Tujuh Jenis Sate Cocos Haji Ali
2:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita sudah seminggu berlalu tetapi hari ini baru sempat dijadikan entri.
Minggu lepas 14 Oktober sempena Hari Sukan Negara, Amie memenuhi jemputan untuk mengadakan ceramah teknik menjawab SPM di salah sebuah sekolah menengah di daerah Tungku, lebih kurang 65 kilometer jaraknya dari bandar LDU. Kebetulan pula, pukul satu malam tadinya, Fairuz sampai dari Kota Kinabalu. Jadi, Encik Suami minta Fairuz hantarkan kita ke Tungku. Encik Suami pun ikut juga. Firdaus ikut aktiviti kokurikulum di sekolahnya dan Encik Suami minta tolong anak buah mengambilnya sewaktu pulang.
Selesai ceramah, kami terus gerak ke kampung untuk menghadiri majlis tingkuang atau majlis menyambut menantu. Disebabkan letih yang teramat sangat, kita pun tertidur duduk sewaktu majlis berlangsung!
Pada masa yang sama, Abang Aznan ajak kami ke Tawau. Pada mulanya Encik Suami enggan sebab rasa letih. Abang Aznan minta kita pujuk Encik Suami supaya ikut sama. Oleh kerana Fairuz yang akan pandu kereta, jadi kami pun bersetuju. Bolehlah sambung tidur dalam kereta.
Fairuz tenaganya masih kuat, bolehlah memandu lama-lama. Bayangkan memandu selama tujuh hingga lapan jam dari Kota Kinabalu ke LDU. Sampai LDU pukul satu pagi. Pukul enam pagi sudah gerak hantar kita ke sekolah, dan pukul tujuh pagi sambung memandu dari LDU ke Tungku. Pukul 12:15 hingga 1:30 memandu dari Tungku ke Jalan Segama.
Selesai menghadiri majlis tingkuang, kami cepat-cepat pulang ke rumah. Solat dan tukar pakaian. Pukul empat petang, kami gerak dengan empat buah kenderaan menuju ke Tawau pula! Memang kerja gila... ahaks! Semuanya tidak dirancang. Bukannya bermalam di Tawau, tapi balik malam itu juga ke LDU.
Tempat pertama dituju apabila sampai ke Tawau ialah di Sate Cocos Haji Ali. Siapa sanggup tolak kalau sudah sampai ke tempat Sate Cocos Haji Ali ini! Apa lagi kalau semuanya percuma, dan sudah tentulah Abang Aznan yang belanja kami.
Sate Cocos Haji Ali:
- Sate Ayam
- Sate Daging
- Sate Kambing
- Sate Kulit Ayam
- Sate Hati Ayam
- Sate Mempedal Ayam
- Sate Tongkeng Ayam
Sate Mempedal Sate Hati Sate Tongkeng Ayam |
Sate Ayam |
Oleh kerana semua jenis sate diperap dengan sempurna dan cukup rasa, jadi kami makan begitu sahaja tanpa celup dalam kuah kacang!
Sayap Ayam Panggang |
5 comments
fuh! jauh perjalanan aimie tapi berbaloi lah kan tgk memacam jenis sate tu. sedap2
BalasPadamdahsyatlah fairuz💪💪💪kalau sy drive selama tu pengsan dah kot tgh jln hehehe
BalasPadamsedapnyaaa sate. kalau mkn mcm tu tanpa kuah ni mmg kompem sedappp
Sate usus ayam ada tak erk
BalasPadamJauh juga kalau road trip di sana ya kak .. tapi memang pulaunya sendiri besar, dan jarak dari satu kota ke kota lain jauh.
BalasPadamTapi satenya ini menggoda sangat 😍😍😍. Rasa pengen coba juga jadinya. Saya paling suka sate kulit. Walopun memang kolesterolnya tinggi 🤣🤣❤️
Sate kulit ayam belum pernah jumpa lagi tapi biasanya ada sedikit kulit diselitkan dalam sate ayam. Part tu memang sedap.
BalasPadam