Makan Hidangan Timur Tengah di Mashawi 2 Tanjung Aru

6:58 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak bertemu dengan hidangan timur tengah yang menambat selera di Mashawi Grill di Bandar Sepanggar,  hati terus meronta-ronta untuk singgah di situ setiap kali ada kesempatan ronda-ronda Kota Kinabalu. 

Turkish Pide Pizza dengan topping beef & lamb.

Tidak perlulah cerita panjang. Pendekkan cerita : Makanan di situ sedap! Perkhidmatan cekap dan cepat! Tempat makan bersih dan selesa. Boleh baca di bawah ini:

Hendak menikmati hidangan timur tengah di Bandar Sepanggar sudah tentulah agak jauh dari Tanjung Aru. Jaraknya lebih 20 kilometer. Ada sebuah lagi cawangan Restoran Mashawi 2 di sekitar Kepayan, tetapi kami belum pernah ke sana. Petang itu, setelah daftar masuk Seapark Condotel, kami berura-ura untuk ke One Borneo. Jadi, bolehlah singgah di Bandar Sepanggar.

Sewaktu keluar dari condotel, Amie tanya Pak WAZE arah Restoran Mashawi dan tertera di situ hanya 200 meter dari tempat penginapan kami. Biar betul? Tentu maklumat itu salah.

Encik Suami kata, cuba tengok betul-betul Mana tahu memang ada cawangan Restoran Mashawi di Tanjung Aru! Rupanya Mashawi 2 di Kepayan sudah dipindahkan ke Tanjung Aru dan kedudukannya hanya di belakang Seapark Condotel!


Ketika ini jam menunjukkan hampir pukul empat petang. Rasanya bolehlah dikira sebagai makan untuk waktu malam. Lagi pun, kami akan tidur awal kerana akan bangun pukul 2 pagi. Jadi, sempatlah makanan hadam di dalam perut sebelum melelapkan mata.


Mashawi 2 Tanjung Aru lebih luas berbanding Mashawi di Bandar Sepanggar. 


Di bahagian dalam tidak banyak pelanggan, kerana mereka tertumpu  menikmati hidangan di bahagian luar restoran. Tetapi tidak lama kemudian, berpusu-pusu pelanggan masuk!




Kami pun memilih hidangan ikut selera masing-masing.


Seperti biasa, kita sudah tentulah memesan Turkish Pide Pizza!

Turkish Pide Pizza dengan topping beef & lamb.

Ketika Turkish Pide Pizza sampai di meja, Firdaus pula yang tidak senang duduk! Hidangan kentang gorengnya belum sampai.


Firdaus terus angkat tangan baca doa makan. Rupanya hendak rasmikan Turkish Pide Pizza kita!

Turkish Pide Pizza.

Ketika ini kita teringat Mas sekeluarga yang baru saja daftar masuk ke Seapark Condotel. Kita ajak Mas datang untuk cuba makan masakan timur tengah di sini. 


Setelah makan pizza, kentang goreng Firdaus pun sampai. Dalam pinggan yang sama ada ayam panggang dan roti. Disertakan dengan coleslow, sos dan sambal.


Firdaus pun beralih  ke pinggannya sendiri.


Rotinya sangat lembut, gebu dan masih panas. Kalau tidak kerana perut kita sudah penuh disumbat pizza, memang kita nak makan roti ini juga!






Lamb Kefta (Kofta) & Mandhi Rice





Syukurlah ada yang membantu makan Turkish Pide Pizza.
Memang tak muat perut kita seorang  untuk menampungnya!


Selepas itu kita pun minum teh putih ros yang masih panas. Nyaman bah!
Ketika itu muncullah Mas bersama suami dan anak-anaknya. Firdaus terus meninggalkan meja kami dan menuju ke meja keluarga Mas.

Sukanya Firdaus dengan kedatangan Mas sekeluarga.


Paling Firdaus suka sudah tentulah dengan kehadiran Izzuddin. Dari semalam lagi asyik disebut-sebut bilakah akan bertemu Izzuddin, rakan sekelasnya di sekolah agama dan sekolah rendah. Firdaus bawa minumannya sekali berpindah ke meja Mas.


Petang itu sudah tentulah Firdaus sangat gembira!
Dapat bertemu Izzuddin dan dapat berkenalan dengan ibu dan ayahnya sekali.
Kami mohon undur diri kerana Encik Suami hendak mencari stesen minyak. Tangki minyak perlu diisi penuh kerana esok pagi akan menempuh perjalanan jauh.

12 comments

  1. Kalau sy ada, sy pun nak tolong makankan makanan2 atas meja terutama pizza tu, nampak sedap nau nau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari SK... sudahlah lembut, toppingnya mewah denga beef & lamb!

      Padam
  2. Pizza tu nampak sedap. Roti makan time lembut tu, fuhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pizza tu sedap. Jumpa sekali-sekala, itu yang tamak nak makan semua hihihii.

      Padam
  3. Wah.. Pergi mana tu pukul 2 pagi. Rezeki tu dekat sangat, jalan je sampai dah. Nampak sedap pizza tu

    BalasPadam
  4. Gambar last tu terserlah kegembiraan Firdaus dapat jumpa kawan ya

    BalasPadam
  5. MENU MENYELERAKAN NAMPAK UNTA PADANG PASIR SESAT SEKOR KE SITU

    BalasPadam
  6. Pizza tu nampak lembut je rotinya...
    Nampaknya Firdaus dan kentang goreng berpisah tiada :D

    BalasPadam
  7. sempoi rambut anak. berkenan pulak saya tengok...

    BalasPadam
  8. Ya Allah rezeki! Sekali belakang hotel sahaja. Senang hendak datang lagi apabila lawat KK.

    BalasPadam
  9. Terliur lamb kofta tu...sulam pula dengan teh rose putih tu...macam terasa kat tekak ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe