Makan Tengah Hari di Jambi : Rumah Makan Simpang Alay Masakan Padang

6:42 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pak Herman memang sangat pakar sebagai pemandu pelancong di Padang dan Bukit Tinggi kerana di situlah tempat lahirnya. Bagaimana pun kami meminta jasa baik Pak Herman untuk membawa kami ke Jambi. Jambi dan Palembang bukanlah wilayah takluk Pak Herman dalam hal ehwal tugasnya. Kebetulan pula, Pak Rajaab memang mengetahui selok-belok jalan ke Jambi, jadi Pak Herman meminta Pak Rajab menjadi pemandu van sepanjang perjalanan kami dari Padang sampailah ke Jakarta.

Lama jugalah perjalanan dari Tanjuang Alam merentas ke Jambi. Semalaman berada di van, dan sebelah paginya sambung perjalanan sehingga sampai ke tempat penginapan di STeZe Cost II Jambi yang terletak di Jl. Nusa Indah I, Rw. Sari, Kec. Kota Baru, Kota Jambi, Jambi 36361, Indonesia. Sebelum itu Pak Herman dan Pak Rajaab memberitahu kami bahawa perjalanan memakan masa di antara 12 hingga 15 jam. Ketika daftar masuk jam menunjukkan pukul 10 pagi. Pak Herman dan Pak Rajaan tidak tidur sepanjang malam kerana kami terdengar Pak Herman berbual-bual dengan Pak Rajaab. Barangkali menemaninya supaya Pak Rajaab tidak tertidur. 

Amie tidak sempat ambil gambar tempat penginapan kerana terlalu letih dan hendak cepat-cepat membersihkan diri serta meluruskan pinggang. Jadinya, dalam tempoh tiga jam sahaja kami berada di tempat tersebut. Biarlah Pak Herman dan Pak Rajaab berehat, kembalikan tenaga untuk perjalanan seterusnya. Kami ini, boleh saja tidur dan berehat di dalam van sewaktu Pak Rajaab memandu.

Menjelang pukul 2:30 petang kami sudah daftar keluar dari SteZe Cost II Jambi dan kini berada di Jl. Multatuli No.58, Mayang Mangurai, Kec. Kota Baru, Kota Jambi, Jambi 36129, Indonesia.

Pada mulanya Pak Herman bertanya menu yang ingin kami jamah, tetapi kami serahkan kepada beliau untuk membuat pilihan kerana kami pun tidak tahu makanan apa yang istimewa di Jambi. Sudahnya Pak Herman mengarahkan Pak Rajaab berhenti di Rumah Makan Simpang Alay Masakan Padang.


Memang setiap hari kami makan tengah hari dijamu dengan Nasi Padang tetapi dari satu rumah makan ke satu rumah makan kami akan menikmati lauk-oauk yang berbeza. Pak Herman sudah menentukan lauk-pauknya dan apa yang terhidang di hadapan kami, menurut Pak Herman hendaklah dihabiskan!


Perjalanan yang memakan masa panjang menyebabkan kami perlu mengambil waktu untuk berehat seketika, dan walaupun terlewat makan tengah hari namun rasa lega setelah kembali bertenaga.


Menunggu hidangan disajikan untuk santapan tengah hari.



Di Rumah Makan Simpang Alay Masakan Padang, nasi dihidangkan dalam pinggan bersama ulam timun dan pucuk ubi kayu rebus.

Sambal hijau adalah menu wajib di rumah makan Padang.

Ada ayam goreng dan ayam panggang.

Rasanya hidangan nasi dengan ulaman, sambal hijau dan ayam sudah mencukupi.

Tetapi Pak Herman menambah lauk sambal tempe.


Dan tidak ketinggalan Pangek Cubadak.

Bismillah.

Ketika menulis entri ini barulah terfikir, sepatutnya kami meminta masakan khas Jambi! Sekarang bukan berada di Padang atau Bukit Tinggi. Barangkali jodoh kami masih panjang dengan Jambi, jadi lain kali kalau datang ke Jambi kami ingin mencicipi beberapa jenis masakan di sana seperti:

  • Gulai Tepek Ikan
  • Nasi Gemuk
  • Gulai Talang - bukan ikan talang tapi ayam atau itik / bebek
  • Rendang Cempedak 
  • Sate Ikan
  • Soto Semurup
  • Sate Tempe Rangkayo Hitam
  • dan lain-lain

7 comments

  1. Meriah pilihan lauknya.. Seram Sha tengok sambal hijau dia tu.. kikiki..

    BalasPadam
  2. semuanya nampak menyelerakan. Tengok nasi dengan pucuk ubi dan timun pun namopak sedap. aduuuu....lapar terusss

    BalasPadam
  3. Sukanya lauk-lauk padang.
    Kalau kat Malaysia,nasi padang boleh tahan harganya..
    Sambal ijo depa memang sedap kan

    BalasPadam
  4. Beruntungnya kak Amie, saya sendiri belum pernah ke Jambi 😂😂. Padahal sekarang ini sudah ada tol langsung dari Jakarta sampai Palembang. Jadi tak butuh waktu lama lagi. Kalo dulu sebelum ada tol jakarta Medan bisa 4 - 5 hari naik mobil 🤣. Skr dah cepat lah.

    Nanti nak paksa suami utk keliling sumatera by car lah 😄

    BalasPadam
  5. Oh, lauknya telah dipilih siap ya. Macam tu, betullah, kena habiskan nanti rugi, hihi.

    BalasPadam
  6. Jauh juga perjalanan sehingga 15 jam tu.
    Walau tidur dalam van agak letih juga .Dapat berehat seketika di hotel pasti sangat melegakan.

    BalasPadam
  7. authentic nasi padang...lauk-pauk nampak sedap semuanya...rendang cempedak..first time dgr..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe