Transit Circle One Palembang

3:57 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah semalaman melalui gelombang perjalanan yang tidak pernah terlintas dalam mimpi, akhirnya kami selamat tiba pada pukul 6:30 pagi di  tempat penginapan yang lebih sesuai dijadikan tempat transit sahaja. Tempat penginapan kami di Hotel Circle One terletak di Jl. Lingkaran 1 No.393A, 15 Ilir, Kec. Ilir Tim. I, Kota Palembang, Sumatera Selatan 30124, Indonesia. Kami dijadualkan meneruskan perjalanan pada pukul sembilan pagi. Pukul lapan pagi, sarapan berupa mi goreng dihantar ke bilik masing-masing.

Circle One



Seperti hari sebelumnya, masuk sahaja ke bilik kami terus rehatkan diri. Tak sempat ambil gambar seperti kebiasaannya. Layan mata dan layan tubuh badan yang letih, luruskan pinggang dan kaki terlebih dahulu.



Tepat pukul sembilan pagi, Gee sudah berada di lobi.

Teh Laici

Kami beli minuman di mini kafe yang terletak di sebelah ruangan menunggu di Circle One.


Beginilah keadaan mini kafe di Circle One.






Menjelang pukul 10 pagi, Pak Herman dan Pak Rajaab tidak muncul. Mesej sudah dihantar, dan juga dihubungi melalui telefon tetapi tiada sebarang jawapan. Kami terus menunggu.

Sebagaimana letihnya kami, sudah tentu mereka letih berganda-ganda!


Kami terus menunggu sambil terus membeli makanan dan minuman di kafe.



Sempat bergambar kenangan di hadapan kafe.
Memandangkan tiada respon dari kedua-dua pemandi pelancong dan pemandu van, kami bersangka bahawa kedua-duanya masih tidur atau berehat dan sepakat keluar dari hotel untuk jalan-jalan di kawasan sekitar.
Masuk Indomart.
Masuk Alfamart.


Satu jam kemudian kami kembali semula ke Circle One dengan oleh-oleh masing-masing.


Kami meminta jasa baik pekerja hotel supaya mengetuk pintu bilik mereka, tetapi tiada sebarang jawapan!


Menunggu dan terus menunggu sehinggalah pukul satu tengah hari.



Terakhir, kami meminta pekerka hotel membuka pintu mereka! Dan benarlah sangkaan kami. Mereka masih tdur! Semalaman dari Paya Kumbuh ke Jambi. Semalaman lagi dari Jambi ke Palembang. Ikut logik, memang tidak cukup rehat setakat dua atau tiga jam!


Pukul 2:24 petang, barulah Pak Herman muncul!
Kami berbincang untuk memutuskan destinasi yang perlu dilawati memandangkan masa sangat terhad.


Setelah perbincangan untuk mencapai kata putus, ramai-ramai kami menyuarakan eloklah terus ke rumah makan sebab semua sudah lapar! 

Pak Herman dan Pak Rajaab pun nampak kembali segar dan bertenaga untuk meneruskan kembara bersama. Alhamdulillah. Mudah-mudahan mereka berdua cukup rehat.


13 comments

  1. Waduh waduh penat sungguh nampak gayanya bapak berdua tu ye... Apapun mereka juga perlukan rehat yg cukup, risau pula jika nak memandu dlm keadaan letih dan menngantuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul. Mereka yang sepatutnya cukup rehat.

      Padam
  2. Part bergambar ramai2 tu yg syok tu! Meriah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kerja lain waktu tu, gambar beramai-ramai lagi syok kan Uncle.

      Padam
  3. Penat betul tu,agaknya dapat ja bantal..hanyut ke laut dalam bapa bapak tu..nasib baik kembali ke daratan akhirnya..hihihi
    Ish sedap pula nampak teh laici tu..selalunya kalau saya la.. aneka minuman ni idea datang time bulan puasa je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami penat tak apa, boleh tidur dalam van. Kalau bapak-bapak tu penat, memang risaulah .

      Padam
  4. Kalau plan awal jumpa jam 2 pm pasti ahli rombongan juga dapat tidur dan berehat lagi instead kena berkumpul jam 9 pagi.
    Tapi biasalah kalau dah namanya melancong, pasti akan cuba memaksimakan masa untuk berlibur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah ada orang kata namanya jalan-jalan cari penat kan Faizah.

      Padam
  5. mmg penat betul tu pak supir dgn guide..

    BalasPadam
  6. Manis2 buah ceri,
    manis lagi pembaca komen ni,
    Kalau diri tu sudi,
    jom la join segmen ni. >_<

    jemput join segmen Cuya :D Marilah memeriahkan lagi!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    BalasPadam
  7. moden hotelnya...menarik tehnya...pelbagai perisa..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe