Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu

7:41 PTG

Tahun lepas kami bercadang untuk bermalam di Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu. Sayangnya, tiada kekosongan! Jadi, tahun ini cuba nasib secara walk in sahaja. Tidak ada rezeki juga sebab sudah penuh. Kami boleh membeli tiket dan masuk untuk berehat-rehat atau berkelah di tepi pantai.

Teringin bermalam di sini, Rainbow Lodge yang terletak berhadapan dengan laut.

Atau pun di sini, deluxe suite yang nampak sungguh mendamaikan!

Kalau datang beramai-ramai bolehlah menginap di sini. Seronok dapat menghabiskan masa berkelah di tepi pantai bersama keluarga.

Sumber : FB TEMPURUNG SEASIDE

Oleh kerana tidak dapat tempat penginapan di sini, kami sekadar melihat-lihat dan mengambil gambar sahaja. In syaa Allah, ada rezeki nanti bolehlah berkelah di pantai, menyaksikan matahari tenggelam dan matahari terbit!

Tempurung Seaside Lodge terletak di Kampung Tempurung, Kuala Penyu.



Inilah Rainbow Lodge yang terletak di kawasan berbukit menghadap laut.







Jom turun ke tepi pantai.

Sesuai dengan kedudukannya di Kampung Tempurung, sepanjang pantai Tempurung Seaside Lodge ini ditanam dengan pokok kelapa.




Rakam beberapa keping gambar buat kenangan.




Deburan ombak menghempas ke pantai!


Air laut kelihatan jernih berwarna keperakan apabila terkena pancaran matahari.






Memang asyik sungguh mendengar deruan ombak bergulung menuju pantai!

 
Tidak boleh terus berlama-lama di sini kerana kami perlu mencari tempat penginapan untuk bermalam.


Kami ke kaunter pertanyaan meminta bantuan sekiranya ada tempat penginapan yang berhampiran. Petugas kaunter memberikan kami nombor telefon Resort  XYZ. Amie pun menelefon ke Resort XYZ dan menempah sebuah bilik untuk satu malam. Kami terus menuju ke resort tersebut.

Apabila kami sampai, Encik Suami tidak mahu bermalam di situ. Tempat tersebut kelihatan usang dan terbiar. Ada dua buah kenderaan di pintu masuk. Apabila kami melihat ke bahagian dalam, barangkali disebabkan PKP jadi keadaannya nampak tidak terurus. Rumput tumbuh tinggi, daun-daun kering berguguran tidak bersapu.

Encik Suami terus memandu ke arah jalan besar dan meninggalkan tempat tersebut. Pada masa yang sama, Amie dapat mesej dari pihak resort yang menyebut tentang bayaran dan kedudukan resort kami. Amie balas, kami  meminta maaf dan terpaksa batalkan tempahan. Sekiranya pihak resort bertanya mengapa? Amie sudah sediakan jawapan : Keadaan resort tuan tidak terurus dan menyeramkan! Ya... sesungguhnya memang sesuai sangat kawasan resort tersebut dijadikan tempat penggambaran filem seram!

Kebetulan pula talian terputus-putus dan akhirnya putus terus! Tidaklah dapat balasan mesej daripada Resort XYZ. Apabila kereta kami berada di kawasan pekan Kuala Penyu, barulah dapat baca mesej balasan dari Resort XYZ yang tertulis : Tidak apa bah.
Syukur Alhamdulillah, sebab rasa bersalah juga sudah tempah tapi kami batalkan pula. Harapnya selepas ini pihak pengurusan Resort XYZ dapat memulihkan kembali keadaan resort yang tidak terurus itu. Dengar ceritanya Resort XYZ itu sebenarnya sebuah resort yang terkenal di daerah itu. Barangkali perniagaan mereka turut terjejas teruk  sepanjang PKP.


Kampung Tempurung kami tinggalkan, dan sekarang kami berada di Kuala Penyu.


17 comments

  1. Alamak...penuh plak..xde kosong .tempat dh cantik dah...

    BalasPadam
  2. bestnya.. i dah lama sungguh tak check in kat mana2. since Jan 2020 sampai la i tak ke mana2. rindunya you.

    BalasPadam
  3. Puas sy scroll dari atas sampai bawah, tak ada pulak wajah tuan tanah. Adakah terlalu kecewa tak dapat bermalam di Tempurung Seaside Lodge???

    Suka betul sy tengok tempurung gergasi tu, memang cantik tempatnya.

    Resort XYZ tu, bukan nama sebenar, kan? Nanti boleh rekomen pengarah filem seram, Osman Ali. Dia suka buat filem seram tepi laut, hihi.

    BalasPadam
  4. cantik tempatnya.. suka tengok tempurung tu..

    BalasPadam
  5. mesti menarik kan resort ni sebab tu asyik full house. moga ada rezeki kak Amie nanti. baguslah ujur dengan Resort XYZ. moga mereka ambil teguran dengan hati terbuka

    BalasPadam
  6. dalam tempurung walau mahal pun fullhouse ya cantik tempatnya

    BalasPadam
  7. Cantik tempat ni...
    Replika tempurung tu win!

    BalasPadam
  8. cantik pantai cantik juga tempat tempurung seaside lodge tu, patutla asik penuh je ye kak...

    yelah kadang kalau tempat tak terurus nak bermalam pun risau kan, takut nanti cuma kita je yang ada kat situ

    BalasPadam
  9. Terlalu cantik tempatnya. Suka kalau penginapan ada seaview yang cantik dan boleh jalan jalan tepi pantai. Pantai pun bersih. Takpelah, mungkin rezeki lain kali. Dapat menginap di Rainbow Lodge tu pun dah memadai.

    Kalau chalet tak terurus saya pun seram jugak. Sejak PKP ni banyak tempat penginapan terjejas. Harapnya ada modal mereka untuk uruskan tempat dengan lebih baik.

    BalasPadam
  10. Semoga ada rezeki menginap di Tempurung Resort nanti.

    BalasPadam
  11. Cantik tempurung tu siap ada isi ..Sesuai nama resortnya...

    Kalau saya pun tak nak hotel usang serem tu...Saya ni dah la penakut...hihihi

    BalasPadam
  12. Bestnya jalan jalan macam ni.

    BalasPadam
  13. makin cantik dan meriah tempat ni. msa syu dtg dlu (beberapa tahun lepas) tak meriah mcm ni lg..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Makkah & Madinah ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puasa Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe