Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini ulang tahun Abang Farid yang ke-27.Doa kami dari kejauhan, semoga Abang Farid sentiasa sihat. Dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat serta rumah tangganya bersama isteri tercinta, Aseeyah. ...
Bismillahirrahmanirrahim.Ketika kaki melangkah masuk ke Home Steak Home, hujan turun dengan lebatnya! Apabila memandang ke arah luar dari pintu kaca restoran, hanya terlihat suasana gelap. Kita beritahu Encik Suami, kita hendak makan kambing. Harap-harap datanglah hidangan kambing yang lembut! Grill LambGreen Tea Panas.Oleh kerana rasa sejuk dan di luar hujan selebat-lebatnya, jadi kami memesan minuman panas, green tea.Sup Cendawan.Kami memesan sup cendawan. Encik Suami kata,...
Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini hujan di tengah hari. Lebat! Sejuklah pula. Kepala kita yang hampir pecah memikirkan pelbagai masalah 'negara' di tempat kerja sedikit demi sedikit menjadi lega.Dalam hujan lebat itulah kita sempat makan tengah hari dengan Encik Suami. Sampai di rumah, air hujan masih mencurah-curah membasahi bumi. Dari tempat letak kereta, kita terpandang buah mata kucing brazil yang mungkin dikekah oleh tupai. Atau pun burung? Atau kelawar?...
Bismillahirrahmanirrahim.Kita kongsikan paparan hidangan kelmarin. Hari ini kita tidak masak. Fuad belanja makan KFC kami bertiga dari Malaya.Wokey!Kelmarin petang kita masak nasi lauk ringkas-ringkas saja. Kita goreng ikan bawal emas seekor. Tambah sayur rebung masak lemak cili padi dan acar mangga.Ikan Bawal Emas Goreng.Hidangan makan tengah hari / malam.Biasanya Amie potongkan limau sunkist atau betik, tetapi kelmarin potongkan buah naga nan merah menyala...
Bismillahirrahmanirrahim.Kita cerita biasa-biasa sahaja. Cerita rutin harian, dari buka mata di awal pagi sehingga waktu berehat menjelang petang. Nanti apabila sudah bosan, cerita lain pula.... ahaks!Wokey!Cerita biasa-biasa kita macam biasa juga. Tinggalkan rumah dengan membawa bersama dua butir telur rebus , buah betik dan 1.5 liter air tapisan Coway.Dua butir telur rebus.Betik.Memandangkan sampai agak lewat ke tempat kerja, kita hanya sempat makan betik...
Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini ada program penyerahan rekod prestasi murid. Kalau murid sesi petang, ibu bapa dikehendaki hadir pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:30 tengahari. Manakala murid sesi pagi pula, ibu bapa boleh ambil rekod prestasi pada pukul 12:30 sehingga pukul 2:00 petang.Memang tak sempatlah hendak isi perut sebab sebaik keluar kelas terus ke dewan terbuka berurusan dengan ibu bapa. Jadi, kami mencari makanan untuk...