Bertemu Sahabat Lama

2:50 PTG

Abang Farid berhasrat untuk bertemu dengan rakan baiknya yang pernah sama-sama belajar di Kolej Matrikulasi Labuan sesi 2013/14. Kami cadangkan supaya mereka bertemu sahaja di Shangri La Hotel, dan makan malam bersama kami. Sayangnya, malam itu tidak ada meja  untuk kami. Semuanya telah ditempah. Jadi, kami menuju ke One Borneo memandangkan rakan Abang bergerak dari Tuaran bersama adik perempuannya.

Abang Farid bersama rakan baiknya, Hazwan.


Apabila sampai di One Borneo, sudah tentulah Firdaus teringat onion ring di Restoran Q Baik! Oleh kerana layanan yang baik, cepat, mesra dan sedap jadi kami masuk Q Baik buat kali ketiga sepanjang kami berada di Kota Kinabalu!


Kali ini Firdaus meminta dua set onion ring.
Katanya nak makan berdua dengan kakak Aseeyah.

Suleimani Tea



Dam Chai Tea

Set Nasi Mandi Kambing & Ayam


Entah apa istimewanya onion ring ... ahaks!



Oleh kerana kami semua peminat kambing, jadi tidak ada masalah untuk menghabiskan hidangan ini...kah!



Sewaktu hendak pulang, adik perempuan Hazwan hulurkan dua bungkusan kuih penjaram. Katanya, dia yang buat sendiri. Kuih itu tahan lama, esok pun boleh dimakan, katanya lagi.


Malam itu, sambil bergoogle meet di dalam dalam bilik hotel, Amie cuba makan sekeping kuih penjaram itu. Terbau aroma pandan, dan rasanya lembut, cukup rasa lemak manisnya. Entah berapa keping Amie makan. Keesokan paginya, Abang Farid pula makan kuih ini. Oleh kerana ada dua bungkus, memang banyaklah isinya, lebih 20 keping. Dalam perjalanan ke Kota Belud pada sebelah petangnya, kami makan lagi dalam kereta. Pada hari lusa, ada lagi bakinya, dan kami habiskan dalam perjalanan pulang ke Lahad Datu.


Oleh kerana Amie sangat suka makan kuih penjaram tersebut, jadi Amie minta Abang Farid dapatkan resipi kuih penjaram pandan ini daripada kawannya. Alhamdulillah akhirnya dapat resipi tersebut, dan in syaa Allah ada masa Amie akan cuba buat di dapur sendiri.

9 comments

  1. Wahhh, sy masih ingat Kak Amie memang mencari resepi penjaram pandan ni dalam entry yang lepas2. Nanti, bolehlah berkongsi di sini pulak untuk kami cuba.

    Daus, acik tak nampak pulak Daus kongsi onion rings dengan Kak Aseeyah, nampak macam makan dua mangkuk ja tu... hihi. Genglah kita, peminat kambing, Kak Amie.

    BalasPadam
  2. firdaus suka sgt tu onion ring...yum22 tgk nasi mandi kambing tu

    BalasPadam
  3. Tak pernah rasa kuih penjaram ni..hehe

    BalasPadam
  4. nampaknya nak kena try mkn di Q baik ni. kak amie dlm trip ni dah mkn 3 kali di sini.
    nmpk menarik dam chai tea tu..

    BalasPadam
  5. Wah penjaram pandan. Nasib baik adik kawan sudi kongsi resipi.

    BalasPadam
  6. sedap betul tu kalau sampai 3 kali pergi. nanti sharelah ye kejadian kuih Penjaram

    BalasPadam
  7. Sekali order 2 set Onion ring terus. Memang sayang betul dia dengan kak Aseeyah dia nak makan sama-sama :) Kak Amie pun dapatlah menikmati minuman fav kak Amie jugak kan. Haritu Firdaus dah bedal. hihi...
    Alhamdulillah rezeki kak Amie sekeluarga dapat makan kuih penjaram sedap. Dapat jugak resipi sekali.

    BalasPadam
  8. Firdaus dan onion ring tak dapat dipisahkan.. sampai 2 set dia minta ye.
    Geram nengok set mandy kambing dan ayam akak tu, penuh lauk nya tengok pun dah tahu sedap...
    Penyaram pandan bila dah rasa sedap wajibla cuba sendiri... nanti kongsikan ye kak

    BalasPadam
  9. Sebut pasal labuan tetiba teringat best friend saya kat labuan. Rindumya kat dia

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Makkah & Madinah ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puasa Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe