Nasi Goreng Bunga Mas
9:29 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sebaik sahaja kami tinggalkan pantai, Encik Suami kata eloklah makan terus di restoran. Penat sekali, katanya. Jadi dalam keadaan masih berpeluh, Firdaus terpaksalah ikut sekali masuk restoran.
Encik Suami sudah rindu nak makan nasi. Jadi, dipesannya Nasi Goreng Bunga Mas. Macamanalah rupa Nasi Goreng Bunga Mas itu? Barangkali sempena nama Restoran Bunga Mas, maka menu tersebut dijadikan signature dish. Banyak juga aksesori Nasi Goreng Mas. Ada telur goreng, papadom, acar, sate dan sayap ayam goreng.
Nasi Goreng Bunga Mas |
Muka letih, merah padam keletihan selepas menunggang kuda dan bermain di pantai. |
Makan malam kami di Restoran Bunga Mas:
- Nasi Goreng Bunga Mas
- Laksa Sarawak
- Cheesy Crispy Chicken Chop
- Spring Roll
- Air Longan
- Chinese Tea
Kami tidak perlu menunggu lama untuk makan malam.
Semua pesanan datang dalam masa yang singkat.
Kelmarin Firdaus habiskan spring roll kita. Kali ini dia minta lagi untuk dirinya sendiri.
Selain spring roll, Firdaus meminta Cheesy Crispy Chicken Chop.
Laksa Sarawak |
Ambil gambar dua kali. Muka atas tanpa senyum.
Muka bawah ada senyum!
Muka bawah ada senyum!
Bismillah.
Laksa Sarawak |
Kuah Laksa Sarawak di sini lebih kurang rasa kuah Laksa Sarawak di Secret Recipe. Udangnya pun sama. Di Secret Recipe udangnya segar, kenyal dan manis, di sini pun sama juga!
7 comments
mennjamu selera dengan menu lazat semua kan Daus
BalasPadamHidangannya semua nampak menyelerakan, maklumlah, sy sedang lapar ni, hahaha.
BalasPadamPaling terliur tengok laksa Sarawak... sedapnya :)
BalasPadamNampak segar dan teliur udang tu walaupun saya bukan peminat laksa Sarawak.Saya lebih suka mee kolok..
BalasPadamhaish,tetiba terliur la pula
laksa sarawak ada di Melaka, kak.
BalasPadamkebetulan, setahun yg lepas, ada kedai makanan sarawak dibuka dekat plak dgn rumah.
da try gi makan sekali ari tu.
kami 5 sekeluarga pilih 5 menu sarawak yg beza :)
one of it tentulah this laksa sarawak.
Sedapnya... semua hidangan nampak menyelerakan.
BalasPadamLaksa serawak yang mengoda tapi nasi goreng tu lagi le best sebab macam-macam ada. sate pun ada ,tak tahan tengukl...telan air liur je le
BalasPadam