Minum Secawan Hot Coffee Latte & Lemon Cake di Kala Hujan

4:44 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi dalam cuaca yang dingin, selepas hujan di tengahari membawa ke petang. Alam kelihatan muram, turut berdukacita di atas apa yang sedang berlaku di Palestine. Semoga saudara kita di sana terus tabah, berjuang menegakkan keadilan dan dengan izin Allah, in syaa Allah kemenangan akan berpihak kepada mereka. Amin.

Hari ini Amie bercadang untuk ke Mahkamah Majistret LD untuk mendapatkan tanda tangan Pesuruhjaya Sumpah. Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, kami mencari tempat makan untuk isi perut yang sedang berkeroncong. Hujan masih turun, sekejap lebat sekejap renyai-renyai. Redah sahajalah. Kononnya selepas makan bolehlah terus ke mahkamah.

Dalam perjalanan mencari tempat makan, Encik Suami kata: Hujan-hujan begini sedap betul kalau dapat minum kopi panas!

Maka, kereta pun melencong arah I-Peak dan berhenti di Beanery Cafe. Hujan masih turun mencurah-curah! Sejuk-sejuk begini, memang tak tolak tepi kalau ada kopi! Makan datanglah secawan Hot Coffee Latte dengan Lemon Cake.

Hot Coffee Latte & Lemon Cake


Hot Coffee Latte
RM10.90


Lemon Cake
RM14.90

Alahai! Boleh kenyang ke makan kek saja?
Tipu tu kalau jawab kenyang!


Encik Suami : Thai Style Fried Rice RM18.90

Thai Style Fried Rice - Kata Encik Suami, rasanya sedap!

Amie : Iced Caramel Macchioto RM12.90

Amie : Beeftatoes Taco Cheese RM16.90

Beeftatoes Taco Cheese : Sedap!

Beeftatoes Taco Cheese habis licin!

Setakat makan Lemon Cake mana nak kenyang kan?

Hujan turun bertambah lebat tetapi kami perlu beredar dari kafe. Sampai di Mahkamah Majistret LD, individu yang sepatutnya menurunkan tanda tangan tidak ada kerana ada menguruskan kes di luar. Kata petugas di situ, esok pagi boleh datang dalam pukul lapan atau sembilan. Hurrmmm... memang tak ada harapanlah untuk kita keluar waktu pagi. 
Bagaimana waktu petang?
Waktu petang, individu berkenaan tiada.
Jadi, kami putuskan baiklah ke tempat pesuruhjaya sumpah yang berbayar.
Alhamdulillah.
Selesai urusan.
Namun hujan masih turun!

14 comments

  1. Hujan2 pekena minuman panas apa pun sedap. Tergoda pulak tengok Beeftatoes Taco Cheese tu Kak Amie πŸ˜‹

    BalasPadam
  2. Nampak sedapnya taco...
    kek lemon dengan latte gabungan mantop tu...tak muak ada masam-masam..

    BalasPadam
  3. Asalnya nak minum kopi panas, sekali siap nasi goreng lagi.
    Bila hujan dan cuaca sejuk pasti auto lapar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, sedap betul makan waktu hujan turun.

      Padam
  4. Alahai..semua menu sedap betul la..hehehe...teringat bercuti di CH..minum coffee dalam cuaca sejuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikmatnya minum kopi dalam cuaca sejuk di CH.

      Padam
  5. Murah aje kan Kak Amie pesuruhjaya sumpah berbayar ni. Kalau di tempat sy masa sy pergi tahun lps kot, RM4 aje. Kalau yg free kena panjat tangga mahkamah pulak.

    Aaaa.. betul, mana kenyang makan kek aje tu. Latte nampak sedap, dah lama sy tak kopi².

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangka kena bayar RM150. Rupanya hanya RM10 saja.

      Padam
  6. Ini kombinasi yg cocooook sangat, kopi dan lemon cake. Saya suka kue ini. Krn asamnya tak buat eneg πŸ‘πŸΏ.

    Btw kak Amie, kalo foto pakai apa? Kamera mirrorless, DSLR atau kamera hp? Baguuuus sangat ❤️❤️πŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏ. Rapi dan jelas.

    BalasPadam
  7. Makan waktu hujan, tak sedar habis sebab leka berbual-bual.
    Buat masa ini Kak Amie hanya gunakan HP Redmi Note 9 sahaja sebab Sony Mirrorless Camera yang selalu digunakan sudah rosak.
    Tahun-tahun terdahulu Kak Amie gunakan Nikon DSLR tapi rumah kami kena pecah masuk, pencuri bawa sekali kamera itu. Kemudian gunakan DSLR Canon tapi tak puas hati sebab hasilnya tidak semolek Nikon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti bukan pakai hp hasilnya. πŸ‘πŸ‘πŸ‘ memang yaaa, hasil foto itu tidak tergantung dari alat yg dipakai, tapi orang yang menggunakan alatnya πŸ˜„πŸ‘. Who's the man behind the gun 🀭. Kalo memang expert, mau pakai gadget apapun pasti hasilnya bagus πŸ‘

      Padam
  8. lemon kek tu kena mkn 4 biji baru kenyang kak😁🀭

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe