Berkenalan dengan Ikan dari Laut LD
3:27 PTGMari kita ke pasar ikan, tapi bukan di Pasar Ikan LD yang terletak di tepi jalan besar arah he pantai sebaliknya kita masuk ke pasar raya. Kami sudah lama tidak beli ikan di Pasar Ikan LD. Dari dahulu sehingga sekarang tidak selesai masalah bawa ikan perut pecah balik ke rumah. Di pasar memang ikan nampak cantik, sampai rumah dua tiga ekor sahaja yang segar dan selebihnya memang nampak sangat ikan lama yang sudah terburai isinya. Bukan ikan sahaja, tetapi termasuk udang dan sotong. Pelik betullah peniaga ikan di sini. Pembeli tidak dibenarkan memilih, mereka akan sodok ikan, udang dan sotong dari bawah timbunan. Peniaga latok pun sama juga! Dulu elok saja latoknya, tetapi kebelakangan ini mereka pun pandai sembunyikan latok buruk dan lunyai di bawah timbunan latok yang segar! Oleh kerana mereka jual dalam bentuk longgokan, jadi tiadalah peluang untuk memilih. Syukurlah sekarang ada pasar ikan selain Pasar Ikan LD yang jual latok ikut timbangan dan pilih sendiri.
Peniaga yang menjual ikan, udang dan sotong saiz besar tidak termasuk yang Amie maksudkan di atas. Yang selalu menipu ialah bahagian yang menjual ikan, udang dan sotong saiz kecil! Harapnya pihak KPDNHEP Negeri Sabah selalulah turun padang memantau.
Bagaimanapun sebagai pengguna sudah semestinya perlu bertindak pijak kerana kita boleh memilih. Syukurlah, selain Pasar Ikan LD, banyak pasar raya lain yang menjual ikan terutama di bandar-bandar baharu. Ikan yang ditawarkan pun lebih murah, segar dan tiada penipuan. Pembeli boleh memilih sendiri dan beratnya sudah tentulah tepat dengan harga kerana menggunakan timbangan digital.
Salah satu tempat yang kami suka kunjungi sudah tentulah Eco Fresh Cold Storage yang terletak di Jalan Dam. Jom kita lihat ikan-ikan yang ada di situ
Ikan Kerapu Bara / Suno Ikan Kerapu Bintik Biru Ikan Jenahak Tanda Ikan Jenahak Merah |
Ikan Jenahak / Merah Ikan Jenahak Tanda Ikan Gerut-Gerut |
Ikan Kerapu Ikan Kerapu Bintik Jingga |
Ikan Bayan Ikan Jenahak Tanda Ikan Kutambak Ikan Putih |
Ikan Bayan Ikan Batu |
Ikan Kerapu Bara / Suno Lain-lain Jenis Kerapu |
Ikan Putih |
Ikan Bayan Ikan Putih Ikan Kutambak |
Keluarga Ikan Jenahak (Tengah) |
Ikan Kerapu Ikan Jenahak Tanda Ikan Kutambak |
Ikan Gerut-Gerut Ikan Kerapu |
Keluarga Ikan Kerapu Keluarga Ikan Jenahak |
Ikan Kandaman (Uji Rashid) Ikan Belanak Ikan Panit |
Ikan Lumahan |
Ikan Kubal-kubal |
Ikan Tulai |
Ikan Susu @ Bolu Ikan Talang |
Keluarga Ikan Jenahak Kerapu Bara / Sonu |
Keluarga Ikan Batu Ikan Kutambak |
Ikan Sebelah Ikan Putih Ikan Kutambak |
Ikan Belais |
Ikan Putih |
Ikan basung |
Ikan Lumahan |
Ikan Selar |
Ikan Belanak |
Ikan Jenahak |
Keluarga Jenahak Keluarga Kerapu |
Keluarga Jenahak Keluarga kerabu Ikan Alu-aAlu (Barracuda) |
Ikan Ayam Laut |
Ikan Jenahak (gambar atas). Ikan Jenahak yang sudah dipotong-potong (gambar bawah). |
Kepingan Ikan Haruan Laut / Haruan Tasik |
Kepala Ikan Putih |
Ikan Alu-Alu |
Kepingan Ikan Kerapu |
Ikan Batu Ikan Lausu |
Ikan Merah |
Ikan Putih |
16 comments
Aiissssh segaaaar nya kaaaaak 😍😍😍😍😍😍. Kalo ikan laut besar macam ni saya sukaaaa. Apalagi dibakar kan. Tak usah banyak bumbu, asal segar pasti enak dagingnya
BalasPadamMemang benci betul kalo ketemu penjual yg tak jujur begitu. Sengaja pilih yg tak fresh buat pembeli kan. Baguslah kalo ada pasar lain yg lebih jujur dalam jualan. 👍.
Saya pun suka olah ikan besar tanpa banyak bumbu. Terasa isi ikan yang manis dan segar.
PadamWalaupun dijual di pasaraya tapi ikan-ikannya segar-segar semuanya. Tak suka pergi pasar dan tak boleh pilih ikan yang kita nak.
BalasPadamBanyak pembeli datang cari ikan di pasaraya. Tempatnya bersih dan terjaga, tidak berbau seperti di pasar ikan.
PadamUncle ni tak kenal ikan.... kalau dah potong2 laaaaagiiiiii tak kenal...!
BalasPadamTapi makan ikan juga kan Uncle.
PadamDi sini saya juga sering salah beli ikan. Di pasar tampak segar, sampai di rumah hancur.
BalasPadamItu yang selalu bikin sakit hati kan Ibu Nur.
PadamBila tengok gambar macam ikan yang sama
BalasPadamLumahan=kembong
Kubal-kubal=cencaru
Basung=sardin
Jenahak tu banyak jenis rupanya.
Ya, nama lain-lain tapi rupa sama saja.
PadamKena copy link ni share kat Adah ni....hihihi
BalasPadamSilakan Mama Cella. Boleh Adah kenal nama-nama ikan di Tawau. Di Pasar Ikan Tawau banyak ikan tuna, ikan jenahak saiz besar. Biasanya sudah siap potong.
PadamSeronoknya SA banyak baelajar nama dan rupa ikan hari ni...rasanya x semua sebutan nama ikan sama dia semua negeri kan kak amie..ikan belanak tu fav SA..dulu Pak Zain menjala di laut so selalu dapat ikan belanak..rasadia manis dan lemak- lemak..ikan kubal- kubal tu bukan ikan cencaru ke kak
BalasPadamIkan belanak di LD biasanya saiz besar, dan rasanya lebih tawar. Kak Amie suka yang tempat kita punya, saiz lebih kecil dan manis.
PadamAisehhhh.. sy ni buta nama ikan. Susah betul nak menghafal nama dan rupanya. Mungkin kalau masa kecik² dulu biasa makan atau memancing, mudah nak ingat dan hafal.
BalasPadamsaya jujur dengan kak amie. saya memang failed bab2 nama ikan ni. lagi satu nama2 pisang. kalau ada exam tanya pasal nama ikan kompem sy dpt G kak🤭😁
BalasPadamBTW ikan warna biru tu kak amie pernah masak lauk apa ya?