Nostalgia di War Memorial Kundasang

11:50 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita jalan-jalan sempena cuti penggal persekolahan selama seminggu yang baru bermula. Perjalanan kali ini hanya sekadar untuk merehatkan minda sahaja. Nampaknya tempat-tempat yang kami singgahi termasuk tempat penginapan dan tempat lawatan belum bersedia sepenuhnya untuk memberikan khidmat terbaik. Barangkali perlu masa yang agak panjang untuk memulihkan kembali keadaan normal selepas tempoh PKP. Setakat ini kami terima seadanya segala kekurangan (terutama tempat penginapan taraf 3, 4 dan 5 bintang) yang kami terima, dengan harapan pada masa akan datang perkhidmatan lebih sempurna.

Baiklah, Amie sambung catatan perjalanan sebaik sahaja kami meninggalkan Dream World Resort, kami berhenti di hadapan War Memorial Kundasang. Jika anda peminat kisah sejarah, untuk lebih lanjut bolehlah baca catatan  Amie  yang lebih lengkap sebelum ini di link yang Amie kongsikan di bawah ini. Entri tersebut berkaitan dengan kronologi peristiwa Kawat Maut Sandakan-Ranau 1945.

Tidak semua peristiwa yang dianggap bersejarah tertulis dalam buku sejarah yang kita pelajari di sekolah. Peristiwa sedih Kawat Maut Sandakan-Ranau ini mungkin hanya sebahagian kecil dari peristiwa besar semasa Perang Dunia Kedua, tetapi sebenarnya ia memberikan kesan yang sangat bererti terutama dalam kalangan penduduk setempat terutama di daerah Ranau.

Tugu Peringatan Perang Kundasang ( Kundasang War Memorial) ini mula dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada tahun 1963. Tugu ini dibina sempena memperingati dan menghormati tentera-tentera Australia dan Inggeris yang terkorban dalam peristiwa Sandakan-Ranau Death Marches 1945. Selain itu, ia juga bertujuan menghargai jasa penduduk tempatan yang terkorban dalam memberi pertolongan dan bantuan kepada tahanan perang tersebut.

Setiap kali melalui Kundasang,  Amie meminta Encik Suami singgah di sini tetapi Encik Suami enggan. Katanya, benda yang sama saja akan dilihat di sini dan sudah tentu terbayang anak-anak tangga yang perlu didaki! Sabar sajalah. Setelah tujuh tahun berlalu, akhirnya pada 04 Jun 2022 kami mendaki semula anak-anak tangga tersebut! Namun kali ini Amie tidak menambah sebarang catatan berkaitan Tugu Peringatan Kundasang, melainkan sekadar mengenang nostalgia lalu ketika bersama anak-anak berkunjung ke sini. Selain itu, terimbau juga kisah sedih menyayat hati tentang tragedi Perjalanan Maut Sandakan - Ranau 1945.

04 Jun 2022
04 Jun 2022
Gambar Firdaus mendaki tangga War Memorial Kundasang pada tahun 2016.
Gambar 04 Jun2022

Bergambar di tempat yang sama pada tahun 2016.
Fuad, Fairuz dan Firdaus serta Encik Suami sahaja. Abang Farid ketika ini sedang belajar di UKM.

04. Jun 2022

Gambar-gambar di sekitar Australian Garden.

Gambar 2016.
06 Jun 2022

Ini ialah gambar-gambar terkini di sekitar English Garden.  Dahulu pemandangan di taman ini sangat indah dengan bunga-bunga ros yang pelbagai warna. Ketibaan kami disambut dengan suasana suram  tanpa seri!


2016 : Tujuh tahun lalu Firdaus berlarian di English Garden.


Paling mengujakan apabila melihat bunga ros mekar di tepian taman.


Ketika itu, kitalah yang paling leka menangkap gambar bunga ros!
Oleh kerana berminat sangat dengan spesies bunga ros ini, kami pernah beberapa kali beli di Kundasang, tetapi apabila sampai di Lahad Datu, umurnya tidak pernah panjang.




Gambar atas bawah : English Garden pada 04 Jun 2022.


Gambar 2016

04 Jun 2022




04 Jun 2022

04 Jun 2022
 

 

04 Jun 2022










Gambar 2016

Gambar 2016



Memang nampak sungguh perbezaan dalam gambar jika dibandingkan keadaan sekarang dengan tujuh tahun lalu. Mudah-mudahan ada usaha untuk memulihkan dan mengindahkan semula taman-taman di War Memorial Kundasang ini. Tempat ini bukan sahaja dilawati oleh penduduk setempat tetapi juga oleh keluarga - keluarga mangsa peristiwa Perjalanan Maut Sandakan - Ranau dari pelbagai negara terutamanya Australia dan New Zealand.

2016

2022


Bahan pameran pun sudah kabur-kabur!


Banyak bahan sejarah lama berkaitan sejarah pendudukan Jepun dan Perjalanan Maut Sandakan- Ranau 1045 dipamerkan di sini.








 


Sempat rakam bunga yang ditemui di tepi taman.




2016

2022


2009, bersama Kak Ros dan Alia dari Selangor, Encik Suami, Farid, Fuad dan Fairuz. Firdaus belum wujud lagi.

Disember 1992 : Kali pertama jejak kaki ke War Memorial Kundasang sewaktu mengikuti Ekspedisi Jelajah Sabah, Sarawak & Brunei.


Harap kunjungan akan datang dapat melihat dinding English Garden dipenuhi kuntuman bunga ros merah jambu yang mekar berkembangan!



4 comments

  1. Masa ke Sandakan dulu, kami dibawa juga jejak warisan ni, pergi muzium depan tu jer, tak sempat dan tak ada siapa yg rajin nak daki anak tangga tu. Tapi tersentuh hati jugaklah tengok peninggalan perang. Syukurnya masa dilahirkan Malaysia sudah aman dan damai.

    BalasPadam
  2. Cuma membaca dan menatap gambar2 yang dikongsi pun dah terasa sayu. Pahitnya perang.

    Lagi sedih tengok tempatnya dah kurang dipelihara.

    Hehe..iya, kita memotret bunga yang sama.

    BalasPadam
  3. Semoga segala peristiwa peperangan zaman dulu tidak berulang lagi..huhuhu..
    Kalau peperangab yang menang pun menanggung kerugian..apatah lagi yang kalah

    BalasPadam
  4. Wah boleh perbandingan gambar-gambar dahulu dan sekarang.
    Rugi pula taman ros itu tiada.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe