Sarapan Pagi di Kak Zie Cafe Kota Belud

7:17 PTG

Sambung cerita jalan-jalan ke Kota Belud. 
Kononnya hendak pusing-pusing pekan dan cari kedai makan untuk sarapan, tetapi sebaik sahaja keluar dari pintu hotel, Encik Suami terus berkata:
"Itu kedai makan. Mari sarapan di situ," katanya sambil menunjukkan kedai makan yang betul-betul terletak berhadapan dengan pintu masuk Tang Dynasty Lodge.

Kami pun masuklah ke Kak Zie Kafe, kedai makan yang ditunjukkan suami. Kak Zie Cafe terletak di Suria Commercial Center, 89150 Kota Belud, Sabah

Selamat pagi Kota Belud!

Masing-masing mengambil sarapan yang disukai. Sama seperti di tempat lain, sama ada nasi goreng ata mi goreng mesti dihidangkan dengan semangkuk kecil sup kosong.

Firdaus makan nasi goreng dengan sayap ayam goreng dan sosej.

Habis licin dia makan!

Encik Suami dengan kkuey teow gorengnya, dan segelas kopi panas. Katanya, kena minum kopi untuk segarkan mata sepanjang pemanduannya.

Bismillah.

Kita ambil tiga biji bebola ikan dan sekeping sambal ikan. Eh, sarapan itu saja ke? Eh, taklah! Kita minta soto ayam di bawah ni.



Inilah uniknya soto yang Amie temui di beberapa daerah yang kami jelajahi. Semangkuk soto ayam, atau soto campur ditambah dengan hirisan timun! Jarang kita jumpa soto begini. Hirisam timun itu mengeluarkan aromanya yang tersendiri apabila bercampur dengan kuah sup panas.

Alhamdulillah. Perut sudah beralas. Mari kita teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.

8 comments

  1. Seronok jalan merata dapat jumpa pelbagai jenis makanaan, pelbagai rasa. Unik soto akak tu

    BalasPadam
  2. Best la jalan- jalan JJCM ni....x yah fikir bab berat badan naik kak...janji enjoy...

    BalasPadam
  3. memang unik soto ada timun. lain tempat lain caranya kan

    BalasPadam
  4. Rasa menyihatkan ada letak sayur. Lama-lama soto dipelbagaikan jenis sayur lain pula.

    BalasPadam
  5. Ingatkan cikgu makan beboa & ikan sambal tu saja🤭
    Rupanya ada lagi...hihihi
    rugi la kalau kalau makan tu saja kan...🤣

    BalasPadam
  6. oo...siap ada timum & limau ye...ngan soto tu..lain dr yg lain.

    BalasPadam
  7. Bagus juga ye dapat sup sekali. Nikmat dapat hirup sup panas panas. Unik soto kat sana. Sedap juga ad timun rangup dalam kuah sup soto.

    BalasPadam
  8. kak amie mesti peminat soto kan. mcm menu wajib order klau mkn. hehe.

    ingtkn mmg soto sabah letak timun. rupanya x smua tmpt di sabah letak timun dlm soto.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Makkah & Madinah ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puasa Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe