Terima Kasih Tinggalkan Komen Sepanjang 2021

11:28 PTG

Bertemu lagi pada hari pertama tahun 2022. Terima kasih kepada semua pengunjung Amie's Little Kitchen kerana telah menceriakan dapur maya  yang seadanya ini. Marilah kita teruskan azam untuk terus istiqamah mencapai hasrat dan impian yang baik-baik.

Pembuka tirai 2022 Amie imbas kembali kemeriahan rakan-rakan blogger meninggalkan pelbagai komen yang manis selama 365 hari sepanjang 2021. Amie sangat terharu kerana rakan-rakan blogger sentiasa meluangkan masa berkunjung ziarah ke dapur. Untuk menterjemahkan rasa penghargaan itu, Amie paparkan sebanyak 15 senarai nama pengomen tegar di bawah ini. Ini bukanlah satu pertandingan melainkan hanyalah satu penghargaan di atas keikhlasan anda meluangkan masa berkunjung dan memeriahkan dapur Amie. Amie turut rakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan pengunjung yang meninggalkan komen  tetapi Amie tidak senaraikan namanya di sini.

Walaupun Amie tinggalkan dapur maya sepanjang hujung Disember 2021, tapi hati ini tetap mengingati rakan-rakan sekalian. Amie cari oleh-oleh kecil sepanjang kembara di beberapa daerah  negeri Sabah untuk dikirimkan sebagai hadiah kenang-kenangan buat mereka yang tersenarai di bawah ini.

Nampaknya Azhafizah mengungguli carta sebagai pengomen terbanyak sepanjang tahun 2021 dengan jumlah 681, diikuti oleh Suria Amanda sebanyak 529. Seterusnya tempat ketiga, dinobatkan kepada SK sejumlah 451 dan tidak sudah tentu MamaCella tidak dapat dipisahkan kerana di mana ada SK di situ ada Mama Cella....ahaks! Tahniah untuk NA yang meninggalkan 400 komen.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Kamsiah Yusoff. Semoga rohnya tenang bertemu dengan-Nya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Allahyarhamah turut memeriahkan dapur dengan meninggalkan sebanyak 370 komen. Amie telah cuba hubungi salah seorang anak Allahyarhamah untuk menerima kiriman oleh-oleh dari Sabah.


PERINGATAN MESRA:
1. Sila emelkan nama penuh, alamat serta nombor telefon untuk urusan pengeposan kiriman. Amie mempunyai alamat 12 nama yang tersenarai, tetapi sekiranya ada pertukaran alamat sila emelkan ke salamiez@gmail.com

2. Amie perlukan details daripada  :
  • Atiqah Najihah
  • Paridak Ishak
  • Notie
3. Hadiah akan dikirimkan setelah suasana banjir kembali reda kerana Amie mengambil kira risiko kehilangan dan kerosakan bungkusan dalam perjalanan. 

Akhir sekali, tahniah buat semua pengomen sama ada yang tersenarai dan tidak tersenarai. Tanpa kalian semua siapalah Amie's Little Kitchen.

Mohon maaf, agak lama tidak menulis. Macam buat karanganlah pulak....ahaks!




34 comments

  1. Tahniah utk semua pengomen..you're the best!!

    BalasPadam
  2. Wah-wah twrmasuk juga. Rezeki saya. Ahaks. Ya Allah saya selalu teringat Allayarhamah. URLnya selalu masuk carta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, rezeki sepanjang 2021. Tahniah.
      Sebak bila terkenang arwah, rakan blogger yang sama-sama memeriahkan dunia maya.

      Padam
  3. Tahniah semua... Meriah balik la dapur kak amie lps ni kan heeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ako.
      In syaa Allah, sudah balik becuti, sudah cas bateri heheheee.

      Padam
  4. Adohai, di mana ada SK, di situ ada Mama Cella.. kami memang berkimia sungguh.

    Terima kasih Kak Amie di atas ingatannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... MamaCella selalu berpesan...zikir..zikir...zikir apa yang dihajati.

      Padam
    2. Hihihi...nak tumpang hadiah teka percutian cikgu Amie hari tu..kita berdua tersasar..Rupanya masih ada rezeki kita yer SK...🥰

      Padam
  5. Alhamdulillah..tahniah semua...yeay lepas ni Kak Amie kembali beraksi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah SA.
      In syaa Allah beraksi kembali setelah cas bateri hihihii.

      Padam
  6. Tahniah buat semua pengomen! Hebat-hebat mereka ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Farrah.
      Farrah pun tidak kurang hebatnya :)
      Terimak kasih selalu sudi singgah dapur kakak.

      Padam
  7. Wahhhhhhhh🥰🥰🥰🥰🥰🥰

    Ada juga terselit laaa..
    Betul la....sebutan menjadi doa🤭
    Terima kasih cikgu Amie..
    Selamat tahun baru 2022.
    Semoga tahun ni rezeki lagi melimpah & jika ada rezeki Encik Majid dapat anugerah "datuk" hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marilah selalu sebut yang baik-baik, moga yang datang semuanya baik-baik belaka.

      Padam
  8. Alamat dan contact number saya masih sama ya kak Amie. Thank you in advance

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sal. Kak Amie ambil maklum ye.

      Padam
  9. Tahniah untuk semua. Terima kasih juga Kak Amie.
    Alamat saya masih sama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Fizah.
      Baik, Kak Amie ambil maklum.

      Padam
  10. tak sangka nama dana pun ada dalam senarai kak... terima kasih ya dan tahniah buat yang lain juga...

    BalasPadam
  11. alamat rumah dana masih sama je kak...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe