Bermalam di River Park Hotel Beaufort

6:48 PTG

Kami mencari tempat penginapan di pekan Beaufort. Kalau disebut pekan bermakna kawasan tersebut kecil sahaja. Alhamdulillah ada beberapa pilihan hotel untuk dijadikan tempat penginapan. Kami daftar masuk ke River Park Hotel untuk menginap selama satu malam. Ketika itu hanya ada pilihan bilik berkatil king saja. Kedudukan hotel ini bersebelahan dengan  sungai, dan ada jambatan untuk menyeberanginya. Oleh kerana keletihan akibat berjaga malam untuk mengikuti google meet, akhirnya terlupa untuk rakam suasana sekitarnya. Banyak kedai dan restoran di sekitar hotel. 

Kami berkesempatan meronda sekitar One Beaufort di Majukota Commercial Centre dan makan-makan di situ.

Bilik berkatil king.

Antara tudung hitam dan tudung pink belacan, mana satu kepala kita?

Budak Firdaus ini rasa seronok sangat sebab dapat merebahkan diri di kerusi yang selesa.



Malam itu duduk di sini, membuka laptop dan menyiapkan tugasan sambil menghirup minuman panas. Bunyinya macam seorang 'pelajar' sebab perlu siapkan tugasan... ahaks. Sebenarnya Amie sedang mengikuti kursus secara online.


Bilik airnya luas dan sangat selesa.


Dipendekkan cerita, kami berpuas hatilah dapat bermalam di sini dengan harga mampu bayar sebanyak RM139.00 sahaja walaupun berkongsi 3 orang sekatil. Dapatlah meluruskan pinggang dan merehatkan badan serta mengurangkan rasa lenguh betis.


Selepas berehat seketika, mandi dan solat  kami ke One Beaufort untuk jalan-jalan cari makan pula.


River Park Hotel terletak di:
AH150, Pekan Beaufort, 89800 Beaufort, Sabah.

6 comments

  1. Dua tiga hari ni saya asyik dok ulang baca tentang cerita tak elok segelintir housekeeping yang mengelap gelas dan cawan kat hotel guna wap mulut dan cadar kotor.Tuala mandi yang kita dah guna pula diguna untuk lap tandas..
    Geli + geram dengan sikap tak bertanggung jawab berkenaan.Dah tu bangga pula bercerita mereka selalu buat macam tu..Eiii...geram...

    BalasPadam
  2. Firdaus nampak happy menginap di situ. oklah harga tu asalkan dapat merehatkan badan dan menyiapkan tugasan. macam work from hotel pula

    BalasPadam
  3. dana rasa yang tudung pink tu akak...
    nampak selesa hotelnya kak, harga pun kira berpatutan sangat...

    BalasPadam
  4. Berpatutan dengan harganya tu Kak Amie. Dapat pulak katil King kan. Siap ada model lagi kat situ. Rasa macam tudung hitam tu. Ke?

    BalasPadam
  5. Hehe Firdaus tidur sekali di katil raja. Takpelah sekejap sahaja menginap.

    BalasPadam
  6. happy je firdaus dpt baring di bilik hotel. msti penat berjalan sana sini tu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe