Cabana Retreat Kota Belud
11:48 PGEncik Suami beberapa kali menyuarakan hasrat hatinya untuk berkunjung ke Cabana Retreat di Kota Belud. Sayangnya tahun lepas, walaupun kami sudah tempah dan sudah bayar secara online tetapi timbul masalah pula, dan cerita berakhir begitu sahaja. Kali ini cuba sekali lagi, mana tahu ada rezeki. Memanglah rasa sangat teruja melihat keindahan tempat tersebut di medsos tetapi di hati sudah dapat mengagak kesemuanya belum pasti kebenarannya sebelum melihat sendiri. Maklumlah PKP yang berpanjangan, banyak resort dan tempat penginapan terbiar dan kebanyakannya hanya tinggal gambar kenangan. Eehhhh, tiba-tiba teringat resort yang kami batalkan tempahan di Kuala Penyu itu.
Cabana Retreat |
Pertama kali melihat pemandangan di sini sudah tentulah rasa sangat terkejut dengan keadaan kayu-kayan yang bergelimpangan di tepi pantai. Memang sudah maklum sangatlah kesan PKP.
16 comments
cantiknya pemandangan
BalasPadamsblm covid berangan jga la . nk g sabah he hee tpp ni entah la bila. dpt sampai agaknya
Itulah kan... tak tahu entah bila covid akan berakhir. Hanya mampu berharap dan berdoa moga keadaan akan pulih seperti dahulu.
PadamGayat la uncle nak naik benda tu!
BalasPadamSeriau!
Budak kecik tak tau gayat uncle hahahaa.
PadamWalaupun tak ada rezeki menginap di sini, ada rezeki dapat jumpa kawan. Seronok Firdaus jumpa kawan baru. Cepat mesra. Cantik Cabana Retreat ni tapi sayangnya tak terjaga. Best kalau dapata staycation kat sini. Semoga ada rezeki Kak Amie menginap di sini nanti.
BalasPadamMemang cantik sangat pemandangannya time bukan PKP. Mudah-mudahan ada rezeki staycation di sini pada masa yang lain.
PadamMenarik tempatnya.Kos selenggara pun bukan sikit ni nak mantain tempat macam ni kan..Semoga pengusaha semua dimudahkan urusan membangunkan semula tempat2 menarik ni.
BalasPadamHahaha...in sha Allah...kita zikir yang baik-baik.semoga yang datang juga takdir yang baik-baik
Mudah-mudahan industri pelancongan kembali pulih seperti dulu. Memang kesian sangat para pengusaha yang terkesan akibat wabak yang melanda.
PadamSy doakan impian Kak Amie sekeluarga nak bermalam di sini akan segera dimakbulkan Allah swt.
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamBila tengok gambar kak Amie, saya pun rasa teringin. Moga ada rezeki kak Amie nanti
BalasPadamIn Syaa Allah. Mudah-mudahan ada rezeki untuk kita.
PadamPantai dan laut memang sentiasa cantik di mata dana, duduk tengok pantai dan ombak sesaja pun dana tak kisah... .memang cantik persekitaran situ kak...
BalasPadamSygnya kesan peninggalan Covid- 19 kan..memang teruk terjejas tu...semoga akan datang dah boleh akak bercuti kat sini
BalasPadamHaah boleh buat perbandingan.
BalasPadamHarap-harap apabila dapat menginap makin cantik tempat ini.
hari tu nak stay sini jgk, tp slalu fully booked. biasanya lalu je la masa on the way ke jeti rampayan utk naik bot ke pulau mantanani..
BalasPadamhrp 1 hari nnti dpt stay sini jgk..