Sarapan Lontong di Restoran Sri Keningau, Putatan Sabah

9:45 PTG

Pagi Khamis bersamaan 23 Disember 2022.
Kami daftar keluar D'ARC Hotel.
Encik Suami cadangkan bersarapan pagi di sekitar daerah Putatan sebab katanya boleh terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Jadi kami singgah makan di Restoran Sri Keningau. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di Sabah. Amie pernah makan di Restoran Sri Keningau di Keningau, dan Tawau. Kali ini di Putatan pula.

Lontong Kuah Lodeh

Buat pertama kalinya selama bermastautin di Sabah terjumpa lontong! Jadi, tidak lepas peluang untuk 'berhari raya' dengan bersarapan lontong di sini. Kalau orang Tanah Jauhar itu memang selalulah jumpa lontong di tempatnya. Kita kalau nak makan lontong dengan kuah lodeh kenalah buat sendiri atau tunggu balik Malaya ketika sambutan hari raya.



Firdaus  pula hanya memilih dua ketul sayap goreng dan pegedil kentang. Yang empat ketul berkuah kicap itu tauhu inti begedil.


Encik Suami bersarapan kuetiaw goreng. Sudah ada telur mata, ditambah lagi telur dadar!


Alhamdulillah.
Tak perlu tunggu hari raya untuk menikmati lontong dengan kuah lodeh.


Terpandang perut masak lemak cili padi, kita pun ambil semangkuk kecil. 

Menu sarapan pagi di Restoran Sri Keningau, Putatan, Sabah.

Selepas bersarapan, kami terus menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Penerbangan Abang Farid dan Aseeyah dari Kuala Lumpur dijadualkan mendarat pada pukul 10 pagi.

15 comments

  1. kwetiaw gorengnya menggoda iman...kuah lontongnya kuning mantab...yummy kak

    BalasPadam
  2. Sri Keningau ni ada kat Selangor juga kan?

    BalasPadam
  3. Uihhhh kegemaran saya ni breakfast lontong kuah lodehhhh...!

    BalasPadam
  4. Sedapnya lontong.. Lama juga tak makan.. kalau makan lontong, terbayang keenakan lontong di Daik, Lingga.

    BalasPadam
  5. Aduuhh lontong tu. Lapar pula tengok.

    BalasPadam
  6. Lapaaaar melihat kwetiau nya kak 🤤. Teringat dulu saat masih study di Penang, di canteen campus ada jual kwetiau goreng sedaaaap 👍😄. Saya suka sangaaat kwetiaw Malaysia ini. Sedikit berbeda dengan kwetiaw di Jakarta

    BalasPadam
  7. Pepagi tgk food kat sini lapar lah pulak.

    BalasPadam
  8. Cantik pinggan digunakan. Rasanya mesti sudah sediakan lauk untuk makan dengan nasi.

    BalasPadam
  9. Agaknya baca posting SK tu senyap2 dalam hati pun dikira zikir 🤭
    Alhamdulillah dapat juga jumpa lontongnya...
    Macam nak kena buat jugak ni🤭

    BalasPadam
  10. Nikmatnya dapat menjamu lontong pagi pagi. A ah kan. Kak SK selalu berlontong. Sini pun susah nak dapat. Baru jumpa kedai yang jual lontong sedap.

    Mesti Firdaus tak sabar tunggu Abang Farid dan Kak Aseeyah sampai.

    BalasPadam
  11. Wahhh.. Lontong, sebab tu orang di Tanah Jauhar ni lemak2 badannya kak Amie, hihi. Pinggan dia sy suka, suka restoran yg masih menggunakan pinggan lama utk menghidang.

    BalasPadam
  12. ok SA x jeles sbb SA bukan penggemar lontong

    BalasPadam
  13. sedap tu kak, perut masak lemak cili api tuh memang menggoda...
    Dana suka perut lemak cili api yang takde rebung, tak berapa reti makan dan tak suka bau nya yang kuat.

    lontong dekat sini mudah jumpa tapi lontong kering payah nk jumpa kak, kalau ada pun tak lengkap... takde serunding dengan sambal goreng

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe