Tang Dynasty Lodge Kota Belud

8:28 PTG

Perjalanan dari Kampung Rampayan Laut (Cabana Retreat) menuju ke Kota Belud agak sukar sedikit kerana tidak ada talian, dan kalau ada pun terputus-putus. Destinasi kami sudah tentulah ke tempat penginapan yang Amie cari di google iaitu Tang Dynasty Lodge Kota Belud.

Pekan Kota Belud

Terserempak dengan lembu di tengah jalan.


Untuk sampai ke Kota Belud, kami tersesat jalan. Waze buat hal pula. Syukurlah pada masa yang sama Amie teringat Cik Zaiton, rakan sekerja Amie yang tinggal di Kota Belud. Amie telefon dia. Melaluinya, Cik Zaiton tunjukkan arah sebenar untuk sampai ke Kota Belud. Dari tempat kami sesat, lebih kurang 5 kilometer sahaja jaraknya. Cik Zaiton sempat tanya, di mana kami akan bermalam. Apabila Amie sebut Tang Dynasty Lodge, Cik Zaiton kata memang itulah tempatnya dia akan cadangkan kalau Amie minta pendapatnya.


Banyak lembu berkeliaran ketika kami keluar dari Kampung Rampayan Laut menuju ke Kota Belud. Ada yang berkumpulan di tepi jalan dan ada juga yang berkumpulan memenuhi jalan raya.


Alhamdulillah. Petang itu kami daftar masuk di Tang Dynasty Lodge Kota Belud dan dapat bilik idaman, satu katil besar dan satu katil kecil.


Biliknya agak luas dan selesa.



Ada dua extra bantal di dalam almari.




Seperti biasa Encik Suami masak air dan membancuh minuman panas.


Firdaus sudah tentulah terus masuk bilik air. Mandi dan bersihkan diri, cuci kepala hingga ke kaki sepuas-puasnya.



Tang Dynasty Lodge Kota Belud terletak di:
Block D, D20-24, 
Kompleks Alapbana,
 89157 Kota Belud, Sabah.


Selesai solat, tiba-tiba telefon berbunyi. Rupanya Cik Zaiton yang menelefon. Katanya, dia sekarang berada di lobby. Cik Zaiton akan bawa kami keluar makan. Allahu Akbar! Pertemuan itu rezeki, bawa makan pula sudah dua kali rezeki Allah bagi!

Tunggu sekejap ye Ton.  Kita nak bersiap dulu.
Beberapa minit kemudian kami bergegas menuju lift untuk turun ke lobby.
Aduhai, akhirnya dapat juga bertemu Cik Zaiton. Biasanya kami akan berjumpa dua kali pada hujung tahun di Tawau atas Urusan Seri Paduka Baginda. Kali ini dapat bertemu di kampungnya pula.


Untuk memudahkan urusan perjalanan, Cik Zaiton bersama-sama naik kereta dengan kami. Sepanjang jalan memang tak kering gusi ketawa dan bercerita sambil sesekali melayan karenah Firdaus.


Banyak kampung yang kami lalui. Di sini tidak ada seekor lembu pun yang kelihatan. Terserempak juga dengan kerbau tetapi kerbau berada di sawah padi, dan bukannya di atas jalan raya.


Kampung-kampung di sekitar nampak bersih dan menarik dengan tanaman hiasan seperti bunga-bungaan di tepi jalan.


Apabila melalui kawasan sawah padi, sudah tentulah hati teruja untuk berlama-lama di sini. Cik Zaiton pula meracun perasaan kita. Katanya: Aku tahu engkau suka suasana kampung jadi memang sengaja aku bawa jalan-jalan ke sini. Di belakang lambaian bendera itu ialah banjaran gunung bersambung dengan Gunung Kinabalu yang terlindung oleh rumah.


Kalau tidak memikirkan hari semakin senja, dan perut mula berkeroncong memang hendak duduk lama-lama di sini mengambil gambar merakam suasana senja di sawah padi. Aduhai! Sudah tentu cantik warna langit jingga tatkala senja menjelma! Apa boleh buat sebab tengahari tadi hanya makan puding kelapa dan meratah ketam sahaja. Memang menjerit-jeritlah perut minta diisi segera!


Sawah padi dan luas terbentang kita tinggalkan dahulu. 

21 comments

  1. nyaman dan sejuk je suasana kampung Kota Belud nih., ;p

    BalasPadam
  2. Seronoknya tengok Kak Amie meneroka Kota Belud dan untungnya dapat kawan yg baik hati macam Cik Zaiton. Tentunya sebab Kak Amie juga baik orangnya 🌹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur seribu syukur. Ketika sesat, ada tempat untuk bertanya.

      Padam
  3. Cantik terbentang hijau sawah padi tu

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Haaa betul Kak PI...kenyang makan rumput di kiri kanan jalan kot

      Padam
  5. Alhamdulillah rezeki, dapat sahabat baik melayan dan tahu kesukaan sis, suka adventure macam ni, terserempak lembu, kerbau dan nikmati keindahan alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, setelah sekian lama terkurung apabila sesekali melihat dunia luar memang sungguh mengujakan.

      Padam
  6. Wow! Not bad biliknya.... Selesa...!

    P/S: Sedih pulak tengok jalur gemilang tu... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tak perasan tu...jalur gemilang sudah robek ditiup angin, berpanas dan kedinginan setiap hari.

      Padam
  7. Pemandangan beraneka dalam satu perjalanan Sungguh menarik kampung yang berlatar Gunung Kinabalu.Sawah umpama hamparan permaidani hijau.Kampung pun bersih.Macam nak terbang ke sana bersana menikmati keindahannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah seronoknya kalau kembara gunakan kenderaan sendiri, boleh masuk kampung keluar kampung, boleh bersesat-sesat dan cari jalan keluar pula heheheee.

      Padam
  8. Rezeki tu ada kenalan yang baik macam Cik Ton. Nanti sambung lagi ye. Cantik dan selesa hotelnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rezeki Allah.
      Ye, sudah tentu Kak Amie akan sambung cerita. Terima kasih Sal sudi baca.

      Padam
  9. Cantik biliknya kak... kemas betul, cantik pemandangan sawah padi tu, macam kawasan kampung ye kak sebab merata ada lembu jln2

    BalasPadam
  10. SA pun suka pemandangan macam ni, sawah padi, perkampungan....tenang dan damai je rasanya..bilik tu memang kemas dan nampak selesa...bersih pun bersih kan kak amie

    BalasPadam
  11. Haah memang nampak bersih persekitaran kampung.
    Kalau saya cuci mata tengok keliling. Jalan-jalan ambil oksigen. Hehe.

    BalasPadam
  12. Malam malam drive kena berhati hati kat sini nampaknya. Banyak lembu berjalan bersiar siar kat jalan raya. Susah juga tak ada internet. Nak mencari jalan tu payah kalau waze tak function. mujur juga kak Amie ada kenalan. Sesekali kak Amie dan keluarga datang bertamu kat sini berkali kali kawan Amie belanja makan. Seronok dia terima tetamu walaupun bukan dirumah sendiri. Suasana kampung yang mendamaikan :)

    Nampaknya kalau datang sini lagi kena makan dulu baru boleh berposing sakan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe