Memulakan Perjalanan : Jalan-Jalan Sabah

11:36 PG

Kita hanya merancang tetapi Dia Maha Perancang. Perancangan kami untuk balik ke Malaya menghabiskan cuti di sana akhirnya dibatalkan. Pada mulanya kami merancang untuk menghadiri majlis konvokesyen (Master of Science) Abang Farid yang tertangguh disebabkan PKP pada tahun 2020. Namun begitu Abang Farid mengambil keputusan tidak menghadiri majlis tersebut yang dijadualkan pada 18-22 Disember 2021. Abang Farid diwajibkan menjalani swab test, begitu juga Amie dan Encik Suami untuk membolehkan kami masuk ke dewan. Abang Farid tidak mahu menjalani ujian saringan itu. Kami pun tidak mahu juga! Kata Abang Farid, ijazah sudah diterima pada tahun lepas, jadi tak perlulah hadir di dewan.

Tersiar pula berita yang menyebut tiada keperluan untuk swab test bagi yang akan menaiki pesawat dari Malaya ke Sabah dan Sarawak bermula 1 Disember 2021! Apalagi! Abang Farid pun terus tempah tiket untuk pulang ke Sabah pada 23 Dsember 2021. Kami cadangkan Abang Farid turun sahaja di Air Port Kota Kinabalu sebab kami merancang untuk jalan-jalan ke sana.

16 Disember 2021 bersamaan hari Khamis, 6:30 pagi kami bertolak dari Lahad Datu menuju destinasi Kota Kinabalu.

Kali ini tiada perancangan rapi yang dibuat seperti tempahan hotel dan juga tempat-tempat yang akan kami lawati. Kami sekadar jalan-jalan santai sahaja bertujuan merehatkan minda. Pada masa yang sama berita menggemparkan dapat diikuti dari semasa ke semasa berkenaan banjir di Malaya terutamanya di negeri Selangor. Allahu Akbar! Tidak dapat dibayangkan kalau ketika itu kami berada di Malaya, sudah tentu terperangkap sama dalam banjir kerana kampung kami turut berisiko tinggi mengalami banjir terutamanya banjir kilat.

Singgah makan tengahari di Restoran Anjung Selera, Ranau.
  

Perjalanan dari Lahad Datu tidaklah selancar yang disangkakan kerana banyak menempuh jalan rosak dan terpaksa lebih berhati-hati ketika memandu di Kampung Paris, Kota Kinabatangan dan sehingga ke Batu 32 simpang ke Sandakan. Kami mengambil masa hampir 6 jam untuk sampai ke Ranau walaupun hanya berjarak sejauh 297 kilometer dari Lahad Datu. Memang Amie selalu ingatkan Encik Suami supaya memandu perlahan dan jangan memotong terutama kenderaan besar dan berat serta di kawasan selekoh yang banyak dilalui antara Telupid ke Ranau.

Pukul 12:30 tengahari kami singgah makan di Restoran Anjung Selera, Ranau. Firdaus seperti biasa memang mencari ayam goreng. Amie dan Encik Suami makan nasi campur dan tambah hidangan semangkuk sup perut dan urat.

Yang tak seronoknya, terpaksa berbaris menunggu masuk sebab restoran penuh dan perlu patuhi penjarakan (SOP) yang ditetapkan.


Nasi campur lauk ikan patin masak lemak tempoyak dan sambal belacan.

Kemudian Encik Suami isi minyak kereta di stesen minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang. Ada sebuah masjid terletak di pekan Kundasang. Sesiapa yang berkunjung ke pekan Kundasang bolehlah tunaikan solat di sini. 

Nanas & Jambu Air

Di Kundasang, kami sekali lagi bersantai di Intan Restaurant & Cafe menyaksikan Gunung Kinabalu yang kelam ditutup awam. Sempat pula mengunyah nanas dan jambu air cecah cili & belacan.


Ambil kesempatan ratah beberapa ketul tongkeng ayam dan sayap ayam panggang.


Teringin pula nak hirup sirap limau walaupun suhu ketika itu tidaklah panas, sejuk-sejuk manja gitu.



Sebenarnya kita sengaja snggah sini sebab nak hirup kuah mihun sup! Istimewanya mihun sup di sini tidak dibubuh daun sup atau daun bawang tetapi digantikan dengan sayur sawi  yang rangup.


Yang berketul-ketul seperti potongan daging itu ialah urat. Kita minta mihun sup urat.


Sebelum meninggalkan pekan Kundasang, Firdaus merengek minta minuman green tea.
Layankan sajalah.


Entah di mana matahari! Sinarnya pun tidak kelihatan. Dalam suasana kelam berkabus, kami tawakal meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.



19 comments

  1. Selamat tahun baharu, Kak Amie.
    Moga tahun ni banyak lagi trip jalan-jalan dan akan dapat balik bercuti ke Malaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat tahun baharu juga Farah.
      In syaa Allah, akan penuhi masa lapang atau cuti untuk jelajah Borneo dan Malaya.

      Padam
  2. Perjalanan jauh jalan kecil atau rosak memang mencabar. Kena berhati-hati. Penatkan tapi bagusnya boleh berhenti-henti.

    BalasPadam
  3. Banyak jalan rosak.
    Yang tak bestnya sebab projek lebuhraya pan borneo yang tergendala tu.

    BalasPadam
  4. 6 jam perjalanan yg hanya sejauh 297 km, kalau ada lebuhraya, mungkin sampai cepat juga. Tapi kalau di Malaya ni, waktu puncak, ikut lebuhraya yg sepatutnya tiga jam pun, boleh jadi enam jam jugak, Kak Amie.

    Mujurrrrr Kak Amie ta pulang ke Malaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal Encik Suami pandu slow and steady sebab beberapa sebelum itu viral dalam group ada 12 buah kenderaan rosak sebab termasuk lubang dalam laluan kami tu. Hai ya Allah... lebuh raya terbengkalai SK, tukar pucuk pimpinan, tukarlah akarnya.

      Padam
  5. lama tak tgk si comel ni sbb lama tak BW :)

    BalasPadam
  6. Macam best je sup tu? Teringin la pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hirup sup panas ketika suhu dingin memang sedap uncle.

      Padam
  7. Semua nampak menarik...amboii...Firdaus bukan main ngan ayam goreng dia...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...
    Seronok tu dapat bercuti santai dengan family.
    Siap lalu "Paris" tu🤣
    Happy back to school untuk Daus...

    BalasPadam
  9. bestnya dapat bercuti ke sabah. belum ada peluang lagi nak sampai sana..

    BalasPadam
  10. Di Indonesia juga ada daerah bernama Lahat, tapi tanpa Datu. Lahat saja. Selamat malam, temanku Amie.

    BalasPadam
  11. jalan-jalan sambil nak makan-makan kan kak, santai je

    BalasPadam
  12. Lama teringhin nak pi Sabah . Semoga ada jodoh nak ke sana

    BalasPadam
  13. Ada hikmahnya tak jadi balik Malaya. Memang teruk keadaan banjir di Selangor masa tu. lepas tu menurun ke Pahang, Kelantan, Melaka dan Johor. Dasyat banjir kali ni. Syukur jugak abang Farid dan isteri dapat balik Sabah bercuti dengan keluarga. Jalan jalan singgah makan tempat orang rasa menu yang lain sikit best jugak tu. Berselera betul tengok Firdaus makan.

    BalasPadam
  14. betul tu kak amie, biar lmbt asalkan selamat. jln kk -kundasang pon makin teruk skang. berlubang sana sini. risau betul bila nak lalu jalan tu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe