Hantar Kek Ulang Tahun ke Rumah Abang Ipar
5:59 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari demi hari rasa gembira semakin menjauh setiap kali melihat paparan dan perkembangan berita dari tempat tanah tumpah darah saudara seagama kita di Palestine. Timbul perasaan sedih dan duka berterusan tanpa mengira waktu, siang atau malam. Hanya mampu berdoa semoga penderitaan mereka segera berakhir.
Ada kalanya perasaan itu turut mempengaruhi emosi sehingga tidak mahu hendak menulis entri. Namun begitu, menyedari lama-kelamaan tentu blog akan menjadi suram, dan dapur maya ini akan terus bersawang, jadi menulislah walau hanya beberapa ayat.
Selepas solat Jumaat, Encik Suami serta adik-beradik yang lain ingin membuat kejutan sempena ulang tahun abang ipar yang ke-68. Mereka merancang untuk hantar kek ke rumahnya.
Kek Ulang Tahun |
Wak Ijam, berbaju kuning dikelilingi oleh abang dan adik-adiknya. |
Kita terpukau melihat pokok-pokok bunga yang subur di tepi rumah Wak Ijam. |
Sempat ambil gambar pokok bunga sahaja, sedangkan keliling rumah Wak Ijam turut dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok cili, pokok buah dan segala jenis herba. Kami tidak lama di sini kerana masing-masing ada urusan.
Dalam perjalanan pulang, Lina (anak buah) telefon. Katanya, jemputlah datang makan di Rumpun Selera. Ketika itu Lina dan suaminya sedang makan di situ. Kebetulan kami belum makan tengah hari. Jadi, menjamu seleralah kami di sini.
Amie : Tauhu Begedil, Ayam Panggang & Nanas |
Encik Suami : Nasi Arab & Ayam Panggang. |
Terima kasih Lina belanja kami makan tengah hari. Terima kasih kakak ipar, belanja kami air tebu (beli di tepi jalan) sebelum sampai ke rumah Wak Ijam.
7 comments
betul tu Amie, tak mampu nk tgok video2, cepat2 je scroll..
BalasPadamBTW kek tu syomeelll
Kita hanya mampu memandang dari kejauhan sambil menitipkan doa semoga akan segera berakhir segala penderitaan mereka.
PadamCantiiiik cake nya, purple pula 😄😄👍🏿.
BalasPadamKaguuum lihat aneka tanaman di rumah Abang ipar kakak. Pasti tangannya sangat dingin, bisa tumbuh subur semua tanaman peliharaannya 😄❤️
Kakak ipar saya yang pilih kek itu. Katanya warna purple sesuai untuk usia emas / tua ... ahaks!
PadamYa, memang tangan abang ipar dan isterinya dingin. Apalagi kalau menuai hasil tanaman cilinya, dibagi-bagi sama kami bahkan pernah dibagi yang sudah siap dikisar dijadikan sambal!
Sanah Helwah utk Wak Ijam, mudah-mudahan diberi kesihatan yg baik selalu 🤲
BalasPadamMacam nursery rumahnya Kak, banyak pokok! Sukanya saya 🤩
amboiiiii purple kek utk wak ijam... semoga wak ijam dikurniakan kesihatan yg baik dan rezeki ug melimpah ruah.
BalasPadamuntuk palestin, kami sentiasa bersamamu!
Sanah Helwah Wak Ijam
BalasPadam