Tanjung Aru - Terminal Feri Menumbok - Labuan
1:32 PTGTepat pukul 3 pagi, kami meninggalkan Seapark Condotel. Mas kata suaminya tidak pernah memandu ke Menumbok, jadi mereka mengekor kereta kami. Perjalanan sejauh 145 kilometer dijadualkan selama lebih kurang 2 jam 15 minit, mengikut kelajuan kereta yang Encik Suami pandu. Maklum sahajalah, memandu dalam suasana gelap dan jalan raya yang tidak berapa mesra alam dan mesra dengan kami, jadi eloklah berhati-hati. Di sana-sini kerja-kerja menurap jalan (projek lebuhraya) sedang dijalankan. Banyaklah lencongan perlu dilalui.
Perancangan awalnya, sebaik sahaja meletakkan kereta di petak khas di jeti feri, kami hendak tunaikan solat subuh d masjid. Oleh kerana feri akan bertolak pukul 7 pagi, jadi kami masih mempunyai masa di antara waktu ketibaan lebih kurang pukul 5:15 pagi sehingga ke pukul 6 untuk solat.
"Bukan kita solat di dalamnya," katanya lagi.
Ketika ini jam sudah menunjukkan pukul 6:30 pagi.
Macam sedap sangat mi segera tu...ahaks! |
8 comments
Waze memang selalu buat confuse kan hehe
BalasPadamAduhai, tidak sengaja tapi memang akan tetap rasa bersalah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Allah swt pastinya tahu niat kita, Kak Amie.
BalasPadamDaus, buat aunty tergelak seorang la.
wah x pernah lagi jejak Labuan... x sabar nak baca kisah kak amie di Labuan
BalasPadamSaya pernah naik feri bawa kenderaan dari Labuan ke Menumbuk. Mengimbau betul apabila baca Puan Amie hendak ke Labuan. Hendak tengok gambar-gambar terkini bangunan Labuan!
BalasPadamTakpe Amie, tak nampak kan, waktu nak solat tu.
BalasPadamBestnya naik feri, pergi Labuan.
Antara yang saya teringin nak buat inilah - naik feri ke Labuan.
BalasPadamKelakar juga kisah solat jemaah di depan tokong tu 😅. Apa2 yang tak sengaja, bukanlah satu kesalahan.
Allahu...Allah maha pengampun,in sha Allah akan jadi peringatan juga untuk kita semua.
BalasPadamSedap makan mee segera dalam feri..dalam flight dan ketika berkhemah...sedapnya lain macam kan Daus..hihihi
Firdaus tu seronok makan sebab ada geng. Hehe. Semoga Allah terima ibadat kalian dan diampunkan dosa. Gelap kan, manalah nak nampak
BalasPadam