Berkelah di Pantai Payang Lahad Datu
7:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi kelmarin kami tiga beranak mencari angin pantai. Semenjak peristiwa Perang Tanduo 2013, 33 hari sebelum kelahiran Firdaus, kami tidak lagi mengunjungi pantai seperti sebelumnya. Ditambah pula dengan peristiwa penculikan demi penculikan serta pembunuhan tawanan yang dikaitan dengan pengganas Abu Sayaf, bertambahlah takutnya kami untuk bersiar-siar di mana-mana pantai!
Walaupun peristiwa hitam itu sudah lebih 10 tahun berlalu, namun kesannya masih membekas di hati kami. Teringat permintaan Encik Suami : Janganlah sakit bersalin waktu malam. Takut hendak hantar ke hospital.
Maklumlah di hospital waktu itu sedang dilakukan operasi pengecaman beratus-ratus mayat pengganas dan kebetulan pula bilik mayat bersebelahan dengan dewan bersalin!
Mari kita cerita tentang perkelahan kami kelmarin. Hari ini, di sebelah pagi Firdaus bermain futsal di padang. Sebelah petangnya pula bermain-main di rumah Khalid. Sekarang Firdaus bersama Khalid berada di masjid. Katanya hendak ikut majlis selawat, mungkin ada sambutan Maulidur Rasul.
Kami tiba di sini sekitar pukul sembilan pagi. |
Bayaran pengunjung dikenakan di pintu masuk. Dewasa : RM8.00 Kanak-kanak : RM5.00 |
Dari kejauhan sudah terlihat keindahan tepi laut Payang. |
Tempat duduk kami di bawah pokok berhadapan dengan pantai. Jadi, sambil makan dan duduk berehat, mata dapat memerhatikan Firdaus mandi laut dan bermain-main bersama kawan-kawannya.
Firdaus di atas pelampung. |
Firdaus ini jenis peramah. Walaupun masuk air laut seorang diri, tetapi cepat dapat kawan! Tidak lama kemudian, terdengar suara-suara memanggil : Daus! Daus! Rupanya Firdaus sudah memperkenalkan dirinya dengan kawan-kawan baharu.
Salah seorang bapa kanak-kanak di situ menggali pasir, dan anak-anak kecil menimbunkan semula pasir ke atas badannya.
Firdaus ikut serta 'menanam' bapa kawan baharunya.
Video kenangan Firdaus bermain ppasir.
Sementara itu kami membentang tikar di atas meja yang disediakan. Encik Suami keluarkan bakul makanan dan minuman dari kereta. Jiran di sebelah kiri dan kanan tempat duduk kami masing-masing membakar sayap ayam, ikan, udang dan sotong. Lain kali kalau datang lagi, boleh kami sediakan bahan untuk dipanggang-panggang pula. Dan kenalah datang lebih awal supaya dapat tempat memanggang.
Meja dan bangku duduk kami tidak jauh dari tempat Firdaus bermain air laut.
Inilah antara makanan yang kami bawa.
Sejak pagi tadi perut belum diisi.
Eloklah sarapan sekarang.
Sebenarnya kami tidak buat persediaan rapi sebelum datang ke sini. Ada buah anggur dalam peti sejuk, masukkan saja dalam bekas dan masak mana yang sempat saja.
Nasi Kuning |
Ada nasi kuning dan lauknya, sambal ikan tuna.
Sambal Ikan Tuna |
Sambal Kentang |
Petang Jumaat Amie masak sambal kentang, dan lebihkan sedikit. Sambal kentang itu Amie tambahkan tempe, udang, peria katak dan petai. Bolehlah dijadikan lauk tambah nasi kuning.
Mini Otak-Otak Ayam Frankfurter |
Peha Ayam Goreng |
Tart UFO dan roti kegemaran Firdaus. |
Jelly Pelangi |
Firdaus makan peha ayam goreng. |
Setelah berendam sampai kecut dalam air laut, Firdaus naik ke darat untuk makan. Kemudian Firdaus sambung semula bermain air laut.
Lebih kurang pukul 11:15 pagi, kami panggil Firdaus untuk naik ke darat. Sekarang masa untuk pulang. Kami tak boleh berlama-lama di sini kerana pukul dua petang, Coway Lady akan datang ke rumah. Kami akan ambil masa selama 30 minit untuk sampai ke rumah.
Firdaus bersihkan diri di bawah pancuran. |
Kemudian Encik Suami bawa Firdaus ke tempat mandi dan tukar pakaian. |
Kami sampai ke rumah sekitar pukul 12:30 tengah hari. Encik Suami singgah dahulu di kedai dalam perjalanan pulang. Kita tertidur dalam kereta, qadha' mengantuk sebab bangun awal masak makanan untuk dibawa berkelah.
7 comments
Laaaa rupanya Jelly Pelangi, ingatkan bekas makanan bercorak.
BalasPadammeriah kak menu berkelah nya, Firdaus dah penat main air itu lapar je dia tu. Tengok panas tapi seronok la main air ni, pantainya pun cantik kak
BalasPadamBekal sihat tu banyak buah...
BalasPadamSemoga negara kita dipelihara Allah dari segala anasir buruk
cantik tempatnya dan ramai juga org yg dtg. tentu berselera makan piknik bila dpt udara tepi pantai kn
BalasPadamMeriahnya bekalan berkelah. Laaa.. kenapa bilik bersalin sebelah bilik mayat. Buatlah jauh² sikit, hihi.
BalasPadamKisah lama yang tak mungkin dilupakan. Bila di ingat kita jadi seram nak kemana-mana. Meriah di pantai payang ni. Air lautnya membiru cantik sekali. Hihi..terbawak tuala pink pulak ye. Hantam sajalah..janji tuala. hihi...
BalasPadamKaka semua yg masak itu? Saya rinduuuu Aceh kalo liat piknik di pantai begini 😍😍. Dulu mama pun sering buat bekal utk kami makan di pantai Aceh. Sederhana tapi kalo dah dimakan tepi pantai, rasa masakan apapun pasti jadi sedap ❤️
BalasPadamTtg sejarah perang tanduo, saya langsung google kak. Seram ternyata yaa, saya baru sadar ada peristiwa itu. Dulu rasanya tak terlalu mengikuti beritanya. Tapi untunglah kemenangan untuk Malaysia dalam mempertahankan Sabah ❤️