Melawat Orang Utan di Sepilok
8:21 PTGSampai ke Sepilok, kami diberitahu orang utan sedang diberi makan. Begitu dan begini, daftar masuk dan simpan beg di locker, berlarianlah kami di atas jambatan kayu yang entah berapa ratus meter jauhnya untuk sampai ke tempat orang utan keluar dari hutan untuk makan!
Suasana kelihatan lengang sebab para pelawat sudah berada di tempat orang utan sedang makan. Apabila kami sampai, rupanya orang utan sudah selesai makan dan sudah masuk semula ke dalam hutan. Namun begitu kami dimaklumkan untuk menuju ke Bangunan Asuhan Luar Orang Utan. Boleh tahan jugalah untuk meneruskan perjalanan ke situ.
Bangunan Asuhan Luar Orang Utan |
Keluarga beruk dan monyet. |
Setelah keluar dari hutan barulah ambil gambar di tempat masuk!
Tidak ada sebarang cendera kenangan dapat dibeli di sini kerana ketika itu kami difahamkan tender belum dikeluarkan. Kami pun faham. Maklum sahajalah sudah dua tahun menjalani tempoh PKP, sudah tentulah perlu mengambil masa untuk uruskan.
Pelawat tidak dibenarkan membawa beg ke dalam hutan. Risikonya sudah tentulah monyet dan beruk yang nakal akan tarik beg kita. Sudah tentu terus dibawa lari masuk hutan! Boleh bayangkan tak kalau beg kita dibawa naik atas pokok? Jangan minta tolong dengan petugas di situ. Bukan kerja mereka untuk kejar beruk dan monyet dalam hutan.
Kita pula rasa dahaga!
Dapatlah melihat tiga orang utan yang masih muda!
4 comments
Alhamdulillah masa saya ke sini 12 tahun lepas dapat tengok orang utan dewasa. Rindu lah Sepilok dan Sandakan
BalasPadamEntri Kak Amie ni mengimbau kenangan kita semasa ke sini dulu. Pada mulanya mmg agak risau juga bila diingatkan macam2, rupa2nya, tak ada apapun. Orang utan tu, tak heran pun dengan kita, hihi.
BalasPadamBanyak spesis kera monyet ni..
BalasPadamSA x pernah sampai lagi kat sini...kalau berpeluang memang nak pergi...mesti seronok..
BalasPadam