Nasi Arab & Nasi Beriani
5:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selain makan nasi arab atau nasi beriani dengan kambing, kita juga suka makan dengan ikan terutamanya ikan goreng berempah. Walaupun rupa paras ikan nampak hitam manis dan kurang menawan tetapi apabila masuk ke mulut bersama nasi beraroma begini, lazatnya hanya perut saja yang tahu sebab arah tujunya memang ke situ.
Kalau pekerja restoran ambilkan nasi, memang penuhlah sepinggan, tetapi kita yang uruskan nasi dalam pinggan sendiri. Jadi, kita bubuhlah separuh pinggan sahaja. Ruang pinggan yang kosong kita bubuh lauknya pula. Kita tahu setakat mana perut boleh diisi, maka tidaklah berlaku pembaziran sebab tak habis nasi masuk ke perut.
Seperti biasa, kalau makan di luar Encik Suami kata 'dapur di luar rumah. Mari kita singgah di kedai makan mamak Restoran Rumpun Selera di Sri Perdana.
Nasi Arab Ikan Goreng Berempah & (belakang - Nasi Beriani Ayam Masak Merah) |
Amie - Nasi Arab Ikan Goreng Berempah |
Encik Suami - Nasi Beriani Ayam Masak Merah |
Nasi Arab & Nasi Beriani lengkap dengan acar timun dan keropok papadom. Minumannya pula, teh Cina panas. |
27 comments
menggoda nasi arab ni
BalasPadamdgn teh panas lengkap menunya
Nasi arab makan di kedai mamak... ahaks!
PadamKedai mamak pun ada jual nasi arab ya, Kak Amie. Mambangnya kat mana agaknya, kat sini pun mambang hilang, dapur di luarrrr, hahahahah.
BalasPadamBagilah simambang tu rehat-rehat dulu kan SK.
Padamdua dua pun sedap tuu Amie :)
BalasPadamYa, betul. Boleh kongsi makan.
PadamUncle peminat nasi biryani.... nasi arab sekali sekala
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamLayan selera mana yang diminati.
Wak kalau makan nasi beriani mesti cari kambing
BalasPadamBetul Wak.
PadamNasi beriani dengan kambing memang jodoh sekufu.
setakat ni sy belum pernah lg mkn nasi beriani atau arab dgn ikan... selalunya mmg suka kambing.. hehehe
BalasPadamMemang banyak pilihan untuk lauk nasi beriani atau nasi arab.
PadamCumanya di tempat kita memang biasa dengan lauk kambing atau ayam.
Tengok di Makkah dan Madinah, orang Arab suka makan lauk ikan goreng selain kambing, jadi bila kita cuba rasa sedap pula.
Sedapnya makanan tengahari Kak Amie dan suami. Nasi arab ni kalau ada sos harrah lagi berselera saya makan, lagi2 kalau dihidang dengan teh arab 😊
BalasPadamYa, ada sosnya tapi tak ambil. Bila nampak ikan terus lupa yang lain.
Padamnape kat sini tak pernah jumpa nasi arab dengan ikan goreng ni kak
BalasPadamSebab di tempat kita terhad hanya nasi dengan ayam atau kambing saja. Sedangkan di Tanah Arab, banyak jenis lauk boleh pilih samada ayam, kambing, lembu, udang, ikan dan sebagainya.
Padamtk pernh lg mkn nasi arab menu ikan...tp kalo kt mekah/madinah femes menu nasi arab lauk ikan
BalasPadamYa, di Tanah Arab memang popular dengan lauk ikan selain ayam dan kambing.
PadamSaya tak pernah cuba makan nasi arab dengan ikan goreng berempah. Kalau jumpa, boleh la cuba. Nasi beriani pun dah lama tak makan.
BalasPadamBeberapa tahun lepas saya dengan kakak pernah makan nasi arab di Shah Alam. Ada menu lauk ikan dalam katalog, tapi bila kami hendak order katanya tak ada pula!
Padamni susah cari nasi arab, ada pun krg sedap. nasi beriani biasa mkn kt kedai mamak je
BalasPadamaah ikan camtu mmg sedap. sebab rempah dia tu lah yg hitam
Ya, ikan jadi hitam sebab rempah-renpahnya.
PadamBelum pernah rasanya sy makan nasi beriani atau nasi Arab dgn ikan goreng, telioq la pulak 🤭 sudahlah 2-3 hari ni teringat Hjh Lofa pernah masak nasi Arab ikan siakap...adoi, menggoda!
BalasPadamSejak tahu nasi arab boleh makan dengan ikan goreng, saya mula sukakan menu begini.
PadamBetuuul, biar tak mubazir ya kak Amie. Saya pun kalo dah tau porsi besar, pesan 1 saja untuk berdua.
BalasPadamSekarang ini tiap kali lihat blog Kaka, saya perhatikan sangat cara Kaka mengambil gambarnya. Krn memang bagus dan cantik foto2nya 👍🏿
Terima kasih Fanny.
PadamKakak tidak ada cara tertentu sewaktu ambil gambar.
Tangkap saja mana-mana bahagian, yang penting gambar jelas.
jarang nasi arab mkn dgn ikan... nampak sedap sungguhhh👍👍
BalasPadam