Dinner & Breakfast di Dream World Kundasang Restaurant
6:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selesai membersihkan diri dan solat jamak, kami berkira-kira untuk keluar mencari makan. Memandangkan sudah berada di tempat penginapan dan memikirkan jalan keluar yang tidak berapa menyenangkan, kami ambil keputusan untuk makan di dalam resort sahaja.
Selesai membersihkan diri dan solat jamak, kami berkira-kira untuk keluar mencari makan. Memandangkan sudah berada di tempat penginapan dan memikirkan jalan keluar yang tidak berapa menyenangkan, kami ambil keputusan untuk makan di dalam resort sahaja.
Seperti biasa, kalau tidak pernah makan di sesebuah restoran, Amie akan tanya menu apakah yang paling digemari pelanggan. Kemudian, barulah membuat pilihan. Bagus jugalah pelayan di sini kerana menerangkan dengan baik. Disebut juga menu yang selalu mendapat feedback negatif daripada pelanggan kerana harganya mahal tetapi kuantitinya sangat sedikit. Begitulah, memang sudah resamnya kalau berada di tempat begini. Orang kata alah membeli menang memakai. Kalau mahal tapi sedap, berbaloi juga.
Kaunter Dream World Kundasang Restaurant. |
Kami mencari sudut yang agak tersorok. Rasa lebih selesa untuk menikmati hidangan yang akan disajikan.
Tempat duduk di dalam restoran tidaklah begitu sesak. Pelanggan datang dan pergi, silih berganti. Tidak ada penyaman udara. Kipas yang ada pun tidak berpusing. Cukuplah dengan suhu dingin di malam yang masih muda. Sudah terlintas di fikiran, jika malam semakin larut sudah tentu kedinginan bakal menyelimuti kami. Ya, malam itu suhu mencecah 17'C.
Antara hidangan yang kami pesan:
- Hot Chocolate
- Watermelon Juice
- Carrot Juice
- Wantan Noodle Soup
- Chicken Chop
- Fish & Chips
Watermelon Juice & Carrot Juice |
Firdaus sudah tentu memilih Chicken Chop dengan Hot Chocolate. Kentang gorengnya pula sedikit, jadi apabila Fish & Chips kita sampai, dia pun minta izin untuk ambil dari pinggan kita.
Hot Chocolate. |
Berselera sungguh Firdaus makan!
Wantan Noodle Soup. |
Encik Suami memesan Wantan Noodle Soup. Dalam kedinginan malam, memang berselera sungguh hirup sup panas!
Bismillah. |
Selesai makan, kami duduk di luar restoran menyaksikan pemandangan malam. Ada bulan dan bintang bertaburan di langit gelap. Memandangkan keesokan pagi kami akan meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, tidaklah kami berlama-lama di kawasan ini.
Bergeraklah kami kembali semula ke bilik penginapan kami di Lantana 1.
Keesokan paginya, kami kunjungi sekali lagi Dream World Kundasang Restaurant untuk mencari alas perut. Walaupun bertaraf tiga bintang tetapi pakej penginapan kami tidak termasuk sarapan pagi.
Kami di antara pelanggan yang awal masuk ke restoran. Ada sebuah keluarga sedang menikmati sarapan pagi di hujung sanun! Semuanya memakai sarung kepala warna kuning telur ayam.
Firdaus kelihatan sangat ceria. Barangkali cukup tidur setelah letih mengharung perjalanan lebih tujuh jam dari Lahad Datu ke Kundasang. Sepatutnya tidak sampai tujuh jam, tetapi sebabkan banyak jalan rosak jadi terpaksa berhati-hati memandu dengan memperlahankan kereta selain mencari permukaan jalan raya yang elok!
Wokey, jom sarapan pagi. Kami memesan:
- Dream World Breakfast
- Local Nasi Lemak
- Fried Mee Hoon
Minuman teh / kopi ini terdapat sekali dalam set Local Nasi Lemak. |
Encik Suami memilih minuman kopi dan Fried Mee Hoon. |
Fried Mee Hoon |
Ini Local Nasi Lemak pilihan Amie. Ikan bilis dan kacang tanah goreng ditutup dengan sambal tumis. Bersebelahan dengan telur rebus dan hirisan timun itu sepotong kecil ayam masak rendang. Telurnya pula telur rebus yang digoreng.
Firdaus baca doa makan. |
Firdaus sudah tentu berminat dengan Dream World Breakfast. Ada kentang goreng, telur mata satu, chicken burger dan kacang panggang.
Demikianlah, makan malam dan sarapan pagi seadanya di Dream World Kundasang Restaurant.
Dream World Kundasang Restaurant. |
8 comments
Wahhh, jalan2 cari penat lagi ya Kak Amie. Yang paling seronok nampaknya Daus sebab boleh makan kentang goreng selalu, hihi
BalasPadamBestnyaaa sejuk sejukk.. Jauh perjalanan eh sampai 7 jam.. Terbaik!!
BalasPadamSejuk-sejuk minum hot chocolate memang best. Selera tengok Firdaus makan
BalasPadamhujung tahun ni macam teringin juga ke Sabah... teringin sungguh hendak ke Kundasang sejak zaman baca Novel Ramlee Awang Murshid yang selalu bercerita tentang negeri kelahirannya dalam novel novelnya
BalasPadamuish menu sarapan dia betul2 nampak sedap kak amie!
BalasPadamSejuknya, 17 darjah celcius. Tengok Firdaus makan memang berselera. :)
BalasPadambagus pelayannya..yg negatif pun diberitahu jg..
BalasPadamLately ni bila dah tinggal 3 beranak,baru nampak En Majid dan Daus selalu kena jadi "model"...🤣🤣
BalasPadam