10 'N GO: Egyptian Restaurant

9:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan Labuan - Menumbok, kita terbaca sebuah restoran Mesir di Kepayan, Kota Kinabalu. Melihat gambar-gambar hidangan resipi dari Republik Arab Mesir ini, teringinlah pula untuk menyantap! Walaupun sudah melantak dua kali masakan timur tengah dari Mashawi Restaurant, tetapi hajat untuk berkenalan dengan masakan sentuhan Egypt tetap diteruskan.

Jadinya, sebaik sahaja daftar keluar dari Aru Suites, kami pun bergeraklah ke Kepayan. Ketika itu restoran baru dibuka dan jam menunjukkan lebih kurang pukul 11 pagi. Waktu begini kita sukalah datang ke restoran sebab belum banyak pelanggan. 

Oh, terlupa hendak perkenalkan nama restoran yang menawarkan menu dari Mesir ini. Mudah sangat nak ingat : 10 'N GO. Restoran makanan warisan Mesir yang pertama di Sabah ini beroperasi pada tahun 2021 oleh pasangan suami isteri, Ahmed Yousry dan Shayma Arafa.

Kata 10 'N GO:
We are serving delicious Egyptian food, kebabs, shawarma, mandi & bukhari rice, lamb shank, lamb shoulder, beef and all sort of pizzas. Coming soon lots of new Egyptian home dishes. arabic food, middle eastern food.

Sudah namanya pun dari negara Arab, memanglah menunya juga tak lari dari sentuhan timur tengah. Salah satu menu yang kita ingin cuba sudah tentulah Lamb Shank.

Lamb Shank
Sumber: 10 'N GO


Di bahagian pintu masuk 10 'N GO.

Chicken Kebab, Beef (Lamb?) Kebab.

Table : VIP

Assalamualaikum.
Kami disapa mesra oleh seorang pelayan lelaki.
Katanya kami boleh memilih sama ada duduk di bilik VIP atau di meja makan bahagian luar. Kami intai bilik VIP. Oh! Duduk di bawah.


Bilik VIP terlindung di bahagian dalam, ditutup dengan langsir.


Kalau tak silap ada tiga bilik VIP.


Setiap bilik VIP dihiasi dengan lukisan yang sudah tentunya memaparkan budaya masyarakat di Mesir.


Pelayan dengan penuh hormat akan mengambil pesanan dari pintu Table VIP.


Ini dia VIP dua beranak!


Sekarang sudah jadi VIP tiga beranak pula.


Wokeh! Mari kita buat pesanan makanan.


Ada pelbagai jenis masakan timur tengah yang ditawarkan.

Macam-macam pilihan pizza.


Tentu sedap sizzling kebabs tu!


Geram pula melihat kacang pistachio menimbun di dalam dan atas baklawa!
Tapi apabila mengenangkan manisnya, pesan sajalah sekeping buat rasa-rasa.


Haaa... tudia! Lamb Shank!



Kami memesan lamb shank untuk family 3 orang.



Terbayang-bayang satu talam hidangan lamb shank untuk satu keluarga akan sampai ke meja! Sementara itu jom selak langsir, kita intai-intai di bahagian luar pula.


Beginilah suasananya di bahagian luar bilik VIP.


Sambil duduk makan, bolehlah mentafsir gambar di dinding!



Baklawa @ baklava.


Firdaus tak boleh nampak aiskrim!
Nak juga merasa aiskrim di sini.


Yang disusun memanjang warna hitam dan putih perak itu ialah shisah.

Shisah.
Pelbagai perasa / perisa shisah.


Egyptian Coffee: RM10.00

Baklawa @ baklava: RM5.00

Mainan kecil untuk Firdaus.

Egyptian Mint Tea Hot : RM5.00


Huurrmmmm!
Lamb Shank belum ada. Terpaksalah tukar menu Kebab Platter For 2.


Baca doa dulu sebelum makan ya Firdaus.
Bismillahirrahmanirrahim.

Kebab Platter For 2 : RM95.00


Selesai makan, Firdaus terus buka kotak mainan.


Suka sangat main cantum-cantum bahagian dinasour!

Dinasour dah siap!


Sekarang makan aiskrim pula.


Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, Encik Suami kata perutnya tak berapa kenyang. Oh, barangkali set nasi tadi untuk dua orang tapi kami makan bertiga. Baru perasan Firdaus sudah pandai makan nasi arab! Banyak juga bahagian nasi yang masuk ke perutnya!
Amie cadangkan supaya Encik Suami bawa kami singgah di Suria Sabah. Bolehlah isi perut lagi di situ...ahaks!
Kita masih terbayang-bayang lamb shank sentuhan Egypt yang tidak menjadi rezeki pada hari itu!

11 comments

  1. kadang-kadang tu disadvantage kalau datang kedai makan awal sangat. ada tu chef belum masuk kerja lah, apa lah. Firdaus dah makin besar, dah pandai cuba plbagai menu

    BalasPadam
  2. cantik restoran ni. Memang makan sambil feeling macam kat Egypt..

    BalasPadam
  3. Hidangan nampak menyelerakan.. restoren nampak luas dan cantik.

    BalasPadam
  4. Menarik hiasan dindingnya berlatarkan negara timur tengah, nasib baik Daus tak ajak mommy gelek. Aduh, terliur sy tengok Nasi Arab dengan Lamb Shank tu, Kak Amie.

    BalasPadam
  5. Tiada cukai. Jadi murah.
    Hehe tengok kuantiti makanan banyak tapi rupanya tidak cukup untuk 3 orang.
    Saya ingatkan Firdaus makan kentang goreng.

    BalasPadam
  6. Biasa VIP desediakan kerusi ...bukan vip duduk bersila..hihihi

    BalasPadam
  7. selesa makan kat ruang vip cantik hiasannya

    BalasPadam
  8. menariknya restaurant tu kak oi, dia punya deko tu. Dia punya menu tu tu pun semua sangat lahai menggoda

    BalasPadam
  9. Cantik la restaurant tu...rasa macam makan kat Arab dikelilingi masyarakat sana...best...lamb shank tu pun nampak sedap dan juicy

    BalasPadam
  10. Kebab platter pun sedap juga tu kak Amie. Banyak accesories dalam satu dulang. Ke pinggan besar? Dekorasi kedai pun mengikut tema sangat.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe