Selepas Mandi, Makan di Restoran Bunga Mas

8:16 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita penginapan di Palm Beach Resort & SPA Labuan. Walaupun menginap dua malam tetapi tidak sempat hendak jelajah setiap sudut. Hendak mengunjungi pusat SPA pun tidak sempat. Bukan apa. Rasa lebih selesa berehat di bilik sambil menyemak kertas peperiksaan. Kalau rasa mengantuk, lompat katil dan sambung tidur! 

Petang Ahad itu, kami bercadang untuk makan malam yang ringkas di Restoran Bunga Mas. Banyak juga menu yang ditawarkan dan harganya juga mampu beli. Kalau dibandingkan dengan Dream World Hotel, memanglah jauh beza bukan sahaja harga tetapi juga kuantitinya! Walaupun penginapan bertaraf empat bintang, tetapi harga makanan di restorannya masih terkawal.


Ini merupakan laluan masuk ke Restoran Bunga Mas. Banyak menu pilihan termasuk menu Asia, Cina dan Western. Oh, ya! Ada lagi pokok keladi gajah. Banyak pokok keladi gajah ditanam di sekitar kawasan resort. Pokok keladi gajah ini saiznya besar dan lebih tinggi dari ukuran orang biasa. Firdaus tanya, kenapa daun keladi itu besar-besar? Kita jawab: Itulah daun keladi gajah.


Ketika ini jam menunjukkan angka empat petang. Matahari masih memancar. Pemandangan alam pun cantik dengan warna hijau rumput dan dedaunan, ditambah dengan warna langit membiru dihiasi awam putih bersih.


Nampaknya pelanggan restoran lebih suka memilih untuk minum petang di tepi kolam renang. Semakin lama semakin ramai pula yang duduk di sini. Paling menyakitkan hati dan mata kita sudah tentulah apabila pelayan restoran menghantar kelapa muda ke meja mereka!


Sabar sajalah hati. Tunggu anak-anak puas bemandi-manda dahulu. Kemudian bolehlah santai-santai makan dan minum.



Jom jalan-jalan di sekitar kolam renang.





Kolam renang ini terletak berhadapan dengan pantai.








Nun di sana, kelihatan kanak-kanak sedang menaiki kuda di pantai.


Kalau Firdaus ternampak, sudah tentu dia hendak menunggang kuda itu juga!


Mujurlah, petang itu Firdaus leka mandi di kolam renang sehingga senja.

Pemandangan luar Restoran Bunga Mas.

Selepas maghrib, kami keluar semula dari bilik untuk makan malam di Restoran Bunga Mas. Kami memilih duduk di bahagian luar restoran.

Bahagian dalam Restoran Bunga Mas.


Firdaus tidak mahu makan kerana katanya masih kenyang makan KFC di bilik. Itu cerita sebelum mandi, kata Encik Suami. Firdaus ini akan melihat makanan yang sampai di meja. Kalau dia suka dia akan makan walaupun makanan orang lain. Dia belum nampak rupa makanan sebenar, itu sebabnya dia kata tak mahu makan, Encik Suami mengingatkan Amie perangai budak satu ini.
Kami memesan:
  • Chinese Tea Panas
  • Fresh Coconut
  • Minuman Longan
  • Spring Roll
  • Ko Loh Ramen Roasted Duck
  • Seafood Platter

Melihat spring roll sampai ke meja, Firdaus terus minta izin: Bolehkah Daus makan?


Dan apabila sampai Seafood Platter kita, Firdaus bertanya lagi: Bolehkah Daus makan kentang goreng Mommy?


Apabila terpandang menu mi goreng dengan itik panggang, Encik Suami pun tidak lepas peluang untuk mencubanya!


Ketika kami sedang hendak menghabiskan hidangan, Mas sekeluarga pula datang dan duduk berhampiran kami. Kata Mas, badan Izzuddin panas selepas mandi di kolam renang. Alahai, nampak layu jew muka Izzuddin.
 
Firdaus pula, terus pindah tempat duduk. Hendak duduk rapat-rapat dengan Izzuddin. Kebetulan Mas pun order spring roll. Duduklah Firdaus di situ bantu bersihkan pinggan berisi spring roll. Hai, anakku Firdaus!

Dua orang sahabat karib. Mudah-mudahan persahabatan mereka kekal berpanjangan.

7 comments

  1. Wah,menarik mee dengan itik panggang...saya suka itik tapi jarang jumpa.
    Sahabat karib tu memang sehati yer..duaw specky😎😎

    BalasPadam
  2. wahh sonoknyer liburan kat labuan., nmpk nyamannn je ;p

    BalasPadam
  3. budak budak kannn... kalau dengan air... macam kerbau nampak lumpur. berkubang tak reti naik naik.

    BalasPadam
  4. seronoknya Firdaus mandi-manda. comel betul gelagat dia di meja makan. takpelah, lagi bagus dari terlebih order lepas tu tak habis.

    BalasPadam
  5. Firdaus kena tengok makanan itu baru hendak hendak makan.
    Agaknya kenyang mandi air kolam. Hehe.

    BalasPadam
  6. Kemahen Daus ya, agaknya dia nak tengok dulu rupa makanannya baru timbul selera. Kesian pulak Izzudin dah demam.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Makkah & Madinah ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puasa Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe