Cempedak Goreng & Durian Goreng

6:30 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cuaca sepanjang petang di LDU mendung, hujan turun renyai-renyai. Syok betul tidur! Termimpi makan cempedak goreng. Terus terjaga dan masuk dapur, cari tepung serbaguna. Buat adunan untuk goreng cempedak. Di pertengahan jalan sewaktu menggoreng teringat pula ulas-ulas durian yang tersimpan dalam peti sejuk. Jadinya, setelah selesai goreng cempedak, goreng durian pula! Semerbak aroma cempedak dan durian penuh satu dapur sampai ke ruang tamu. Sudahlah hujan, bau gorengan terperangkap dalam rumah. 

Durian Goreng & Cempedak Goreng

Sempat intai Taman Firdaus dari jendela ruang tamu. Nampak kuntum-kuntum bunga telang dibasahi air hujan. Kita pun keluar petik beberapa kuntum. Bolehlah direndam dalam air panas untuk minum petang.

Bunga telang dibasahi air hujan.

Cempedak Goreng

Durian Goreng

Sesungguhnya petang tadi suasana menjadi gelap-gelita sebelum senja. Risau pula menunggu Encik Suami dan Firdaus belum pulang. Barangkali berlaku kesesakan lalu-lintas di jalan raya disebabkan hujan. Alhamdulillah, ketika azan maghrib berkumandang, sampailah dua beranak itu ke rumah.

13 comments

  1. Sedapnya makan cempedak & durian goreng panas2..
    Di Puncak Alam baru je hujan..agak lebat juga..
    Nyanyian katak pun sudah didengari dari belakang rumah..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, macam akan bermula musim hujan tu. Katak sudah panggil hujan.

      Padam
  2. Mesti seronok Firdaus dan suami Kak Amie bila balik terhidu semerbak bau cempedak dan durian goreng menanti di rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Carneyz.
      Semerbak aromanya, sedap rasanya.

      Padam
  3. Ada doktor kata sebenarnya buah2 tempatan ni bagus makan fresh
    Kalau goreng dah serap minyak dan tepung tak bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Wak. Yang goreng-goreng dan tepung tu hanya pilihan.

      Padam
  4. Pasti sedap durian goreng tu.
    Kalau saya tak sempatlah durian tu untuk digoreng.. makan je pun kadang tak cukup 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak durian yang dibeli. Tak habis makan. Kononnya hendak buat tempoyak, tapi separuh difrozenkan saja.

      Padam
  5. Wah...baunya memerpa deria bau di sini...
    Nampak keriuk keriuk gorengan tu menggoda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul keriuk keriuk bunyinya sewaktu dikunyah. Sudahlah wangi...aduhai!

      Padam
  6. Lama tak makan durian goreng... Cempedak goreng baru makan Dua Hari lepas....Syok makan time time nak ujan...kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang syok betul, makan sambil sembang-sembang.

      Padam
  7. Sedapnya kaaaak 😍😍😍. Saya sempat beli cempedak goreng saat di Penang. Di jakarta sbnrnya ada. Tp ntah kenapa rasanya beda. Saya suka cempedak yg digoreng garing begini. Tapi kalo durian goreng saya belum pernah coba 🤣

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe