Sarapan Pagi di Plantation Cafe Sabah Hotel
8:08 PTGBismillahirraahmanirrahim.
Masih lagi cerita jalan-jalan ke Sandakan pada bulan Mac lepas. Kisah Firdaus tidak sabar-sabar untuk mandi di swimming pool tetapi hujan turun. Terpaksalah 'berenang' di dalam bathtub dalam bilik sambil bermain buih.
Keesokan paginya kami turun ke Plantation Cafe untuk bersarapan pagi.
Sewaktu menuruni anak-anak tangga menuju ke cafe, tak lepas lepas Firdaus memandang ke arah swimming pool. Di sini, tuala turut disediakan mengikut jumlah per kepala dalam bilik. Hanya daftar di kaunter yang terletak di sebelah swimming pool sahaja.
Pemandangan di swimming pool. |
Swimming pool dibuka seawal pukul 7 pagi. |
Tangga menuju ke Plantation Cafe. |
Pelbagai hidangan pagi disediakan. Pagi itu Amie kurang berminat untuk mengambil makanan berat seperti nasi lemak dan mee goreng.
Minum secawan kopi panas di pagi hari. Alangkah nikmatnya! Rasa terus bertenaga seperti hendak menyangkul di kebun pula.
Ambil dua ketul roti jala dengan kuahnya yang sangat sedap!
Apa tidak sedapnya. Roti jala panas-panas bergulung di atas kuali leper terus di letak dalam piring. Dan kuah karinya pula sentiasa berada di atas api kecil. Kesimpulannya, kuah kari lebih sedap dari isinya.... ahaks!
Ambil segelas kecil jus nanas dan jus mangga. Firdaus minum jus mangga tetapi tidak mahu makan potato ball dan sosej yang Amie ambilkan.
Walaupun tidak ambil menu-menu berat, tetapi banyak pula makanan lain yang kita ambil! Kesimpulannya sama sajalah, makan berat juga! Nasi, mi dan roti itu sama kategorinya......hiks!
Omellet pun nak dirasa juga!
Firdaus hanya makan coco crunch dengan susu segar sahaja.
Agaknya tak ada selera makan sebab sudah tdak sabar untuk berendam dalam kolam renang!
Kami duduk di bahagian belakang cage, dekat dengan pintu menghala ke kolam renang. Berkali-kali Firdaus toleh ke arah pintu macamlah kolam renang itu boleh ghaib dari pandangan!
Kesiankan! Kelmarin dia hanya mampu tinjau-tinjau sahaja di sini sebab hujan mula turun sebelum sempat dia terjun ke dalam kolam!
Pagi ini Firdaus betul-betul berendam di swimming pool!
Video Firdaus di kolam renang.
10 comments
Kadang malas makan menu berat layan yang ala western best jugak kak, ambil macam2 kenyang jugak tu... alahai Daus nasibla tak hujan lg pagi tu puasla dia jadi ikan dslam tu
BalasPadamBerakhirnya sebuah penantian ya Daus.. puas lah mandi tu.
BalasPadamseronoknya Daus berenang-renang dalam kolam xsejuk ka
BalasPadamSamalah kita, Kak Amie.. kadang tak ada mood nak makan berat2, tapi yg macam2 tu la diambil, disuap.. hihi.
BalasPadamSyukur Daus akhirnya dapat terjun dalam kolam.
Akhirnya, dapat juga Firdaus mandi swimming pool. :)
BalasPadamTergelak saya baca, lepas minum kopi panas, rasa macam nak menyangkul di kebun. Saya setuju sangat. Nikmat, kan.. :)
Ingatkan saya ja nak tergelak bila baca lepas minum kopi rasa nak menyangkul🤣
BalasPadamSuka benar tu Daus dapat berenang..Kalau saya memang merangkak ja🤭tak reti berenang..hihihi
Rasa nak terjun je tengok pool dia!
BalasPadamAla lama x mandi swimming pool... Seronok tgk anak akak mandi.. Last bawa anak2 mandi kt bawah ni 2 bln lpas kot, ni hfmd outbreak laki x bg pi mandi kolam kt bawah rumah
BalasPadamtercapai juga hasrat Firdaus. sampai tak selera nak breakfast ye
BalasPadamBukan takut kolam renang lari tapi takut hujan semula tidak dapat mandi.
BalasPadamAkhirnya dapat juga berenang.