Sarapan Pagi di JJ Nazar Restaurant Labuan

7:41 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami mendarat di tanah Wilayah Persekutuan Labuan dengan selamatnya. Tempat pertama yang kami hendak tuju sudah tentulah tempat makan! Kereta berhenti tidak jauh dari pelabuhan, kerana sudah ternampak beberapa buah restoran di situ. Kami memilih untuk alas perut di JJ Nazar Restaurant.

Firdaus tidak mahu makan kerana katanya sudah kenyang makan mi segera di dalam feri. Amie memesan bihun goreng daging, manakala Encik Suami pula hendak makan mi goreng mamak.

JJ Nazar  Restaurant

Sementara menunggu pesanan tiba di meja, Amie sempat mengimbau kenangan lalu dan berkongsi kisah itu dengan Encik Suami. Ketika itu Amie masih muda remaja dan belum berjumpa dengann Encik Suami. Amie ikut ekspedisi selama dua minggu jelajah Sabah, Sarawak dan Brunei bersama seramai 40 orang peserta dengan menaiki sebuah bas besar. 

Rombongan kami bersama bas besar tadi tiba di Labuan, dan akan sambung perjalanan ke Negara Brunei Darul Salam dengan menaiki feri penumpang. Lupa-lupa ingat pula berapa lama pelayaran kami, tapi tidaklah memakan masa yang lama. Yang Amie ingat suasana di dalam feri sangat selesa, seperti naik bas ekspress. 

Sebelum menaiki feri ke Brunei, ada satu peristiwa yang tidak dapat Amie lupakan sehingga ke hari ini. Lebih kurang pukul 7 pagi, ahli rombongan beramai-ramai masuk ke kedai mamak. Tuan kedai sangat terkejut dengan jumlah kami yang ramai. Sibuklah para pekerjanya mengambil pesanan. Terlihat riak gembira pada wajah tuan kedai. Seingat Amie ramai yang memesan minuman panas seperti teh tarik dan roti canai. Ketika itu belum lagi wujud pelbagai nama dan jenis roti canai seperti sekarang.

Minuman panas mula diedarkan ke meja kami. Tiba-tiba ketua rombongan kami mengumumkan ketibaan feri dan mengarahkan supaya kami bergerak ke pelabuhan. Katanya  kami perlu berangkat segera!

Semua menjadi kelam-kabut!
Kami batalkan pesanan makanan. Mana-mana yang sudah terminum, cepat-cepat terus bayar.
Tuan kedai tercengang-cengang!
Kami terus meluru ke jeti yang tidak jauh dari kedai makan untuk daftar masuk ke feri.
Allahu Akbar!
Sekelip mata kedai makan menjadi kosong seperti sediakala!

Ketua rombongan kami tidak pernah ada pengalaman menaiki feri ke Brunei! Kami sebagai pengikut hanya patuh arahan. Ketika itulah kami melalui pemeriksaan imigresen untuk cop passport dan urusan lain. Tepat pada pukul 8 pagi, feri meninggalkan pelabuhan menuju ke Brunei.

Peristiwa itu berlaku pada Disember 1992, dan hampir 30 tahun berlalu. Masih terbayang-bayang suasana haru-biru di kedai mamak, dan kelibat wajah tuan kedai yang masih tercengang-cengang!

Tidak tahulah mana satu kedai yang merakam peristiwa itu. Entah-entah kedai makan tempat kami berada sekarang! 

Mi Goreng Mamak.

Mi Goreng Mamak yang Encik Suami pesan ini nampak sedap! Aksesorinya pun banyak.

Mihun Goreng Daging

Kita pesan Mihun Goreng Daging. Memang puaslah makan, dan puas hati dengan rasanya. Cukup lengkap ada daging dan sayur-sayuran.
Selepas bersarapan, kami berjalan kaki ke Sky Mart Duty Free. Sudah tentulah mencari coklat! Suami Mas tidak ikut serta. Katanya, ada janji dengan seorang kawan yang sedang dalam perjalanan untuk menemuinya di hadapan JJ Nazar Restaurant. Selesai membeli coklat, kami kembali semula ke restoran. 

Rupanya kawan suami Mas merupakan bekas jiran kami, Cikgu Chang Tack Houn yang telah berpindah 12 tahun lepas ke Tenom! Allahu Akbar! Kebetulan, Cikgu Chang jalan-jalan ke Labuan ketika cuti sekolah. Kami saling bertanya khabar. Bertukar cerita tentang perkembangan anak masing-masing. Fuad dan Fairuz berkawan rapat dengan Albert dan Allan, anak Cikgu Chang. Mereka sebaya dan satu sekolah di SJK (C) Yuk Choi. 

Cikgu Chang Tack Houn.

Lima sekawan : Fuad, Fairuz, Albert, Allan dan Aeron.

Gambar di atas diambil pada 23 Disember 2010. Pada 27 Disember 2010 Albert, Allan dan Aeron berpindah ke Tenom. Kami panggil mereka datang ke rumah untuk berBBQ. Sedih jugalah waktu itu sebab mereka rakan sepermainan dan akan berpisah jauh. Kalau tak silap Fuad tahun 6 dan Fairuz tahun 3.

Sekian.
Catatan kenangan 05 Jun 2022 bersamaan pada pagi Ahad di Labuan.
Terima kasih Mas, belanja kami sarapan pagi.
Semoga perancangan dan perjalanan kita akan sentiasa dipermudahkan oleh-Nya.




11 comments

  1. Aduhai kesian lak baca pasal kekecohan di kedai mamak tu kak...
    Mee grg mamak suami akak tu tomato sebijik ke belah 2 kak besar sangat hehehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tomato tu macam belah dua Dana. Nampak besar kan.

      Padam
  2. Macam terbayang pula kekecohan kedai mamak tu bila diserbu kemudian sunyi sepi bila semua pakat lari kejar feri....hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... kedai yang baru dibuka tanpa pelanggan, tiba-tiba diserbu 40 orang, dan tiba-tiba pula ditinggalkan. Mana tak terkejut beruk dibuatnya.

      Padam
  3. Seronok dapat mengimbau kenangan lama di sesuatu tempat kan...
    Portion besar nampaknya Mee goreng tu.

    BalasPadam
  4. Aduhhh, kesiannya, mesti mamak dah siap bentang roti canai atas kuali. Tak sangka pulak boleh jumpa kawan lama di Labuan ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kesian kan SK. Rezeki baru nak masuk, tiba-tiba tak jadi pulak.
      Rezeki kami jumpa jiran lama.

      Padam
  5. banyak kisah throwback pulak bila kak Amie sampai Labuan ye. boleh bayangkan kelam-kbut tu. hehe. best jumpa jiran lama. kalau Fuad dan Fairuz ada lagi mesti lagi seronok

    BalasPadam
  6. Lawak pulak cerita serbu kedai makan, pastu kelam kabut naik feri tu. Kesian tuan kedai. Macam kartun pun ada. Hehe..
    Wah.. dapat jumpa sahabat lama.

    BalasPadam
  7. Kasihan kedai mamak itu tidak dapat sediakan makanan.
    Harap rezeki baik selepas itu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe