Uncle Ho Motel Papar

10:35 PTG

Berulang kali Amie rujuk google, nama Uncle Mo Motel. Apabila guna waze untuk sampai ke tempat itu, keluar nama Uncle Ho Motel pula. Dalam perjalanan ke pekan Papar tiba-tiba terpampang perkataan Uncle Mo Motel di sebelah kiri jalan. Oleh kerana ada dua tujuan di pekan Papar iaitu mencari tempat penginapan dan makan, jadi kami lupakan dahulu perut yang sudah berkeroncong, sebaliknya patah balik ke Uncle Ho Motel.
Uncle Mo atau Uncle Ho? 
Yang betulnya Uncle Ho Motel.
Tiada pilihan lain, hanya ada sebuah bilik berkatil king dengan harga RM128 satu malam. Kami terus daftar masuk. Bilik kami di tingkat satu, tiada pekhidmatan lift. Yang penting ada perkhidmatan wifi.

Uncle Ho Motel


Syukurlah dapat tempat bermalam ketika ini memandangkan hari pun sudah menjelang petang. Bolehlah berehat menghilangkan lelah.

Tandas motel.


Ini merupakan kali kedua kami bermalam di motel.
Kali pertama sewaktu bermalam di Sipitang, Pan Borneo Motel.


Encik Suami tidak lupa tugasnya masak air panas. 
Bolehlah mengeteh atau mengopi... kupi-kupi dulu bah!
Kalau rasa was-was, boleh cuci cawan dan sudu, kemudian lap dengan tuala yang kami bawa sendiri.


Firdaus tidak sabar menjamah cheese kek lelehnya.



Kita pula tak sabar nak merasa lamb pie kegemaran!
Kita baru beberapa kali gigit dan letak dalam kotak sebab kita nak siapkan tugasan. Apabila kita nak makan lagi, hilang baki lamb pie kita. Huhuhuuuu.... !


Malam itu kita tidur termimpi-mimpi masuk Secret Recipe  mencari lamb pie. Yang sangat lena sudah tentulah Encik Suami sebab senang hati kereta diletak betul-betul di hadapan pintu masuk motel!







23 comments

  1. abe kie pernah mengajar selama 4 thn di SMK Majakir tu. 97-01. Slps balik Kelate langsung x gi Sabah lg. Rindunya kat kwn2 lama n bekas pelajar di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marilah datang Sabah. Papar dekat dengan KK. KK dah banyak sangat perubahannya. Dulu tak rajin datang KK, sekarang kalau ada kesempatan terus saja ke sini.

      Padam
  2. Sy rasa suami Kak Amie ni ada perangai sama dengan Pak Inche, tak boleh berjauhan dengan kereta 😅

    Hurmmm.. siapa agaknya yg habiskan baki Lamb Pie tu ya, tak mungkin Daus 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha... itulah. Risau ke, rindu ke kalau berjauhan dengan kereta kah!
      Tak mungkin Daus yang makan kan hihihiii.

      Padam
  3. Badan dah penat, rasa lega dapat tempat rehat dan luruskan badan kan. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat tu. Yang memandu rasa penat, yang duduk sebelah pun rasa letih.

      Padam
  4. Syukur dapat tempat penginapan. Harga pun kira berpatutan dengan bilik tu. Siapakah gerangan yang menghabiskan lamb pie tu. Sampai termasuk dalam mimpi tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling tak gemarlah kalau ke sana ke mari mencari tempat penginapan kan Fizah. Dah dapat di sini syukur Alhamdulillah. Harga pun mampu bayar. Hahaaa.... Kak Amie suka sangat lamb pie tu, jadi bila hilang bakinya mimpi sajalah untuk ubat kempunan kihkihkih!

      Padam
    2. Lepas ni kena booking siap siap online lah Kak Amie. Senang terus check in bila sampai. Kesedapan lamb pie sampai terbawak bawak masuk dalam mimpi..sabar je lah :)

      Padam
    3. Kali ini sesaja nak walk ini saja sebab masih geram masalah pembayaran online dua buah resort yang tak dipulangkan tahun lepas. Lagi pun kononnya banyak masa untuk mencari, tapi feed up pula bila dua tiga empat tak ada yang kosong. Lain kali memang kena booking online siap-siaplah kan Fizah.

      Padam
  5. bilik selesa dan bersih...lena dibuatnya..cheese cake tu menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat tempat meluruskan pinggan dan melunjurkan kaki memang terus lenalah dibuatnya sepanjang malam.

      Padam
  6. selesa bermalam bermimpi indah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI. Dah penat di siang hari, lenalah pula di malam hari.

      Padam
  7. Lamb pie....pasti sedap kalau dah namanya lamb...

    Bagus cikgu ada bawa towel sendiri.Saya kena ikut cara cikgu jugak la bawa towel...selama ni memang tak bawa sbb nk jimat ruang bagasi🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedapkan lamb pie.
      Memang kami suka bawa beberapa helai tuala kecil. Ada kegunaannya tu, buat lap-lap di kereta juga.

      Padam
  8. Hahaha..ke manakah menghilangnya lamb pie tersebut?

    BalasPadam
  9. lamb pie :)
    tak perlu rasa, dgr pon da tau sedap.

    bersih motelnya. selesa la utk bermalam, kan.
    seharian berjalan, dpt luruskan badan atas tilam empuk, alhamdulillah.

    BalasPadam
  10. Bestnya lmb pie tu..fav SA gak...apapun syukur dapat berehat dengan tenang ye kak...

    BalasPadam
  11. Hehe siapakah yang mengambil bali pai kambing Puan Amie. Hehe sampai termimpi Puan Amie dengan pai kambing yang tidak puas makan.

    BalasPadam
  12. dekat sini macam tak pernah jumpa motel kak... best jugak siap dapat parking kete depan pintu bilik... selasa dan mudah

    kesian pulak baca pasal lamb pie yang udah hilang kene kebas tu hehehehe

    BalasPadam
  13. hahaha hilang pula lamb pie tu ya. kena beli lg la tu maksudnya hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe