Aru Suites - Automated Parking System (Sistem Letak Kereta Automatik)
8:34 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Mohon maaf andai entri kali ini menyebabkan anda tertawa membaca pengalaman orang kampung parking kereta di apartmen. Abang Farid yang menempah Aru Suites Tanjung Aru untuk kami bermalam sekembalinya dari Labuan. Terbaca juga dalam website, ada tempat letak kereta peribadi di sini, tapi tidak sangkalah pula begini caranya!
Setelah daftar masuk, kami diarahkan memandu ke arah tempat letak kereta. Ada tiga kad yang diberikan kepada kami iaitu kad untuk power (digunakan dalam bilik), kad parking kereta dan kad naik lift.
Setelah beg-beg dikeluarkan dari bonet kereta, pengawal keselamatan meminta Encik Suami sentuhkan kad pada sistem di dinding. Tidak lama kemudian, penghadang dibuka. Ada tiga warna di dinding (traffic light) merah, kuning dan hijau. Encik Suami dikehendaki memandu ke dalam ruangan letak kereta. Pada ketika ini lampu bertukar ke warna kuning. Kemudian Encik Suami mengunci kereta dan keluar.
Kereta perlu diletakkan betul-betul di atas landasan yang disediakan.
Menurut pengawal keselamatan, penghadang di bahagian hadapan tertutup ketika kereta masuk. Ketika kereta hendak dikeluarkan, kedua-dua penghadang akan terbuka. Maknanya, kereta tak perlu undur. Boleh terus pandu ke depan untuk keluar.
Sekarang kereta sudah sedia untuk mencari parking. Encik Suami perlu tekan butang dan penghadang kembali turun, tertutuplah kereta.
Keesokan harinya sebelum daftar keluar, kami keluarkan semula kereta.
Sempatlah intai di bahagian atas kereta.
Tempat letak kereta di bahagian atas.
Beg-beg dimasukkan ke dalam bonet. Kemudian kami masuk ke dalam kereta dan terus meluncur keluar.
Apabila bercerita dengan kawan-kawan tentang pengalaman parking kereta di Aru Suites, rupa-rupanya mereka pun teruja untuk melalui pengalaman yang sama. Apabila rujuk Pak Google, rupanya Aru Suites telah berkongsi video tentang bagaimana menggunakan Automated Parking System di sini sejak 2018!
Alahai.... bertahun-tahun lamanya menginap di Seapark Condotel, dan selalu nampak Aru Suites di belakangnya tapi kali ini baru ada rezeki menginap di sini. Dan, rezeki sebenarnya berganda-ganda sebab tak perlu jauh-jauh mencari makan. Mashawi 2, restoran kegemaran kami di sebelah bangunan Aru Suites! Jadi puaslah kami menjamu selera dengan masakan Arab!
Alahai.... bertahun-tahun lamanya menginap di Seapark Condotel, dan selalu nampak Aru Suites di belakangnya tapi kali ini baru ada rezeki menginap di sini. Dan, rezeki sebenarnya berganda-ganda sebab tak perlu jauh-jauh mencari makan. Mashawi 2, restoran kegemaran kami di sebelah bangunan Aru Suites! Jadi puaslah kami menjamu selera dengan masakan Arab!
Sekian, cerita orang kampung yang hendak balik kampung.
14 comments
Canggih sungguh ni. Kiranya kita tak nampaklah kereta kita tu parkir di mana ya? Orang kampung cuba nak faham 😅
BalasPadamMula-mula memikir juga macamana kereta itu parkir. Selepas menonton video baru faham, kereta itu diletakkan di ruang atas, macam naik lift.
PadamKak Amie, kalau sy pun tak pandai kakkkkk.
BalasPadamSamalah SK... banyak betul ketinggalan ketapi ni hihihiii.
Padamwow! seriously, aida x pernah masuk parking gini, kak.
BalasPadamaduh, jika di situ, surely terpaku sebentar :)
wow!
Samalah Aida. Kami pun first time juga ni... itu yang turut terpaku seketika di situ hihii.
PadamKalau saya agaknya lepas dah park esoknya mencari2 manalah kete yang aku park tak jumpa-jumpa.....hahahahaha lagi dasyat ni kampungan sungguh. apa pun baru ku tahu gitu rupanya automated park ......alahaiiii
BalasPadamMemikir juga malam tu sebelum tidur. Agaknya macamanalah kereta tu boleh keluar esok. Macam pintu Doraemon pulak kan Notie.
PadamMacam mana kalau kita terus duduk dalam kereta tu...?
BalasPadamKalau begitu, terparking sekalilah kita bersama kereta tu Uncle. Sampailah ada orang sentuh kad parking kita tu di bahagian luar, barulah kereta boleh turun dan penghadang terbuka.
PadamWow, private parking. Saya pun jakun juga ni. Tak pernah jumpa. :D
BalasPadamHeheee... Nur, sama-sama berperasaan begitu.
Padamjangan risau kak Amie, saya yang orang bandar pun tak pernah guna parking macam ni. dulu pernah tengok di Jepun sahaja, tak sangka di Malaysia pun ada.
BalasPadamHehehee... rupanya ramai kawan Kak Amie yang tak pernah guna parking begini. Kalau begitu kita gang lah kan.
Padam