Beaufort, Aku Datang!

9:23 PTG

Ketika kami meninggalkan daerah Sipitang, cuaca agak redup tetapi di pertengahan jalan hujan renyai-renyai pula. Destinasi kami ialah ke Tamu Beaufort atau Pasar Beaufort.  Terlebih dahulu kita saksikan identiti daerah Beaufort yang terkenal suatu ketika dahulu dengan hasil pengeluaran limau manis atau limau madu. Buah limau dari Beaufort memang sangat terkenal dengan rasanya yang manis. Edarannya sampai ke seluruh negeri Sabah. Apabila pelanggan diberitahu buah limau yang dijual itu datangnya dari Beaufort, mereka akan terus membeli tanpa fikir dua kali. Namun itu cerita dahulu yang berakhir dengan peristiwa banjir sehingga menyebabkan  pokok-pokok limau itu mati. Sebagai ganti, ditanam pula pokok kelapa sawit yang dikatakan lebih tahan lasak walau dalam keadaan banjir.

Replika limau manis @ limau madu di pekan Beaufort



Oleh kerana Tamu Mingguan Beaufort diadakan pada hari Sabtu, jadi salah satu tujuan kami sudah tentulah datang ke sini setelah kedatangan kami pada hari Jumaat disambut dengan lapangan  kosong di tapak tersebut. Amie masih teringat pesanan rakan sekerja iaitu Cikgu Adnan yang kini sudah menjadi orang kuat PPD, katanya datanglah dengan menaiki keretapi dari Kota Kinabalu. Kemudian jalan-jalan ke pasar (tamu). Katanya lagi, banyak makanan tradisi dijual di situ. Bolehlah beli kuih jelurut. Ha... kuih jelurut itulah yang Amie paling ingat. 
Memang pada mulanya kami hendak naik keretapi dari Kota Kinabalu ke Beaufort, tapi apabila memikirkan kereta ditinggal jauh susahlah nak bergerak ke sana- ke mari.  Jadi kami naik kereta sendiri sahaja.
Sayangnya, sewaktu kami tiba pada tengahari itu, peniaga-peniaga di pasar sedang bersiap-siap untuk menutup jualan. Pusing sana pusing sini tidak jumpa pula kuih jelurut! Kami hanya beli buah jambu madu dan buah delima dan sedikit kuih.


Firdaus sempat beraksi di dalam keretapi pameran di Taman Tasik Beaufort berhadapan dengan tamu.


Jom ambil angin di taman.



Nampak sunyi dan sepi.




Singgah di pondok teduhan, basahkan tekak dan makan kuih yang dibeli.


Ratah udang goreng.


Dan makan kuih terang bulan.


Kemudian kami kembali ke pekan Beaufort untuk mencari tempat penginapan.


Inilah kuih jelurut yang Amie cari di pasar Beaufort. Gambar ini ambil kongsikan dari entri lepas : PASAR MALAM GADUNG (BRUNEI). Kuih jelurut diperbuat daripada campuran tepung beras, gula, santan, kapur, air pandan dan sedikit garam. Adunan jelurut dituang ke dalam kelongsong daun pandan, atau daun kelapa datu juga daun nipah dan kemudian dikukus secara menegak sehingga masak. Kalau di Sabah, jelurut biasanya di jual di Tamu Sipitang dan juga Tamu Jalan Gaya, di Kota Kinabalu.

20 comments

  1. Kak Amie, Terang Bulan tu panggilannya sama dengan beberapa tempat di negara jiran, kan. Sy pernah baca apam balik tu dipanggil terang bulan di sana. Kuih jelurut tu pun sy pernah jumpa, di seberang juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, terang bulan sama sebutannya dengan negara jiran. Jelurut tu terkenal di Brunei, dan kawasan sekitar Sabah dan Sarawak yang berhampiran dengannya.

      Padam
  2. kuih jelurut tu makan mcm tu je ke? xde cicah ngan pape eh? rasa dia?? mcm kuih pulut ke?

    BalasPadam
  3. Terang tu apam balik ke kak amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terang bulan itu sama macam apam balik di tempat kita.

      Padam
  4. best betul jalan2 di pasar pagi kak, seronok mencari pelbagai kuih muih tradisi, kuih lama... kuih jelurut tu mesti sedap kan kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Dana! Bayangkan adunan tepung beras dengan santan, rasa manis dan ada aroma pandan.

      Padam
    2. aduh terus teringat tepung pelita tuh kak... aroma pandan lak

      Padam
  5. bestnya jalan jalanke pasar pagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau daang awal pagi banyak boleh lihat pelbagai jualan.

      Padam
  6. Mungkin kena datang sebelah pagi utk dapatkan kuih jelurut tu Kak Amie :)
    Kuih terang bulan tu apam balik ke kak?

    BalasPadam
  7. CANTIKNYA BENTUK JELURUT MESTI SEDAP RASANYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Kak PI. Makan satu tak cukup tu.

      Padam
  8. Seronoknya JJCM...
    Kat tempat saya ada juga kuih seakan jelorot tapi guna daun pisang dinamakan tepung serunai.
    Tapi kalau berpeluang lagi ke Sabah ...saya nak cari kuih muih yang pernah cikgu Amie kongsikan dalam blog ni terutama kuih kocong,karipap mihun,putu & tompek

    BalasPadam
  9. sayangnya dah takde limau manis Beaufort tu ye. Teringin juga nak naik keretapi ke Beaufort tu. harap terkabul suatu hari nanti

    BalasPadam
  10. Masih cantik terjaga replika limau manis tu walaupun dah bukan jadi tarikan di Beaufort. Sama macam Sal juga, teringin nak naik keretapi ke Beaufort. Boleh tahan lama juga perjalanan tu. Tapi menariklah dapat tengok permandangan. Kalau macam kak Amie naik kereta sendiri lebih baik naik kereta kan.

    Nampak taman tu macam terbiar je. Banyak kuih muih tradisional yang Kak Amie kenalkan. Kalau datang Sabah tak lah pelik kan sebab dah tahu :)

    BalasPadam
  11. Oh ya pernah dengar keretapi sari KK ke Beaufort. Tapi itulah Puan Amie macam jalan-jalan Sabah tidak sesuai pula naik keretapi.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Makkah & Madinah ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puasa Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe