalau flight waktu lain takut traffic jam di jalan raya. Macam-macam lah.
PadamAlamak...SA plak turut termengah- mengah ikut jalan penceritaan Kak Amie...kesiannya...SA pernah terlepas flight ke Sarawak..Mak Abah dan adik2 semua dah lepas..tinggal SA sorang..so SA tiba kemudian la....
BalasPadamAduhai...kalau dah tertinggal seorang diri memang rasa lain macam kan SA.
Padam