Pindang Ikan Bawal Emas
4:57 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hari terakhir bertugas di padang sempena sukan sekolah. Tiga hari berturut-turut berjemur di bawah terik cahaya matahari. Panasnya lain macam, sebab kompleks sukan terletak berhampiran dengan laut! Memang kulit terus berubah warna.... ahaks!
Dan yang menjadi bahan gelak kami ramai-ramai sudah tentulah usikan yang berbunyi : Tiga hari berjemur di padang, balik rumah apabila cermin muka, hanya nampak warna gigi saja! Itulah perumpamaan yang menunjukkan perubahan warna kulit akibat terkena panahan sinar ultraviolet! Ada juga yang rajin sapu losyen sun block, tetapi kebanyakannya tidak termasuklah yang sedang menulis ini.
Masak apa hari ini? Akhir-akhir ini selera makan lebih kepada lauk-pauk kampung sahaja. Encik Suami bawa pulang dua biji nanas. Kita nak masak pindang ikan bawal emas. Bolehlah tambah beberapa keping hirisan nanas. Kali ini kita bubuh sedikit belacan dalam perencah masakan pindang.
Akhir-akhir ini Encik Suami kurang berminat menjamah lauk-pauk yang pedas. Jadi, Amie tidak tumbuk cili padi sebagai perencah. Amie hanya campakkan beberapa biji cili padi putih ke dalam masakan pindang. Sewaktu makan dengan nasi, bolehlah picit cili padi putih untuk dapatkan rasa pedas. Bagaimanapun lauk Pindang Ikan Bawal Emas ini sudah cukup menyelerakan! Ditambah dengan sambal tempoyak dan ulam kacang bendi. Perggghhhhh!
Pindang Ikan Bawal Emas |
Jom, kita kongsi resipi yang biasa-biasa saja ini tetapi apabila terhidang di atas meja, keinginan untuk menjamahnya menjadi luar biasa!
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan bawal emas seberat 500 gram - bersihkan - kerat dua
- 10 keping hirisan nanas separuh masak
- 2 biji tomato - belah 2
- 2 keping asam gelugur
- 10 tangkai cili padi
- 2 batang serai - diketuk
- 4 cawan air
- 3 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk kasar:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 3 cm kunyit
- 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga terbit aroma.
- Masukkan nanas dan gaul beberapa kali.
- Tuangkan air. Biarkan sehingga mendidih dan nanas menjadi layu.
- Jika kuah sudah ada rasa masam oleh nanas, masukkan sekeping sahaja asam keping / gelugur.
- Seterusnya masukkan ikan dan cili padi serta tomato.
- Setelah ikan masak, taburkan garam / perasa pilihan.
- Padamkan api dapur.
Pindang Ikan Bawal Emas |
Jemput makan!
Bismillah.
11 comments
Terima kasih kongsi resepi, bosan juga masak bawal tiga rasa. Nanti nak cuba pindang ikan bawal ni.
BalasPadamSilakan. Sedap ni.
PadamBolehlah cuba resepi ni. Dah lama tak beli bawal emas ni.
BalasPadamSekarang ni musim sukan sekolah ye Kak Amie? Sekolah anak2 pun dari radika hingga menengah rancak berlatih utk Hari Sukan :)
Silakan PH. Masak simple begini sedalah pula.
PadamYa, musim sukan sekolah. Hari-hari turun padang melatih atlet. Hari ini sudah selesai sukan.
Kalau lauk pauk Cikgu masak guna ikan..saya memang boleh bayang kesedapan sebab ikan ya harus la ikan fresh kan..Dah lama tak nampak ikan layaran kat dapur Cikgu...Kat sini ikan tu kena tangkap lepas sbb dilindungi..Tapi pernah makan ..sedap isinya..
BalasPadamLama dah tak jumpa ikan layar. Kalau ada memang terus borong berkilo-kilo.
Padamanak anak suka lauk masak pindang ikan ni
BalasPadamsuka masak pindang bila dah takde idea nak masak apa
BalasPadamLauk sihat dan selalu orang berpantang makan.
BalasPadamSedap lauk pindang ni tapi sy tak pernah cuba masak sebab orang di rumah tak pandai makan.
BalasPadamterkenang arwah mak mertua aida, kak.
BalasPadamdia cerewet bab makan. dia kata nak makan ikan bawal satu hari tu.
aida pun beli la bawal emas ni. buat sweet sour.
bila da siap masak, dia tak nak makan! hu hu hu hu...
rupanya dia makan bawal itam aje :) ha ha ha ha...
hadoi lah.... kenangan, kak. sejak tu, kalau nak masak, aida tanya dulu.
"mommy makan ni tak?" ha ha ha ah ha...