Hasil Karyaku : Antologi Cerpen Kembara di Borneo
1:44 PTGAmie abadikan pengalaman mendaki Gunung Kinabalu dalam bentuk cerpen. Amie gantikan watak diri sendiri dengan watak Firdaus (umur 10 tahun) untuk sesuaikan tema cerpen kanak-kanak. Alhamdulillah, cerpen tulisan Amie bertajuk Kabus di Bawah Bayu telah diterbitkan bersama 10 orang penulis di bawah naungan SYFE.
Antologi Cerpen Kanak-Kanak : Kembara di Borneo |
Pertama kali menghasilkan cerpen kanak-kanak bukanlah semudah yang disangka! Maklumlah selama ini biasa menulis dalam blog gunakan bahasa orang tua.... ahaks! Apabila menulis cerpen kanak-kanak terpaksalah belajar menulis ayat yang mudah difahami oleh kanak-kanak pula. Proses menulis cerpen kanak-kanak terasa sangat mencabar kerana perlu diolah sesuai dengan usia, tahap pemikiran dan pencapaian bahasa kanak-kanak. Walaupun banyak kali tersasul, tetapi proses edit-mengedit berkali-kali membantu memperhalusi hasil karya tersebut. Binaan ayat tunggal perlu selalu digunakan (walaupun selalu tersasul) dan pemilihan perkataan juga hendaklah yang biasa digunakan oleh kanak-kanak.
Kita pilih negeri Sabah dan Gunung Kinabalu sebagai latar cerita kerana itulah yang paling dekat dengan kita untuk memenuhi tema Kembara di Borneo. |
Kabus di Bawah Bayu |
Sekali terjebak menulis cerpen kanak-kanak, seolah-olah datang semangat pula untuk menghasilkan karya seterusnya. In syaa Allah.
Kenangan 2014 - kali ketiga mendaki Gunung Kinabalu bersama rakan-rakan sekerja. |
Kali pertama menjejak puncak Gunung Kinabalu pada tahun 1992. Pakai baju 5 lapis, pakai seluar 3 lapis! |
12 comments
Wah...Firdaus watak utama ni....bestnya dah ada buku nukilan sendiri
BalasPadamWah…untung Firdaus.
BalasPadamSeronoknya kak dah 3x naik Kinabalu.
wahh..bertuah adik firdaus ..
BalasPadamSelain kenangan untuk karya Kak Amie, kenangan jugak untuk Firdaus sebab mommy gunakan nama Firdaus. Tahniah Kak Amie. Semoga ada karya seterusnya.
BalasPadamWah hebatnya kak Amie berjaya mendaki Gunung Kinabalu. Bukan mudah tu. Tahniah sekali lagi. Ada pengalaman naik sampai ke puncak.
Anak2 sy excited baca cerpen ni Kak Amie...
BalasPadamSiap bertanya, betul ke lepas pukul 5 pg dah tak boleh naik ke puncak gunung? Hehe...
Hebat Kak Amie, berjaya menawan puncak Kinabalu. Salute!
kena beli buku ini utk bacaan anak. pernah daki Gunung Kinabalu semasa SUKOM 98. Masa tu mengajar di SMK Majakir, Papar.
BalasPadamTerasa seperti masuk semula ke alam kanak-kanak bila membaca gaya bahasa kanak-kanak...huhuhu
BalasPadamhebatnya dah 3 kali sampai ke puncak Kinabalu. Saya mampu sampai puncak mall aje. hehe. Tahniah kak Amie. Moga lebih aktif berkarya lepas ni
BalasPadamWow hrbatnya.. tahniah kak Amie semoga terus maju jaya
BalasPadamkak, dana baru mula baca belum abis lagi.... tapi semua best
BalasPadamlepas dana habis baca baru bagi Aiyan, itu pun dia dah usha-usha nak baca jugak.
Moga lepas ni akak akan dapat hasilkan lagi karya buku kanak-kanak gini, tahniah kak oi
Bestnya kak amie . Cover buku nampak comel sangat
BalasPadamMasya Allah sampai 3 kali ke puncak Gunung Kinabalu. Tahniah atas kesungguhan.
BalasPadamSelamat menulis lagi cerpen kanak-kanak.