Shangri La Hotel Kota Kinabalu

10:29 PTG

24 Disember 2022. Jumaat.
Dari Sea Park Condotel Tanjung Aru kami bergerak ke Putatan. Bersarapan pagi bersama besan, ibu dan ayah Aseeyah di Restoran Sinar Mustika. Kebetulan mereka datang dari Kuala Lumpur beberapa hari lalu kerana ada program di Kota Kinabalu, jadi kami ambil kesempatan untuk kunjung ziarah ke rumah keluarga ayah Aseeyah  (datuk & nenek Aseeyah) di Kampung Nagapas, Papar.

Untuk penginapan kali ini Amie minta Abang Farid pula tempah secara online di sekitar Kota Kinabalu. Akhirnya setelah mencari, dapatlah tempah 2 bilik di Shangri La Hotel Kita Kinabalu. Yang tinggal hanyalah bilik dengan satu katil besar sahaja. 

Tempahan 2 bilik satu malam : RM380.00

Perabut dan dekorasi gaya lama tapi bilik tetap nampak kemas dan bersih.

                            
Segala keperluan untuk penginap disediakan dengan lengkap di dalam almari.


Jom rehatkan diri, luruskan pinggang dan lunjurkan kaki.


Yang penting ada meja dan kerusi yang selesa untuk kegunaan di sebelah malamnya, sebab Amie perlu ikuti google meet dari pukul 8:45 sehingga pukul 11 malam.


Bilik airnya nampak selesa.


Ada badak berendam kepala hitam dalam bilik air!


Abang Farid sempat order KFC.
Kami makan dalam bilik saja.


Esok perayaan Hari Krismas.
Di lobby hotel kelihatan sepohon pokok rhu dihias dengan lampu-lampu dan bungkusan hadiah.


Esok pagi tak perlu tergesa-gesa untuk mencari sarapan sebab kami akan bersarapan di sini.



Ruangan di sini kelihatan luas dan selesa.


Namun begitu, ketika bersarapan pagi keadaan kelihatan sesak sehingga terpaksa beratur menunggu giliran. Alhamdulillah, kami tidak perlu berbaris. Mungkin kami datang lebih awal.


Untuk menampung jumlah yang ramai, barangkali ditambah ruang bersarapan sehingga ke ruang rehat.


Jom sarapan pagi.


Melihat roti inti kacang hitam yang comel ini, teringin pula nak rasa. Dulu rajin uli tepung buat roti begini dengan Firdaus.



Jarang orang tolak nasi lemak untuk sarapan pagi!


Kita cari makanan bersup!


Apa agaknya yang Abang Farid sedang fikirkan? Apa agaknya yang sedang direnungkan? Makan sarapan kenyang-kenyang bang. Petang nanti kita akan sambung perjalanan pula.


Orang yang paling gembira ketika ini sudah tentulah Firdaus.
Asyik hendak duduk sebelah Aseeyah sahaja.


Alhamdulillah.
Kenyang bersarapan pagi di sini.
Jom kita ke kaunter restoran, kita nak bayar harga sarapan Firdaus kerana kupon hanya untuk dua orang penginap sahaja untuk satu bilik.

Firdaus dapat sarapan percuma.
                    
Firdaus memang akan dikenakan bayaran mengikut harga kanak-kanak. Ketika Encik Suami hendak membayar di kaunter restoran, pelayan di situ kata pergilah bayar di kaunter pendaftaran. Eh, bayar di situ pula ye? Encik Suami pun pergilah ke kauter pendaftaran. Staff di situ pula kata, pergilah bayar di kaunter restoran. Memandangkan suasana agak sibuk ketika itu, Encik Suami pun memanggil seorang staff lelaki yang kelihatan sedang memberi arahan kepada beberapa orang lagi staff di situ. Staff lelaki tadi datang dan Encik Suami minta penjelasan di mana hendak bayar harga makanan sarapan. Begitu begini, staff lelaki itu sekejap ke kaunter restoran, sekejap ke kaunter pendaftaran, akhirnya berhenti di hadapan kami. 
Katanya:
Beginilah encik. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang pihak kami timbulkan. Untuk menyatakan permohonan maaf kami, encik tidak perlulah bayar. Terima kasih.

Beginilah suasananya kalau hotel sudah penuh. Kami maklum. Penuh bilik, penuh juga restoran. Tidak menang tangan semua staff untuk melaksanakan tugas melayan.  Apa pun kami berpuas hati dapat bermalam di sini.

15 comments

  1. Daus kalau jumpa Kak Aseeyah, terus lupa mommy dan Abg Farid ya.. hihi.

    Rezeki tu tak perlu bayar sarapan utk Daus, lagipun, apalah sangat yg budak kecik macam Daus makan, kan. Sy pun skrg kalau sarapan di hotel, akan pilih nasi lemak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kadang tak berbaloi harga yang dibayar dengan apa yang dimakan budak kecil.

      Padam
  2. DAUS BERENANG DLM BATH TUB YA SEJUKNYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dapat berenang di pantai, dia tunjuk perasaan berenang dalam bilik mandi.

      Padam
  3. lama x masuk sini... daus dh ada akak ipar ye.. mst hepi dia jumpa akak dia sbb ada cewek yg melayan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maklumlah first time ada ahli keluarga perempuan Heheee.

      Padam
  4. Ohh keluarga Aseeyah orang sabah juga rupanya.
    Luas, bersih dan selesa biliknya. Eh eh badak berendam seronok sangat tu.
    Bila dah sibuk tak terkawal jadinya. Rezeki firdaus dapat makan percuma. Tak boleh renggang lansung dengan kakak Aseeyah dia. Nampak kurus pulak Abang farid tu. Banyak dalam fikirannya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayahnya orang Sabah, ibu orang Malaya. Menetap di KL.
      Itulah kan Fizah, selalu dengar hotel itu penuh, hotel ini penuh. Bila berhadapan dengan situasi sebenar, barulah nampak betapa kalutnya para pekerja hotel.

      Padam
    2. Ohh..sama macam kak Amie. Cuma kat Amie menetap di Sabah.
      Sekali datang bercuti ramai ramai dorang tak dapat nak handle. Kesian jugak. Tapi hotel ada nama ni patutnya sistematik sikit. Atau sebab lepas PKP ni baru bukak tak ramai pekerja agaknya.

      Padam
  5. Owh..family Aseeyah pun sama macam Abang Farid..Ayah Sabah..Mak Malaya...Serasi ni 🤭.in sha Allah semoga kekal bahagian hingga ke Jannah...Daus seronok batul dapat kakak ipar yer

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, rezeki firdaus..

    excited ya dia mandi dlm bath tub.

    BalasPadam
  7. Apabila tengok balik Hotel Shangri-la tidak berubah sangat.
    Hehe saya pernah menginap di sini. Lama betul masa berlalu.

    BalasPadam
  8. di waktu puncak kan, begitulah adatnya. Hotel besar selalunya sanggup 'rugi' sedikit asal dapat jaga reputasi. rezeki Firdaus tu

    BalasPadam
  9. Walaupun hotelnya gaya lama tapi lengkap segala keperluan kak, itu paling utama.
    Kalau dah penat berjalan layan kfc kat bilik pun dah rasa best dah.
    Memang seronok betul Daus dapat kakak ipar ya, asik nak berkepit aje dia hehheeh...
    Bagus jugak pihak hotel tu, rezeki Daus dapat sarapan free kat situ

    BalasPadam
  10. Cantik Dan selesa nampak bilik ya tu. Restoran pun nampak classy

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe